Puasa & breastfeed

Posted by yusmEa Labels: ,

Dugaan betul memerah susu bulan puasa ni. Susu memang kompem la x sebanyak selalu. Hari2 x puasa pun susu ckp2 mkn je utk Iyaad. Bile perah susu kt opis, rasa mcm sedih je sbb x semeriah selalu. Tapi kena usaha jgk demi Iyaad. Nasib baik Iyaad da mkn bnd lain. Dpt jgk cover klu x cukup susu. Kalau bole, dan seboleh2nya, aku xnk bg susu lain kt Iyaad. Kena usaha mcm2 lagi ni sbb stok susu mmg sgt la merundum.

Kpd semua ibu2 kt luar sana yg sama2 berusaha memerah demi anak tersyg di bulan yg mulia ini, ganbatte!!!! Jgn putus asa!!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Posted by yusmEa Labels:

Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut Ramadan kpd seluruh kaum muslimin dan muslimat. Gunakanlah sepenuhnya bulan yg penuh keberkatan ni dgn amalan yg dituntut.

Tahun ni tahun pertama puasa as ibu. Rasa lain la jgk kot. Kenapa ntah..pnt e rs. Haha maybe sbb hari pertama. Tp mmg xlarat la sgt. Dahaga je rasa. Breastfeed kot. Sebab tu kne minum byk air.

Semoga semua kaum ibu yg sama2 bf anak msg2 akan berjuang hingga ke titisan yg terakhir demi anak2 kte. Chewahh.. selamat berbuka semua

Bersempena Hari Bapa

Posted by yusmEa Labels:

Happy father's day to all papa, ayah, abah, daddy...dan apa saja panggilan utk bapa dlm dunia ni.

Happy father's day jgk kat en suami yg da pun bergelar bapa sejak hampir 8 bln yg lalu. Semoga mnjadi bapa contoh dan mnjadi teladan dan ikutan anak2 di masa mendatang.

Malang pulak, papa demam plak. Jangkitan virus dr iyaad da merebak dgn pantas. Hehe..sian papa. Aritu da ok, ni demam balik. Odaijini papa!! Minggu ni da nk start keje. Nnt xkn nk mc 1st day keje.Hehehe..

Iyaad demam la pulak

Posted by yusmEa Labels:

Assalamualaikum semua

Lama btul x update blog. Mcm2 bnd da happen. Aku pn da start keje skg. Bz mmg xleh kate la. Iyaad da kene anta taska. Rasa rinduuuuuuuu je kt dia stp masa. Uwaaaaa.. Dipendekkan cerita, skg dia demam la pulak. Huhu..masuk taska je mcm tu la nmpknya. Semalam merengek2 time tdo. Sian pulak ummi kt Iyaad. Rasa nk benti kje je jaga Iyaad. Gomenne anak ummi..
Uwaaaaa nak blk la tgk Iyaad....

Kami Da Pulang

Posted by yusmEa Labels:

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kami da selamat sampai bumi Malaysia yg terchenta Khamis last week. Seperti biasa, bila da blk ni, mmg susah sikit la nk online. Byk btul perkara nk diselesaikan seminggu ni. Kena pergi sana sini. Curently kami ulang alik Gombak - Puchong. Sedang mencari kerja. Dan ktrg jugak dah pun demam selsema sekrang ni. Start with Iyaad, demam selsema, now batuk pulak. Berjangkit plak ke ummi dan papa. Yela..dok asyik keluar masuk rumah. Luar panas, masuk rumah nnt pasang ekon ke ape ke..Huhuhu..sian plak tgk Iyaad demam first time dlm hidup dia ni. Tapi he is very ok. Xde nak ragam pun..Harap2 kami semua sembuh cpt2.

Memang byk story to update tp nnt kena carik masa yg lebih tenang utk menulis. Hihihi.. Doakan kejayaan kami membina hidup baru kt negara sendiri ni. Nanti ade kesempatan, akan menjenguk blog2 org lain juge. Tc all!

Second last day

Posted by yusmEa Labels:

Assalamualaikum semua

Lame btul x update blog. Mode berpindah few weeks ni. Kemas itu ini, buang sampah sana sini, jln situ sini, mkn itu ini. Maka x sempat la nk godek2 blog ni. Nak terjah blog org lain ape ntah lagi.

Harini our last day at Chiryu. Sedih plak da kene keluar rumah. Terkenang saat2 mula duk rumah tu. Beli tu ni utk rumah (padahal xde bnd sangat pun).
Dah keluar rumah, pusing2 Chiryu tgk2 blk kedai2 yg selalu pergi. Say thnx kat tmpt2 yg da byk bg kenangan n pertolongan. Dari dlm kete je pun. Nak keluar dr kete rs mls plak. Dgn angin kuatnya + hujan. Satu Jepun kot angin kuat tu. Sampai ade trak lori tumbang la kt jln.


Rumah da siap kemas.Sedih..


Lepas da aisatsu, ktrg g Anjo, mkn kt kedai halal Boshiaki. Mkn ns beriyani favourite aku tu. Request kt dorg bt special sket sbb tu last ktrg mkn ns beriyani yg mengancam. Pas ni x merasa da la...huhu. Mamak tu muka cm sedih je bile bgtau ktrg da nk blk Msia utk selama2nya. Hahaha..tokok tambah bg sedap stori sket. Dia ajak amek gambar bersama. Ok la..kenangan aku knal dia sejak bljr kt Toyohashi.Otsukare desu. Nnt klu datang Nihon lg kami p lawat ek.


Nanti kalau ade rezeki kami p mkn beriyani lagi kt kedai mamak ek

Pas kenyang, terus gerak g Toyohashi. Nak anta kete Mini Pajero tu kt Abg Pali yg sudi menjadi penerima kete tersebut. Angin serius kuat. Bawak kete slow n steady. padahal kete tu mmg tahap pecut 80 je max.kikiki..Tumpang solat bagai kt umah K Su n Abg Pali, pas maghrb gerak g eki. Angin still kuat tak hengat. Rupa2nya byk train delay sebab angin kuat tu. Risau gak klu smpai nnt tren still x byk gerak. Kalau ktrg berdua je xpe. Tapi dgn si kenit ni, barang byk lagi, takut dia penat klu org sesak2 kt eki kt Tokyo nnt. Tp alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Naik je shinkansen, tgk news update, train kt Tokyo yg terberhenti da start gerak. Jadi takyah la risau lagi.

Kami smpai Tokyo da kul 10 lebih. Gerak g hotel, smpai around 11. Lega sungguh rasa. Da lepas satu step. Esk tinggal sket je lagi before smpai Msia. Iyaad pun alhamdulillah x byk ragam. Arigato anak ummi sebab memahami kepayahan ummi n papa sepanjang hari. Harini ummi kasi Iyaad A+ sebab sgt bekerjasama. Ummi syg Iyaad :)



Iyaad jumpe kawan lagi..tapi bile dapat jumpe lagi?

