Mandi Wiladah & Mandi Nifas

Posted by yusmEa Labels: ,

Pening pulak pagi2 hari ni bila baca byk2 info dr internet ni. Aku nak carik psl mandi wiladah & mandi nifas. Ade byk pulak pendapat. Jadi kompius terus aku.

Wiladah - kalau ikutkan maksud wiladah ialah bersalin. Maknanya, maksud mandi wiladah ialah mndi lepas bersalin.

Nifas - darah yg keluar lepas seorang wanita tu bersalin. Waktu maksima utk darah yg dikira darah nifas ialah 40 hari. Jadi, kalau darah tu dah berhenti sebelum 40 hari bole la mandi dan solat. Kalau terlebih pulak, kena mndi jugak dan solat seperti biasa.

Kemusykilannya sekarang ni, ade pendapat mengatakan seorang perempuan yg bersalin kena terus mndi wiladah selepas je bersalin. Maksudnya, if ade darah nifas sekali pun, kena mndi wajib jgk. Nnt bila darah nifas dah habis, kena mndi wajib sekali lagi.

Ermm...pasal bab mandi ni, sebenarnya xkisah la pun kalau kena mndi lepas bersalin pun. Abes darah nifas nnt, mndi la sekali lagi kn. Cuma, aku just nk tau ape hukum sebenarnya. Ade satu pendapat aku jumpe dari blog ni.


MANDI WILADAH

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

Dari ape yg tertulis, mndi wiladah tu khas utk org yg bersalindan xkeluar darah nifas, termasuk org yg keguguran samada dlm bentuk darah or segumpal daging. Org yg bersalin secara operation dan xkeluar darah nifas pun kira kena mandi wiladah ni. Jadi secara kesimpulannya drpd pendapat kat atas ni, bg wanita yg bersalin dan keluar nifas, xperlu la mandi wajib sebanyak 2 kali, iaitu lepas bersalin dan lepas kering darah nifas.


Ermm...aku pun sebenarnya xpasti mana yg sahih. Jadi kalau ade sapa2 yg ade tau mana2 info yg lebih terperinci sila la kongsi bersama. Tapi bg aku, klu kena mndi dua2 pun xpe je. Bukannya susah pun nak mndi kn. Cuma ni kan hal agama. Kalau bole, nak tau yg lebih tepat la. Dan, jgn anggap perkara2 dlm Islam tu susah. 

Sambal Tumis To Be Frozen

Posted by yusmEa Labels:

Harini rasa ade mood sket nak buat sesuatu utk en suami sepanjang aku kt hospital nnt. Memandangkan kat Nihon ni kena nyuuin 5-6 hari after bersalin, jadi kompem2 la aku xdpt nk masak sebagainya utk en suami. Kesian pulak kat dia walaupun sebelum ni dia biasa je hidup bujang msk sndr. Tapi dis time lain sket. Nnt blk keje kot rush nk visit aku kt hospital lagi, x ke susah tu. So, utk bg sikit kesenangan kt en suami, aku buatkn sambal tumis yg dia suka & letak dlm freezer. Sambal tu nk mkn terus pun bole, nk buat smbal telur ke, sambal ikan ke ape ke semua bole. Dia tnye.. x awal sgt ke buat? Haha..aku jwb, ntah bile la aku nk beranak. Ntah2 esk..Hihi..

sambal yg tgh ditumis
da siap!!

Harap2 dpt la membantu kehidupan syg ku nnt. Kalau die nk tido hospital pun, at least da ade bnd nk mkn. Nnt klu sempat dan rajin lg, nk try bt bnd lain plak yg bole disimpan.


- Posted using BlogPress from my iPhone


Dah masuk minggu 37 da...

Posted by yusmEa Labels:

Wah..cpt betul ek masa berlalu. Da 37 weeks da baby dlm perut ni. Anytime je bole keluar. Aku mmg setiap masa doki2 la skg ni. Bila rasa sakit perut sket je, da rasa cm gabra..haha..mana la tau, da nk beranak ke kan. Rasa mcm ade je bnd xsetel lagi utk proses nk beranak ni. Ape ek? Erm..harap2 semuanya ok. Semoga aku diberi kekuatan & semangat sepanjang proses nk lahirkan baby nnt. Semoga baby pun senang keluar, sihat. dan xde masalah lain. Aritu kan pergi hospital doktor ade kata psl anemia tu kn..skg ni mmg tiap2 hari kena mkn ubat la. Sehari 2 kali, pagi & mlm. Dlm masa yg sama, pil iron pun mkn jgk. Aritu sembang2 dgn mmbr, doktor la mmbr aku tu, dia pesan, utk kesan yg lagi baik, iron kena mkn sekali dgn vit C. So, sekarang ni aku amalkan la amik dua2 sekali serentak. Hopefully membantu. Ubat yg doktor bagi tu, ade kesan sket. Aritu doktor da kate, kalau mkn ni, mungkin akan ade rasa sakit perut ke, kimochi warui ke, cirit birit ke, or maybe najis akan jadi lebih gelap dr biasa. Hehe.. Aku ade jgk la alami tu kdg2. Tapi sebab doktor da bgtau awal2, xdela risau sgt. Kecuali smpai tahap yg melampau baru la bole kot nk mengadu semula kat doktor. Ade artikel yg aku baca tu, dia pesan suh minum air byk2 after mkn ubat ni utk elakkan kesan2 sampingan tu. Antara bhn mknn lain yg selalu disarankan yg mengandungi iron yg byk ialah bayam & daging merah. Anemia aku ni tahap sederhana je. Kpd yg taktau ape tu anemia, anemia ni kekurangan darah or tahap hemoglobin dlm darah kte rendah. Kadar normal ialah 11 mg% ke atas. Tapi dr result darah aku aritu, Hb aku 10.4 mg%. Tahap yg teruk ialah bawah dr 9 mg%. Jadi, aku kira tahap xdela berbahaya. Cuma takut ade kesan smpingan especially nnt time dah beranak. Ade kes org yg kurang Hb ni boleh tumpah darah lepas beranak. Jadi now mmg kena berhati2 dan tak bole mls mkn ubat. Kpd semua readers, pls pray for us. Semoga semuanya dipermudahkan Allah..amin :)