Posted by yusmEa

Panjang benor title entry. Hoho..mgg ni byk jgk benda yg kena selesaikn before blk. Selasa aritu pulak, dpt jemputan lagi dr kwn seopis en suami. He is Indian from India. Aku pun da kenal gak dia and his family. Mula kenal time nomikai utk celebrate us sebagai org br kawen. Dia bole ckp eigo. Yg lawaknya..ngn aku ckp eigo, ngn en suami ckp nihongo.

Dorg pernah dtg rumah visit Iyaad time dia baru umur 2 bulan kot. Bagi hadiah semua. Owh lupa..dorg ade anak lagir April same year dgn Iyaad. Tp time dorg dtg tu, sure la Iyaad still tak mampu buat ape lg sedangkn anak ia da bole gelak2 semua. Hehe

Aku plak konon terlebih ramah, request wife dia bt nasi beriyani utk ktrg. Hahaha..sebab dia kate dorg mmg selalu mkn cmtu kt India. Apa lagi..agaknya sbb alang2 ktrg da nk blk, dorg pn jemput dtg rumah. Dia bt beriyani mutton, beli mutton kt kedai halal kt Anjo. Ade lauk kari udang, yogurt ngn bawang, ikan goreng yg cara goreng sama cm kte, ltk kunyit n garam tu. Sedap la, mcm mkn kt kedai India. Hehe..byk plak tu dorg suh mkn.

Iyaad pn ok je. Dpt main byk mainan anak dorg, Yudish nama dia. Byk sungguh mainan, rambang mata Iyaad. Al maklumla..kt rumah Iyaad mainan x seberapa. Ummi ni bukan seorang pembeli.. gomenne Iyaad.

Anyway, to Satish n family, thank alot for the dinner. Maybe one day we can meet again.


Sayonara Nippon Shortcake

Posted by yusmEa Labels: ,


いろいろありがとう!!!



Made by him (^◇^)


Takziah Mak Lang Sekeluarga

Posted by yusmEa Labels:

Baru dapat berita dari mak mertua. Sepupu en suami, anak mak lang, Ahmad Hazwan dah kembali ke rahmatullah ptg td. Arwah mmg ade masalah jntung. Harini dia & kwn2 pergi mandi air terjun..lepas tu sesak nafas.

Apa pun sebabnya, bila Allah dah panggil, xde siapa dpt halang. Kita yg masih hidup ni pun xtau bila ajal kite. Selagi ade nyawa, gunakan la dgn sebaiknya. Banyakkan beribadat, ingt Allah dan kematian. Semoga roh arwah Hazwan diletakkan dlm golongan org2 yg beriman

Jemputan Sana Sini

Posted by yusmEa Labels: , ,

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu je nak balik. Rumah da start kemas. Kereta pun da hantar kt port. Skg tinggal nak abeskn masa2 terakhir kt bumi Jepun ni. Sebelum balik ni, banyak gak dapat jemputan makan kt rumah member2 kt Toyohashi. Nak raikan kami2 yg da nak balik, termasuk student2 yg da grad nak blk. Thanx to tuan2 rumah (K Wani & Sonn also K Ainun & Abg Ayas sekeluarga).

Harap2 kte bole jumpe lagi nnt kt Msia insya Allah. Semoga semua org success selalu dan berjaya capai apa yg diimpikan dlm hidup.


Maju selangkah lagi

Posted by yusmEa Labels:

Yeayyy selangkah lagi sudah menuju ke matlamat utk pulang. Barang2 da dihantar ke kontena yg nk bwk brg ktrg tu Sabtu lepas. Sebab brg nearly 4m padu, jadi kene la sewa lori nak angkut semua brg tu. Ingt nk mntk tlg kohai yg dok area cni,tp dia keje plak mlm tu. Sian plak nk kacau, jd en suami terpaksa angkat barang sendiri dibantu oleh isteri beliau sket2. Nasib baik Iyaad da x byk ragam sgt.

Tapi sian kt en suami. Da la mlm sebelumnya tdo lmbt nk setel kn brg2 tu. Pg bgn awal plak. Angkat brg yg berat sorg2 lg. Hujan plak tu dat day. Ingt malas nk ikut sebab nak bawak Iyaad semua rasa mcm payah. Tapi, x sampai hati plak tgk en suami bt semua sndr. So, ikut jela. Bole teman dia yg agak takut bawak lori tu. Da la x biasa, dgn hari hujan, jln pn x berapa tau.

Alhamdulillah semua selesai jgk. Barang pn ok. Harap2 xde masalah la sampai ke Msia nnt. Bile rumah da lapang ni, da bole stat kemas step kedua plak. Nk kena asingkn mne nak kasi org, or nak buang. Adehh tp baju ade selonggok tak basuh lg tu. 2,3 ari ni ujan je...



Iyaad tdo je dlm lori

Papa no saigo no obento-chan~

Posted by yusmEa Labels: , ,

Ohayo minna 😃

Saikin sejuk kembali kn. Semalam kaze sgt la kuat sampai hampir menerbangkan aku n Iyaad time blk dr klinik. Haha ingt nk naik taxi. Tapi ntah bnd ntah yg aku pikir dan buat, last2 berjalan jugak anak beranak ni. Kesian Iyaad sejuk. Haa..ummi pn sejuk jgk! Hihi..

Anyway, today is en suami's final day at his company. Dia sgt happy kot. Hehe..aku plak, bertambah2 la happy sebab da hampir nk blk Msia jumpe keluarga terchenta. Maybe nnt time da nak jejak kn kaki naik flite kot rasa sedih sebab lepas ni xtau bile lagi nk dtg Jepun lg. Tapi xpela, the best place for us is with our beloved family right? Dan ini bermakna, harini ialah hari terakhir aku buat bento for en suami utk pergi kerja. Wahhhh..biar betul. Huhu..walaupun selama ni bento ku xdela seberapa mana pun, x secantik bento nihonjin, x sesedap org lain. Balik Msia nnt kompem2 x buat da bento utk en suami g keje. Tte iu ka..dia kot yg segan nak bawak bento or dlm erti kata kat Msia nnt, "bekal" g opis. Hehe..otsukare-chan~ If ade permintaan oleh en suami kt Msia nnt, bole je buat lagi (^o^)

Gomen ne papa..setiap hari bento yg x seberapa je utk papa. Terima kasih jugak sebab sudi makan bento yg dibuat oleh isterimu ini 😘

Wanita

Posted by yusmEa Labels:


Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Ya Allah ?”

ALLAH menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”

“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”

“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”

“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat

Allah menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,

“Allah, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”

“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, ketenangan,kebahagian,kejayaan, cinta,kasihsayang, kesepian,kerinduan, penderitaan, dan rasa dimuliakan”

“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”

“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…

Mampu tertawa saat hatinya menangis…

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…

Dia boleh melawan ketidakadilan…

Dia bergembira disaat melihat temannya bahagia…

Hatinya terluka saat melihat kesedihan…

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan suami tersayangnya dan dapat menyembuhkan luka…

“CINTANYA TANPA SYARAT”

Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”

Allah menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”.

Setahun sudah berlalu..

Posted by yusmEa Labels: ,

Pejam celik, pejam celik setahun da berlalu kejadian earthquake + tsunami kt Tohoku Japan. Rasa mcm br je happen aritu.

Tadi ktrg g Aeon. Kebetulan time ktrg g tu around 2 pm. Bile time dekat2 pukul 2.46 pm tu, ade announcement yg bgtau suruh semua org kira mcm berdoa kejap utk menghormati dan mengingati kejadian tahun lepas tu. Kagumnya, semua muzik, announcement kt kdai, stop. Jadi mcm agak sunyi kjp. Org yg dok berjalan pn semua berhenti dan tunduk smbil pejam mata tanda menghormati n doa sekali kot. Aku nk amek gmbr tp rasa mcm warui la plak dgn keadaan mcm tu.

Walaupun da setahun, tp kerja2 mengemas kawasan, carik mayat, still dijalankn lg kt sana. Tapi kire cpt la dorg ni bgn blk. Rakyat dorg ni semua mcm bersatu hati tlg antara satu sama lain. Derma utk mangsa tragedi masih lg dikutip. Kata2 semangat pn x putus2 la.

Harini byk la jugak rancangan special bg mengingati hari tragedi tu. Antaranya membincangkn kenapa rakyt dorg ramai jgk yg mati walaupun amaran pasal tsunami tu da dikeluarkan lepas je earthquake berlaku. Kalau ikutkn, sempat je dorg nk lari ke tmpt tinggi ke, or mne2 la kwsn yg agak selamat. Tapi..sebab utamanya ialah manusia ni selalu nk tau apa akan jd next, next, dan next. Ada satu video ni, sorg pakcik tu amek dr kwsn tepi sungai. Time tu air tsunami tu baru je masuk sungai tu. Makin lama makin laju air n makin tinggi. Tp dia tak berganjak pn dr ctu sbb nak tengok apa yg akan happen lepas tu. Bomba penyelamat da byk kali round2 bg amaran suh lari tmpt selamat tp dia dok gak amek video. Sampai tahap air da tinggi sama taraf ngn tembok tepi sungai tu, patu masuk sket kawasan pinggir sungai, dia lari la sket. Tapi video still on. Last2, dia da xde tmpt nk lari sebab air dtg dgn sgt la cpt. Dia dapat pnjat satu batu kt kwsn sekolah yg tingginya lebih kurang 2m. Bila byk benda2 yg dihanyutkn air tu tersangkut kt batu tu, dia pijak bnd2 tu utk pegi kt pokok yg berhampiran dan panjat utk naik tmpt yg lg tinggi.

Bile di intebiu, dia kata, time kt pokok dia pikir mcm2 n rasa menyesal sbb x lari selamatkn diri awal2. Da la sejuk time tu. Tapi, sebab nk tgk perjlnn air tsunami tu, dia jd tak perasan yg sbnrnya kwsn tu dlm bahaya. Or dlm erti kata lain, x bajet kot tsunami tu akan seteruk tu.

Aku pn dulu pernah gk g kwsn tepi laut time study. Time tu br lps jishin. Patu ade amaran tsunami. Tapi rilex je semua org main2 tepi laut tu. Termasuk la ktrg. Sebab amaran tsunami selalu je keluar tp x pernah jd pape. Sebab tu manusia jd leka n rasa xde pape akan brlaku. Jadi ramai jgk org x lari walaupun ade amaran tsunami waktu kejadian thn lps tu menyebabkan ramai la manusia yg mati dihanyutkan air laut tu.

Begitula antara sebab2nya. Tapi semua ni kuasa Allah. Apa yg jadi atas kehendakNya. Manusia patut amek iktibar atas kejadian yg da berlaku. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Kita yg masih ade peluang bernafas kt bumi Allah ni, rajin2 la bertaubat. Tambah amal ibadat semampu yg bole. Sebab bila2 masa nyawa kita akan ditarik.


Selesai satu perkara

Posted by yusmEa Labels:

Alhamdulillah..selesai da satu perkara. Tinggal a few weeks before hari kepulangan ke Msia. Td da anta list brg2 nk bwk blk kt company yg ktrg nk anta brg tu. Kena bt list sekali dgn gmbr brg2 dlm kotak. Jenuh jgk sebenarnya nk siapkn semua tu. Mmg kne bt sket2 la. Ktrg da stat since February lagi sbb da tau ade budak kecik ni payah sket nk mengemas. So, tp2 ari tgg papa dia blk, kms sket2. Satu hari dlm 2,3 kotak dpt buat. Siang2 hari, aku gatherkn brg ltk dlm kotak, mlm kelauarkn blk, amek gmbr n susun blk dlm kotak. Agak leceh, tp nk bt cmne.

Minggu dpn da kne hantar brg. Pastu kms2 rumah, habiskn sisa2 hidup kt Jepun, patu.....pulang!!!! Yeayyyyy

Soubetsukai Toyohashi

Posted by yusmEa Labels: ,

Sabtu mlm lepas ade soubetsukai utk student yg da grad kt Toyohashi dai. Ramai gak yg grad thn ni trrmasuk master n phd. Thn ni agak lain sket dr thn2 sebelumnya mjls farewell ni. Siap ade tema lagi "Black & White". Kalau x ikut kn, jd lain dr yg lain plak.Haha..bantai jela pkai ape yg ade tertinggal lagi sisa2 baju yg blom kemas tu. Ingt nk carik bj baru utk Iyaad. Tapi, xde plak yg berkenan di hati. Iyaad pn tibai jela bj yg ade. Makanya, ktrg pkai bj2 yg ade jela. Xpela, asal ikut tema.

Makanan pihak penganjur da tempah dr shokudo gakko. Yela, skg dorg ade ade halal food kt shokudo. Senang. Ktrg bwk mknn2 tambahan jela. Ade cabutan bertuah jgk. Utk dpt hadiah cabutan bertuah tu kena jwb soalan2 yg disediakan. En suami bertuah plak mlm tu nama berjaya dicabut & dpt jwb dgn btul.

Ktrg pun dpt gak hadiah sebab da nk blk Msia. Ade 2 shakaijin yg nk blk march april ni. En suami & paklan. Ade la sesi dorg kne bg ucapan pendek gak. Hehe..kompem2 en suami ku kincho tak hengat kt depan tu walaupun pendek je ckp sbnrnya.

Ktrg xbawak kamera so xdpt la amek gmbr byk2. Tambah plak mlm tu iyaad agak moody. Hehe.. Harap belas ihsan org tag kat FB jela. Ade satu je gambar keluarga berjaya diambil guna Iphone ku ini. Bole la dr xde..

Thnx kpd pihak penganjur sebab x lupa kat kami jgk. Kpd yg da grad, onedetou. Insya Allah ade rezeki kte jmpe lagi kt Msia

En suami berucap
Us in black & white

Welcome March!

Posted by yusmEa Labels:

Yeay da bulan Mac. Hehe..sket je lagi. Kepada yg da tau dan yg xtau, kami da nk pulang ke tanahair April ni. Sgt seronok!! Rindu family & kwn2 sgt2!! Skg of course la ktrg tgh bz mengemas rumah. Barang nk kne anta 17hb ni. At first, mmg agak ssh nk mengemas dgn khadiran budak kecik yg teramat mnja ni. Tapi, ktrg buat sikit2 tp2 mlm after en suami blk kje, maka agak brjaya la nk siapkn semua. Skg tggl sket je lg nk kms2 brg2 yg trtinggal2. Tu pun dok risau kot ade lg yg menyorok yg xnmpk. Harap2 semua ok & xde mslh nnt.