Prenatal Check Up - Week 36th

Posted by yusmEa Labels:

Baby's weight : 2.8 kg
Mom's weight : + 11 kg

Pagi2 lg da kuar rumah pergi carik breakfast. Kalau kt Msia best tu..ade ns lmk, roti canai, teh tarik. Kat sini ape la sgt yg bole mkn. Destinsi pertama ialah Max Value..nk carik bento la konon. Zannen desu ga la..semua xleh mkn. Last2 beli buah & bnd2 lain plak. Patu bg cdgn kt en suami pergi Kariya Oasis, mcm perhentian highway yg bole jgk org xnaik highway masuk. Tmpt tu ade mcm2 kedai. Mula2 cuci mata dulu kat pasar dia. Byk btul ikan murah. Sekotak penuh 350 yen je. Gentei (limit) la tapinya. Last2 ktrg beli seekor ikan hamachi yg besar dgn sotong 6 ekor. Serius murah gila. Da la xpenah beli ikan hamachi sekor mcm tu. Jadi nnt time mama ayah dtg bole la p beli ikan byk2 kt situ.

Da borong beberapa brg, kami pn naik la atas nk carik mknn. Tmpt yg dituju ialah ザ.めし屋. Kedai dia cm ala2 shokudo. Amek lauk, ptu nasi. Lauk bole pilih la. Of course la amek ikan je kn. Best jgk mkn ns pagi2 ni. Lauk dorg pn xdela berat. Chodo ii la. Dpt jgk la aku mkn monburan yg da lme aku tringin nk mkn.




Pastu blk umah silat Zohor jp, trs g klinik. Ramai btul org. Agaknya hari khamis doktor perempuan, sbb tu ramai. Lewat sejam dr waktu appointment sebenar. Da la waktu nk kencing utk test everytime dtg tu, aku xbole nk kencing. Lama gila kot dok dlm toilet tu tp xberjaya. Last2, p minum ayaq dulu kt waiting hall tu smpai agak2 da ok, p la toilet blk. Nasib baik berjaya. Hehe..

Alhamdulillah baby sihat. Berat pun mengikut kadar yg sepatutnya. Cuma aku la plak doktor kate x cukup hemoglobin. Kena mkn ubat. Adoii..padahal mkn je iron vit tu setiap hari. Doa jela semua ok nnt, insya Allah.

Saikin byk gak sembang ngn member2 sekolah dulu yg da beranak & tgh peknen. Share pengalaman msg2. Sorg tu doktor, apa lagi, masing2 tnye la mcm2 soalan. Hehe..

Baby ganbare!! Sikit je lagi kte kena brusaha k. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Nihon 2 - Malaysia 0

Posted by yusmEa Labels: , ,

Baru je tamat game bola Nihon vs Malaysia. Lawan kat Saga. Keputusan, Nihon 2, Malaysia 0. Tapi goalkeeper Msia mmg hebat la. Siap kena puji ngn pengulas Jepun tu.

Taifu dah berlalu. Da lepas Aichi, skg da smpai ke kwsn Fukushima. Mmg agak teruk taifu kali ni. Banjir teruk gile kat Nagoya. Siap keluar berita kt Msia. Tapi, alhamdulillah kwsn ktrg ok je. Angin pun xla kuat gile smpai gegar2 tingkap. Tapi taifu kali ni agak laju pergerakannya. Kejap je da smpai kwsn atas. Tapi byk la kes org hilang kena hanyut air, pokok tumbang kena rumah & kete la.

Anyway, mlm ni dinner mkn spageti peperoncino. Da lama xmkn spageti jd mlm ni buat la. Simple je pun. Menu org mls masak.




Esk ade check up. Da start check up every week start mgg ni. Harap2 esk xhujan. Nk sidai kain..td basuh xdpt nk sidai kat luar. Baju en suami da siap gosok. Jadi, esk bole setelkn bnd2 yg perlu di setelkan seperti mengemas bilik dan psg katil baby. Yeayyy!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Taifu 15号 ロウキー

Posted by yusmEa Labels:

Taifu dtg lg. Tapi angin xkuat sgt mcm selalu. Cuma hujan trn lebat kt byk tmpt termasuk Nagoya. Sampai bnjir.. Kena hntr bantuan, g amek org2 yg jd mangsa banjir naik bot.