Cuma rasa sedih la sket. Pasni da xdpt tgk bangumi yg aku lyn tiap2 mgg. Uwaaaaa.. Tapi xpe..kebahagiaan lebih besar menanti kt Msia insya Allah. Iyaad pun dpt la jmpe atuk, wan, dgn semua sedara mara yg dia xpernah jmpe lg :)

Mama & Ayah berangkat ke tanah suci

Posted by yusmEa Labels: ,

Harini mama & ayah berangkat ke Mekah utk bt umrah. Patut dorg plan nk g bln Mac. Tapi, mama nk dtg cni, jd dorg ubah tarikh ke bulan 2. Sekali, x jd dtg cni pulak. Hehehe

Semoga ma & ayah selamat perjlnn pergi dan balik, dan selamat semuanya urusan kt sana. Seronoknya..Bila turn aku plak nk g sana ni? Br ingt nk g saing mama thn ni. Xpela, insuaAllah ade rezeki, bole bt nnt :)

Luka sana sini

Posted by yusmEa Labels:

Assalamualaikum, ohayo minna!

Harini 29 Februari, thn lompat. Cuaca pagi ni, hujan kat Chiryu. Mood skg, mestila bermalas-malasan smbil teman Iyaad tido. Padahal byk lagi perkara yg perlu di setel kn. Tapi si kecik ni klu tido mmg nak kena berteman je. Susah sungguh ummi nak bt kje lain.

Iyaad blom pndai meniarap sndr lg. Kena tolong tolak bdn dia baru la bole pusing. Tu pun kdg2 bile mode malas, dia statik je bdn cmne kte pusingkn tu. Tapi pagi ni nmpk cm ade usaha sket2 nk pusing sndr. Dok 2,3 kali nk mengiring, pusing bdn tp x berjaya. Berat bontot! Hehe..last2 menangis. Ape daa.. Selain dr pusing bdn nk meniarap, Iyaad sgt hebat 'mengetam'. Haha..tu istilah aku bg time dia 'mengetam', iaitu aktiviti dia mengesot2 kn bdn dia dr tmpt dia baring, pusing 360 darjah. Macam jarum jam pusing tu. Time dia pusing, kalau penat, rehat jap smbil hisap2 tgn ke, sembang2 ke, kdg2 termenung je sorg2, kumpul tenaga kot. Haha..sgt la comel!! Aku try nk amek video pusingan dia tu tp x berjaya smpai abes sbb sgt la take time. Nak tgg dia pusing smbil ambik video je, kang x buat bnd lain. Waktu dia mcm tu la bole nk bt kje sket sbb dia tgh leka.

Satu lagi perkara yg Iyaad suke buat ialah menggaru. Abes kepala, muka, kaki, perut..calar balar. Termasuk la tgn ummi dia. Kalau dia dpt capai je, abes dia garu smpai tggl bekas. Padahal ummi da potong kuku dia pndk selalu. Tapi sbb dia mmg menggaru sekuat hati, jadi smpai bole berdarah tau. Ade waktu, dia sndr buat, dia sndr yg nanges sbb sakit. Sebab dia da pandai angkat kaki dua2 belah ke atas, tgn pun capai jela bahagian kaki yg mana bole utk digaru. Smpai tertarik2 seluar dia capai. Tgk2, kat bhgian lipatan kaki kt lutut tu, da luka teruk. Adoiii..sian la plak tgk. Tapi..nk bt mcm mne. Tgn dia x leh di control. Iyaad, Iyaad..

Nak letak myk gamat bole x ek?

Keserabutan Melanda

Posted by yusmEa Labels:

Aduih..serabut sungguh tgk rumah skg ni. Bersepah sana sini. Tak termampu nk bg nmpk elok sket dgn si kecik yg sgt la manja nk berkepit 24 jam.

Otak ni jugak turut serabut pikir mcm2 lg perkara. Cpt2 la semua ni setel.

Gaman shite! Ato sukoshi yo!!

Pipi Yang Kemerah-merahan

Posted by yusmEa Labels:

Iyaad sejak dr lahir mmg da byk ruam kt muka n kepala. Tapi aritu mcm da elok. Tak lme pstu, naik blk ruam sket2 kt pipi dia. Org kata ruam susu. Tp aku nmpk mcm kulit kering je sbb sejuk kot. Bile ltk lotion, pipi kiri da elok. Tp pipi kanan x baik lg. Makin lama makin merah & makin teruk. Sebab dia ni ade tabiat suke gosok & garu muka n kepala time ngntuk or nangis. Lama2..jadi mcm berair sket. Jadi ummi kne selalu lap pipi dia dgn kain yg basah dgn air suam. Kesian tgk pipi dia cmtu. Taktau la dia sakit ke x.

Terukkan pipi dia
Tp bole tersengeh2 je lagi
Sebab tak tahan tgk anakku yg macam kesian je tu..ktrg pn bwk la g klinik. Dapat cream utk sapu kt pipi n bdn, serta lotion utk kepala. Sementara nk tgg ruam elok, doktor kate stop dl la lotion yg biasa pkaikn utk dia kt rumah. Blk je rumah, trs pkaikn cream tu. Ptg tu nmpk da kering air kt pipi dia. Bgn tido esk pg, tgk da mcm ok. The next day, getting much much better!! Cpt gile kesan ubt tu. Alhamdulillah!!! Pipi Iyaad da kembali pulih. 2 hari je..

After - Day 1
After - Day 2

Harap2 psni xnaik lg ruam tu. Kesian tgk Iyaad..

Bookstart

Posted by yusmEa Labels: ,

Ni lah buku yg dpt dr hoken center tu. Nama program ni bookstart. Kiranya..buku pertama utk Iyaad. Ummi da bacakn utk Iyaad da satu buku tu. Lagi satu blom lg. Nanti Iyaad da besar sket lg, ummi nk beli lagi buku utk Iyaad byk2 sgt. Nak latih Iyaad rajin membaca. Jangan jd mcm ummi ni pemalas. Hihi.. Nanti kt Msia ummi bwk Iyaad g library selalu ek. Dulu ummi kecik2, time sekolah rendah, sekolah menengah, rajin g national library. Nanti ummi bwk Iyaad g jugak la ek.

3,4か月児健康診査

Posted by yusmEa Labels: , ,

Hujan plak harini. Tadi bwk Iyaad g pusat kesihatan. Ade check up utk baby 3,4 bulan. Ramai jgk org. Awal2 Iyaad ok je. Tapi da lame2 tu..dia da stat nanges sbb panas + da ngntuk. Timbang berat dia mcm turun la plak..6710 g. Tinggi 64.6 cm.. Time check kt doktor, doktor suh g klinik nnt amek ubat utk rashes dia. Sian plak tgk anak ummi ni. Mcm nmpk dia sorg je ade ruam kt pipi ngn badan ni.

Last sekali after check kat doktor, ade sesi nama dia 'Bookstart'. Kira mm nk perkenalkn budak2 dgn buku la. Org hoken center tu nk baca la buku utk iyaad dgn penuh smngt. Buat dialog bagai. Tgk2 Iyaad xlayan..nanges plak. Haha..sian org tu. Iyaad da ngntuk tahap maksima da. Tapi iyaad dpt 3 buku free. Nnt bole la ummi bacakn utk iyaad kt rumah. Org tu suh g toshikan if Iyaad da besar sket..bole join budak3 lain dgr cerita dr buku. Or if not, bole jugak pinjam buku. Sekali pinjam, 5 buah..

Ermm sempat ke Iyaad nak merasa pinjam buku kt library Chiryu ni ek. Kalau ikut hati ummi, nak je bwk. Tapi..xde kereta payah la pulak nk gerak sana sini. Nak naik taxi je, mahal gile kot. Xpela iyaad, kt Msia nnt la ummi bwk g toshokan ek

Yatta!! Saya bole kembali senyum d(^_^o)

Posted by yusmEa Labels: ,

Yeayy!! After nearly 4 months, akhirnya berat da berjaya diturunkan seperti berat asal sebelum mengandung. Hihi..seronoknya. Mmg btul la fully breastfeed ni dpt turun kn berat. Dgn anak ku ni yg jenis asyik xleh tinggal sorg je..nak masak pun kena dukung..mane x turun berat ummi. Hehe..Harap2..dpt la maintain berat ni smpai la anak ke 2,3,4 nnt..Seronok!

Special Dinner After Bersalin @ Hospital

Posted by yusmEa Labels: ,

Tgh belek2 gambar kt Iphone ni, tbe2 terperasan gmbr2 mknn yg sgt la special presentation dia. Baru tringt, xpernah lg cite psl makanan ni dlm blog ku ini. Actually, ms pas bersalinkn Iyaad tu, hari ke-3 ps tu ade special dinner utk ibu2 yg bersalin. En suami pun dijemput sekali. Tujuan..kira meraikn yg kite da selamat bersalin la. Hari tu pulak en suami kje. Nasib baik hari Jumaat, jd dia xde zangyo (OT). Dpt la rush blk sbb dinner start kul 6. Venue : kt kids corner kt lobby hospital. Kt situ jgk la tmpt aku blkr yoga.

Yg join sekali time tu ade la 4 couple termasuk kami. Satu couple tu bwk anak2. Menu..utk ktrg special sket la sbb xleh mkn daging dan lain2. Start dgn appertizer, ptu main, patu dessert. Mmg mantop la. Ntah bile lg dpt merasa mkn cmni.

Eh..best kn hospital ni. Rasa mcm nk beranak lg je kt ctu.







Turun jgk yuki kt Chiryu ni

Posted by yusmEa Labels: ,

Da byk hari da tgg. Cuaca sejuk bukan main, tp x turun2 jgk yuki. Tiap2 hari la intai kt tingkap kot2 ade salji memutih kt keliling rumah tu. Akhirnya pagi td penantian berakhir. Yuki!! Tapi..xdela tebal mcm kwsn2 yg mmg turun yuki selalu tu. Nak buat mcm mana, Chiryu ni mmg daerah yg kurang turung yuki. Hehe..tp xpela. Ade yuki nnt susah pulak nk gerak sini sana.

Hajat hati nk amek gmbr Iyaad kt luar. Tp sebab awal pg sgt + sejuk sgt, xjadi la. Sian Iyaad, da la mamai2 bgn tido. Nnt kalau ade peluang lg kte amek gmba ngn yuki ye.

Banyaknya rambut gugur!

Posted by yusmEa Labels:

Adoii la. Tak ku sangka mcm ni rupanya masalah rambut gugur utk org yg lepas bersalin. Serius sgt byk! Kat mana2 ade jela rambut aku dijumpai. Sampai x larat nak vacum & sapu ( hehe..sbnrnya xdela rajin pun). Kalau sikat rambut lagi la..selambak! Da la rambut da makin berjela2 ni. Yg tak best tu, kjp2 je jumpe rambut kt Iyaad. Kt baju la, tgn la..aishhh.

Ade org kata, waktu mcm ni elok potong rambut. Senang nak urus. Tapi masalahnya, nak potong tu yg agak payah. Dulu bole la suh en suami potong. Skg ni, susah sket sbb iyaad tu kena tgk 24 jam. Siapa2 xde je dpn mata, nanges mcm kena dera. Tgh tido pun bole tau ade ke xde org dkt dgn dia. Habis tu mcm mana? Org tua2 kata, bila anak start main air liur, maka rambut mak dia mmg akan berguguran la jatuh ke bumi. Sah2 la Iyaad da sgt pndai main air liur. Berbuih2 je kat mulut mcm org lepas gosok gigi. Hehe..

Harap2 cpt2 la masalah ni berkurangan. Ade org kata 6 bulan da ok. Ade kata smpai 9 bulan pun ade. Maik aih..nak potong rambut cpt2! Tak sanggup da tgk rambut merata2 kat rumah ni.

Tea Time - Donut Comot

Posted by yusmEa Labels:

Hari Isnin aritu tgk 番組 (rancangan) kt TV. Ade la psl kedai donut yg agak femes kt Jepun ni. Dengan tak semena2 terus terasa nak mkn donut yg teramat. Nak beli, rasa mcm susah je. Jadi, lebih baik buat. Bole dpt byk sket. En suami pun suh la p uli doh utk donut sebab dok sibuk kata nak mkn donut. Apa lagi, trs amek bhn2 yg perlu, dannn uliiii!

Pagi Selasa dpt la en suami bekpes donut. Tapi donut gula biasa jela. Ptg tu br la dpt bt donut kaler2. Sebab en suami blk awal, dptla singgah kedai jp beli coklat for topping. Comot la tapinya. Nak buat mcm mana, tgn ku ni mmg x berseni langsung. Keras! Haha..tibai la. Asalkan jadi dan sedap. Eh..sedap ke?? Perasan sendiri je. Huhu..

Anyway, semalam xbape tido nyenyak. Dok macam mimpi perkara2 yg difikitkan sebelum tido je. Ermm..cptla mimpi tu jadi kenyataan. Tak sabaq2 ni

BCG

Posted by yusmEa Labels:

Iyaad br lepas kena cucuk BCG. Awal2 masuk blk doktor, bile pegang je tgn dia, terus resah gelisah. Da tau dia akan dicucuk. BCG kt sini lain sket..ade 18 kot lubang. Nanti kene tgk blk sebab td xnmpk nape lubang jarum yg doktor cucuk kt tgn kiri Iyaad.

Pas da cucuk, kene tgg jap kat klinik nk kasi kering ubat tu dl. Iyaad nanges kt bilik doktor kjp je. Da kuar..senyap. Sekali ade sorg lagi budak perempuan, pub kena BCG. Dia nanges smpai la kuar bilik doktor, x berenti2. Iyaad buat muka rilex je..mcm nk kate..eleh,tu pun nak nanges. Hehe... Patu bila mak baby tu agah2 dia, mula la tersengeh2 menunjukkan kecomelan dia tu. Org tu pun puji la. Lagi la dia seronok.Haha..aishh..dpn org perempuan bukan main lagi anak ummi ni ye.

Skg dia tgh tido lena. Penat kot berjalan blk td. Padahal ummi yg penat jln dukung Iyaad yg berat. Eh..tp nerat dia xnak pun. Dr awal thn aritu 6.8kg je. Aishh..tp minum susu xhengat dunia.

Klinik tmpt Iyaad kena cucuk

Budak yg lepas kena cucuk seronok sgt hisap tgn

Turkish Taste

Posted by yusmEa Labels: ,

Dua tiga hari ni sejuk je memanjang. Tgk tv, sana sini trn yuki. Tgk kat ramalan kaji cuaca pun, patut turun yuki area ktrg ni..tp sampai ke sudah xde jgk. Thn ni xmerasa la nk tgk yuki besar2an. Aritu je ade trn sket kt sini, tp kjp je da abes. Xdpt la nak amek gmbr Iyaad dgn yuki.

Eh, tajuk cm pasal bnd lain, mukadimah psl cite lain. Hehe..weekend aritu ni ktrg g romda-ronda Nagoya. Patu, nk benti solat kt Masjid Nagoya, en suami ajk mkn kt kedai Turkish Taste ni. Mmg favourite dia dari before ni lg. Suka sgt mkn kt situ sbb sedap dia kata. Dia preferr turkish food dr Indian food. Xkisah la..asalkan dapat menghilangkan rasa lapar. Kedai ni dekat dgn Honjin Eki ( subway). Sebelah kedai ni ade Mister Donut. Xjauh dr situ, adela masjid.

Iyaad tgh tido pun nk ajak ambek gmbr sama
Set lunch kami
Ktrg da byk kali sgt da pegi situ. Masa mama dtg pun bwk g makan situ. Kepada siapa-siapa yg nk dtg nagoya yg xtau nk mkn mana, bole la g kedai ni ye.


Nasi Beriyani

Posted by yusmEa Labels:

Alhamdulillah..knyg sungguh. Lunch arini bt nasi beriyani. Aritu mkn kt rumah K Rozi..rasa ns beriyani dia sedap, trs dia bagi perencah ns beriyani yg dia ade. Perencah nasi beriyani Maggi. Tapi..aku bt xjadi mcm K Rozi bt la pun. Sebabnya..xde myk sapi, patu xde kaler kuning & bay leaf. Tapi..still sedap jgk la. Mmg perencah ns beriyanu Maggi ni plg sedap la setakat aku pernah rasa.

Utk ayam pulak, aku guna perencah beriyani Faiza. Sebab yg guna dulu ade lg dalam peti ais. Patu..ade acar timun carrot jgk. Maka...kekenyangan la aku ngn en suami.

Resepi Nasi Beriyani:

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah ns beriyani Maggi
Beras dlm 4 pot kecik tu
Susu cair / susu segar
Minyak sapi (xde stok..guna butter je)

Panaskn myk sapi/butter, tumis bawang2 dgn halia. Patu masukkan perencah ns beriyani. Bila da garing tu..masukkn beras. Then, masukkn kn air dgn susu. Masak la seperti biasa nasi tu.

Resepi Ayam Beriyani

Ayam
Perencah beriyani (guna perencah Faiza)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Bahan tumis 4 sekawan
Tomato dlm 3-4 biji (blend)
Tomato puree (gune sos tomato je)
Susu
Yogurt sikit

Mula2..tumis bhn penumis dgn bawang merah hiris dgn myk sapi. Lepas tu, masuk pulak bawang merah dgn bawang putih yg dikisar. Then, masuk rempah beriyani dlm 4-5 sudu. Goreng smpai agak garing. Masukkan tomato yg da diblend. Ptu masuk tomato puree (sos tomato), gula, garam, yogurt (sikit je dlm 1-2 sudu) dgn susu. Masak sampai masak la.
Disebabkn dlm peti ais ade terung, maka aku letak la terung sebiji.

Acar timun & carrot

Timun
Carrot
Bawang merah
Cuka
Gula
Garam

Potong timun & carrot serta bawang. Gaul dgn cuka, gula n garam. Siap!

Nanti klu cukup bahan, nk try lg sekali la.

Bila En Suami Cuti...

Posted by yusmEa Labels: ,

Haa..smlm en suami amek cuti. Saje je sebab Iyaad pun nk kena cucuk. Masuk kali ni, da 3 kali Iyaad kene cucuk 3 minggu berturut2. Mgg dpn BCG plak. Hajat hati nak bgn awal nk masak somen yg da lame terperuk dlm almari tu. Tgk2 resepi ade resepi yaki somen, mknn Okinawa. Tapi..haha..bgn lmbt la plak. Maka dgn itu, bekpes roti ngn milo jela. Kul 11 da kena g klinik.

Kat klinik, Iyaad nanges la plak time doktor nak cucuk tu. Agaknya da tau kalau gaya pegang macam ni nak kena cucuk kot. Lagipun..papa dia yg pegang. Haha..papa lagi takut nk tgk Iyaad nk kena cucuk. Ape daa..nasib
baik tak terlepas Iyaad kt tgn. 😜

Pas da selesai kt klinik, g kedai jap beli brg dapur sket, patu terus g Aeon. Ummi nak beli brg sket kt Body Shop. Lagipun..bulan ni dpt point 2 kali ganda utk ahli sebab bulan besday. Aritu Body Shop kasi poskad kat rumah. Jadi..seronok la shopping. Then blk rumah, pas Zohor, ingt nak masak tghari. Da ready nk buat mcm2 da. Sekali en suami request nasi goreng pattaya je utk lunch. Haha..mesti la aku seronok sbb xyah masak mcm2. Cuna..bab telur yg nk bungkus nasi tu kena makase kt en suami sebab aku ni tgn keras sket. Selalu telur mesti hancur kalau nak kalih ke, ape ke.. So..jadilah nasi goreng pattaya @ omelette rice kami semalam.

Malamnya plak..en suami kate xnk dinner sebab da knyg gile sebab lunch lewat td. Tp, dia tersangat la rajin, buat roti la plak. Hehe..untung btul la aku dpt suami mcm papa Iyaad ni. Iyaad pun nantu da besar, rajin2 tlg ummi mcm papa tau ☺

Entry Tanpa Tajuk

Posted by yusmEa Labels: , ,

Ape nak tulis utk entry kali ni pn xtau. Tapi rasa mcm nk menulis atau dlm kata lain, nak menaip la. Lately, takde bnd menarik sgt nk ditulis. Semua pun pasal Iyaad jela. Bila da ade anak ni, mmg semua bnd dia la yg watak utama kot. Hehe..

Kehidupan seharian pn mcm biasa. Bgn pg solat Subuh, readykn breakfast n bento utk en suami, patu bila en suami da pegi work, main ngn Iyaad jp. Smpai dia trtdo blk, ummi pun join. Dlm kul 10 lebih krg, bgn blk, if Iyaad da bgn, mndikn dia. If x, ummi pergi urus diri dulu. Kalau Iyaad tdo lame, bole la basuh baju Iyaad sekali. After Zohor, lunch sesimple-simplenya, main lg ngn Iyaad. Most of the time, dia xde de dok diam waktu ummi mndi n solat. Mesti nanges nk suh lyn dia sorg je.

Kadang2, nk masak utk dinner x terbuat sebab xbole tggl lngsung budak kecik ni. Nanges meraung sampai xde suara. Kesian pulak nk tggl lame2. Padahal, ummi masak kt dapur, dia bole je tgk. Tapi, nk jgk suh kite mengadap dia je. Smpai kdg2, en suami da blk br nk stat msk. Or kalau ssh sgt, kenala dukung Iyaad smbil masak.

Manja la sungguh anak papa ni. Asalkn dia sihat, xpela kena brkorban masa sket lyn dia bila dia nk dilayan. Nnt Iyaad da besar da xnak ummi dukung, time tu br la rasa rindu nk dukung Iyaad. Hehe...

Anak Ummi da 3 Bulan

Posted by yusmEa Labels:

He is no more a newborn baby. So much things happened in this so little time! Still can't believe that I am a mom to a cute son now. Kadang2 rasa macam jaga anak2 sedara mcm before2 ni je. Hehehe.. He's gotten so much bigger than 3 months before (of course la kn..hahaha). Da pandai masuk tgn & jari dlm mulut, hisap tgn smpai basah lencun mitten, bertambah byk cakap... Bila bg toys pun da pndai nk main sikit2. Makin besar, makin ummi geram dgn dia sebab da makin bole ajak main sama. Kadang2 time dia tido, rasa rinduuuuu sgt kt dia. Hihi.. Iyaad sgt suka lagu nasyid Alif Ba Ta kt Youtube. Kalau dgr je..mesti dia sengeh. 


Tapi sebab da makin pandai, makin xnak la dok sorg2 time ummi nak mandi or masak. Hehe..terpaksa la dukung dia dlm carrier sambil potong bawang. Iyaad..Iyaad.. Xpela..yg penting, Iyaad terus membesar dgn sihat. Ummi luv u always!!



My Darling Iyaad

Posted by yusmEa Labels: ,



The day I got 'kicked' by Iyaad...but I still love u toooooooo much son :)

Location : Netz, Chiryu-shi

Saya demam...

Posted by yusmEa Labels: ,

Saya demam...huhu. Dari semalam demam ni. Dengan selsema, batuk, sakit kepala yg teramat. Macam sakit yg selalu aku sakit tu. Semua ni start dr ari sabtu aritu. Iyaad telah menghadiahkn sebuah tendangan padu kat dada aku. Apa lagi..bengkak la cik B. Huhu..smpai lebam. Nak bg susu kt iyaad pn sakit gile! Start dr situ la demam pun menyusul.

Skg kt hospital. Nak amek ubat sebab kat drug store biasa xde ubat utk ibu yg menyusukan anak. Kena la jgk g emergency clinic utk dpt kn rawatan. Demam; 39.1 degree. Influenza; xde.

Harap2 lepas mkn ubat ni bertambah ok la. Sian iyaad ummi xdapat main dgn dia sgt. Sian lagi en suami sebab xlarat langsung nak masak utk dia. Huhuhu...

Iyaad kena cucuk

Posted by yusmEa Labels: ,

Petang td bawak Iyaad g klinik. Lepas 2 bulan..baby kat Jepun ninda start kena cucuk mcm2 jenis vaksin. Start mgg ni smpai bulan 4 nnt berturut2 kena g klinik utk cucuk. Mgg dpn kena g lagi, mgg lagi satu pun. Yg harini namanya Hib Vaksin. Aku pun da xtau vaksin ape yg nk cucuk mgg dpn ni pulak. Sebab ms dia bgtau aritu kat fon time bt appointment ngn klinik tu. Jadual susun dlm fon je. Haha..jadi aku xtau yg mana satu Iyaad kena cucuk tu.

As usual ktrg g naik teksi. Smpai2 klinik blom bukak. 230 br bukak..akus saje kuar awal sket. Kena la tgg dpn pintu. Nasib baik la hari sgt ii tenki. Tak terasa sgt sejuk. Kira turn ktrg no 2 sebab dpn aku da ade org lain dtg lg awal. Masuk2 klinik, daftar Iyaad sebab first time. Iyaad sgt baik. Masa tgg kat luar tu dia tido je. Masuk dlm, bukak mata, terus tersengeh2. Bila masuk bilik doktor, time kena cucuk nanges sket. Tapi xsmpai 3 saat la nangesnya tu. Hehe..bagus btul anak ummi ni. Pastu terus sengeh balik. Btulkn baju dia balik, smbil sembang2 ngn dia, terus g amek buku kesihatan dia n balik. Kejap je..

Disebabkan ii tenki harini, plus aku rasa dkt sgt klinik tu dgn rumah, maka aku pun decide nk jln kaki je blk. Malas nk call taxi, or tgg kt dpn tu. Iyaad pun ok je mood dia. Dapat la exercise sket. Tapi.. mmg berat sungguh anak ummi ni. Aku da la x bawak carrier ke stroller ke..Lenguh tgn satu hal, peluh ketiak xyah cakap la. Aku pakai punya la tebal baju. Tak expect hari begitu tak sejuk. Haha..lagipun dukung budak yg sgt semangat ni memang la. Dia elok je tido sepanjang aku bertungkus lumus berusaha nk smpai rumah. Hahaha..

Last2..ktrg smpai rumah lebih kurang 20 mnt perjalanan. Fuhhhh..serius berpeluh dgn jayanya. Bagus la jugak..lama xberpeluh mcm tu. Time kaseh anakku sebab sgt la behave lagi utk kesekian kalinya. Kore kara mo..kte jln sama2 blk dr klinik ek :)

Takoyaki

Posted by yusmEa Labels: ,

Hisashiburi ni buat takoyaki ni. Dulu mcm agak rajin gak la buat. Sebenarnya nk buat takoyaki ni sejak dr adek dtg time pas bersalin aritu lg. Tp sebab xsempat je sbb g sana sini, maka terperam jela tako tu dlm freezer. Sian plak kat adek xdpt mkn takoyaki tu. Dia byk kali sebut nak mkn.. Xpela. nnt kt Msia kte buat sama2 ek dek!

Ramai plak member2 mintak resepi. Kalau ikutkan senang jela resepinya.

Tepung takoyaki / tepung gandum
Air
Telur
Daun bawang
Tako or ape2 je inti yg nak diletak

Campur tepung,air ngn telur..patu masa da masuk dalam acuan takoyaki tu..taburkan daun bawang yg da diracik2. Masukkan jgk la tako dlm setiap lubang acuan tu. Nnt balikkan bila da masak sket..jgn lmbt sgt tkt nnt da xleh jadi bulat bentuk dia sebab da keras aduanan tepung td. Last sekali..da masak angkat la. Tabur la katsuo bushi, mayonis, sos takoyaki dgn segala mak nenek yg kte rs nak letak bg lagi sedap la.

Yang paling penting..kenala ade bekas utk nak masak takoyaki ni. Kalau x, jadi nama masakan lain la pulak.

A Year Older

Posted by yusmEa Labels:

Assalamualaikum & ohayo minna..

Semalam genaplah umur ku 27 tahun. Serius?? Dah semakin tua. Dah terasa jgk semakin xbes nk sambut besday. Bertambah usia means semakin dekat kite dgn kematian. Tapi en suami kate..dgn tu jugak, semakin dkt kite dgn Tuhan. Harap2...semakin bertambah amal ibadat ku,seiring dgn peningkatan usia ku.

Still ingt lg..dulu klu besday aku, mesti time sekolah baru bukak. Ade sekali tu time besday aku kt AAJ UM (tmpt persediaan before dtg Jepun), aku sedih sgt sebab ayah x wish pun happy birthday. Aku pun call arwah tok aku kt Penang, nk luahkan perasaan sedih. gosh I miss her soo much!!! Sekali tu, mlm dpt cll dr mama. Ade ucapan istimewa dr ayah. Haha..rupa2nya arwah tok bgtau mama aku ngadu kt dia pg tu. Kehkeh..gedik sungguh. Tapi, skg br aku sedar, ayah mmg x wish pun besday sape2 pun sebenarnya! Haha..kebetulan agaknya aku br je abes sekolah time tu, jd xde ayah mama dpn mata time besday. Selalu klu time sekolah, even kt asrama, mesti dorg dtg visit waktu weekend. Jadi dpt la sambut sama2. Time tu xde nk kisah sgt kot ayah kate happy birthday ke x sebab tgh sambut besday pun, kira ayah wish la jgk tu. Tapi sebab mcm ala sorg2 je time tu, terasa kot ayah x kata pape. Hehe..

Anyway, tahun ni xdpt celebrate sgt sbb en suami kje. Aku nk masak bes2 pun susah sbb Iyaad xnk berenggang dgn ummi. Nak berkepit je la pulak, ajak main & sembang. Jadi..makan nasi lauk biasa jela. Cuma..ade surprise dr en suami. Jeng jeng jeng...

Chocolate moist cake dr en suami <3

Malam sebelumnya dia da bertungkus lumus buatkn kek ni. Chocolate moist. Balik dr keje semalam br start deco kek. Mmg bes la en suami ku ni. Da la sedap plak tu. Hehe..kalah la aku. Agaknya sebab dia klu buat kek mmg bersungguh2 kot. Kalau aku, main taram je. Hahaha..sgt2 happy! Terima kasih daun keladi syg ku. I luv u sooo much!!!!

First birthday bertiga :) 
Kek da dipotong


Iyaad tolong ummi tiup lilin

Owh..perkembangan tentang Iyaad..dia da pandai tarik selimut & baju patu masuk mulut. Wahh kagum..selama ni masuk tgn je dlm mulut. Hehe..membesar dgn baik & sihat ye syg ummi :)

Tgk tu..beria bukak mulut nk masukkan selimut Pooh dia

Sate Ayam

Posted by yusmEa Labels:

Since en suami start cuti aritu, ktrg da byk kali sebut nak buat sate ayam. Actually, dr sebelum tu lagi. Nak try buat sndr. Tringin pun ye jugak. So, pada hari Selasa malam aritu, ktrg pun start la aktiviti perapan ayam. Resepi amek kat internet je. Guna bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis, kunyit, garam, & gula. Perapan ktrg simpan dlm peti ais dan dibiarkan semalaman.

Mlm semalam, pas blk dr ronda2, ktrg pun start la mencucuk sate. Lidi da lame beli kt kedai 100yen. Sambil tunggu nak bakar tu, buatla kuah kacang. Kebetulan kacang yg mama bawak dr Msia aritu utk guna time raya haji ade lagi. Tapi..tersilap la plak terletak cili byk sgt. Jadi kuah kacang agak pedas.


Ktrg bakar sate dlm tmpt bakar kt dapur gas tu. Mula-mula risau jgk, takut lidi pun terbakar jgk. Tapi..ok la. Hasil dia memuaskan. En suami pun rajin je nk percik2 minyak kat sate tu time bakar cm selalu org lain buat. Hasilnya....pukul 12 tgh mlm br la ktrg dpt mkn sate tu. Sate ayam for supper. Memang menggemokkn diri btul no . Mcm mana la nk kurus blk kalau mkn mcm ni tiap hari.


Nanti kalau blk Mesia, bole la buat utk family pulak. Hehe..

Farewell Yant

Posted by yusmEa Labels: , ,

Hello world!
Haha..mcm ayat wajib time mula2 belajar programming je. Ape2 language pun la..mesti pkai ayat Hello World! Memandangkan blog aku yg da semakin sepi di hujung2 tahun 2011 oleh krn sibuk melayan buah hati baru, maka azam thn ni ialah xnk mls2 lg sambil nk rajin update entry sementara masih lg bergelar fulltime housewife ni. Nnt da blk Msia, da stat keje, lg bertambah sepi dan berhabuk la gamaknya blog ku yg xseberapa ni.

Mari kte flashback aktiviti hari2 terakhir di bulan terakhir thn lepas. Our friend yg sama batch time kat dai (university) dulu da selamat menamatkn pengajian peringkat master nya bulan Nov. Dia amek English course wpun sgt hebat Nihongo sbb da blk keje kt Msia after sotsugyo dulu sama aku. Utk meraikan shbt ktrg ni, aku & en suami pn ajak la bbrp org member yg jugak budak batch ktrg yg still ade kt area Aichi ni dtg rumah. Masak ape2 yg patut mengikut kemampuan; ns putih, ayam masak merah, dalca tulang + sayur goreng. Nasib baik Iyaad bole di control sepanjang tempoh ummi & papa bersilat kat dapur.

Tetamu yg datang

A few days later, K Wani n her husband pulak ajak ktrg ni p makan rumah dorg, juga utk meraikn Yant ni. Lagipun en suami da start cuti Tahun Baru. Ktrg pn xde plan pape cuti ni. Dpt jln dekat2 pun ok la dari dok umah je.

Iyaad at K Wani's house..dgn present dr tuan rumah :) TQ auntie n uncle

Finally, hari Jumaat 30/12/2011, ktrg p la anta Yant beramai2 kat Kansai Airport. Kami gerak lmbt sket sbb ade budak kecik ni yg xmo tido pulak mlm sebelumnya. Ingat da xjadi g da sebab ktrg dpt tido lepas Subuh. Takut en suami x larat nak drive je sebab nk g sana lebih kurang 3 jam. Nak gerak kalau bole xnak lambat sgt tkt jem. Al maklum la..musim cuti, semua org blk kmpg. Yant blk dgn bbrp org kwn ktrg jgk yg blk bercuti. Haihhh, tgk dorg blk rs mcm nak blk jgk je. Adoii la..aku da teramat sgt rindu Msia ni. Rasa hati mcm da kat Msia je. Yela..ms time study dulu, every year blk jumpa family. Tp ni da lebih setahun ni. Eh...padahal mama ayah dtg je time beranak tu. Hahaha...

Bye Yant..mata ne
To Yant, selamat pulang ke tanahair terchenta. Insya Allah ade rezeki kte jumpe lagi. Semoga semuanya selamat la :)