Tapi kt Chiryu ni xdela hujan lebat sgt. Angin pun xdela smpai gegar2 tingkap mcm before ni. Padahal Nagoya tu cm jiran je kot. Xpela..alhamdulillah. En suami pergi keje mcm biasa. Taifu mungkin smpai kwsn Aichi ni dlm pukul 12-3 ptg. Jadi,semua org, sila berhati2. Bwk payung jgn smpai terbang pulak payungnya.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Kek Tiramisu

Posted by yusmEa Labels:

Utk reference sendiri. Aku tgk resepi kek ni dari byk2 website. Last2 cmpur aduk sini sana sket..jadila kek tiramisu yg simple ni. Aku tgk kt website bangumi Jepun. Sape nk try, sila la


Bahan-bahan
250 g cheese cream / mascarpone cheese (biar suhu bilik 3 jam)
4 biji telur (amek kuning telur je)
roti lady fingers / biskut ape2 yg sesuai / kek plain ape2
air kopi agak pekat
75 g gula
cocoa powder

Cara-cara
Mula2 pukul kuning telur dgn gula. bila gula dah hancur sket, pukul telur atas air panas nk bg telur tu masak sikit smbil kacau selalu. kalau x nnt berketul. patu, masukkan cheese tu sikit2 smbil pukul.dlm bekas yg nk buat kek tu, susun roti lady fingers / biskut / kek yg dah direndam dgn air kopi pekat tu bagi jadi base kek. rendam jgn lama sgt.skadar celup bg air kopi meresap je. ptu letak la cheese yg dah dipukul ngn telur td.kalau nk buat byk2 layer, ltk la lagi roti / biskut tu atas cheese.patu letak cheese lagi. atas sekali, tabur la cocoa powder dah siap bole la simpan dlm fridge dlm 8jam ke. klu nk cepat, letak dlm freezer pun bole. patu dah bole la mkn..hehe

Tanjyoubi Omedetou Syg~

Posted by yusmEa Labels: , ,

Happy Birthday en suami!!


Hehe..semalam birthday en suami yg ke 27. Dari minggu lepas lagi aku dok pikir ape la bnd nk bg kat dia. Smbil tu, pikir mcm mane la nk smbut birthday dia ni. Satu, sebab dia keje semalam. Dua, sebab aku ni mne ade kenderaan or dlm erti kata lain agak susah nk bergerak sana sini nk carik brg or ape2 jela utk smbut birthday dia. Last2, beli hadiah dia secara online je kt Yahoo shopping. Hehe..tp ngelat sikit la..sebab hari Khamis mlm tu ajak dia g tgk bnd yg aku nk beli. Yela..takut nnt dia xberkenan pulak. Kira hadiah pun x surprise sgt la.Tapi..xpela..at least aku bg la sumthing kn.


Utk besday celebration dia pulak, aku maji xtau nk masak ape mula2. Patu pikir punya pikir, last2 decide nk buat chicken chop ngn nasi ala2 nasi ayam. Patu, hari Jumaat tu, ajak dia p kedai, beli la brg2 nk buat kek. Maka jadilah kek tiramisu ku. Aku xguna kek pun sebagai base. ade org guna kek, ade guna lady finger roti tu. Tapi aku guna biskut je sebab tu je yg jumpe kt kedai yg bole mkn. Rasa..alhamdulillah sedap. Ala kek kecik je pun..satu mlm mkn da abes.


Anyway..kpd en suami ku yg tersyg..semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk terus beribadah, semoga berjaya mencapai segala impian, dan semoga menjadi ayah yg baik kpd bakal anak2 kita. Hehe...i luv u always..


Chicken chop with nasi ayam

Tiramisu buat sendiri yg comot

Birthday gift for him

Birthday dinner

En suami ku bersama kek

Taraaa....

Ni la hadiah nya..hehe

Owh btw..harini birthday Muaz..anak sedara ku yg sgt mcm2 perangainya. Happy birthday Muaz!!! Yaya da pos hadiah utk Muaz. Nnt Muaz mesti gembira dpt hadiah tu.. :)

Seharian Yg Agak Busy

Posted by yusmEa Labels: ,

Semalam sekali lagi hari yg penuh. Pagi2 lagi da gerak g Nagoya, en suamo nk renew lesen. Nasib baik xjauh. Smpai je, tgk ramai gile org beratur nk renew lesen pun. Dah setel kt registration, en suami pun terus la masuk dewan ceramah. Kat Nihon ni klu renew lesen kene dgr ceramah. Yg first time cm en suami ku kena dgr 2 jam. Dah lama sket, sejam, patu ade yg 30 mnt pun ade. Puas jgk aku menunggu kt kerusi tu. Da la mengantuk..sempat gak la terlelap. Nasib baik la ade iphone. Tp bateri pun giri giri je.







Ramai btul org beratur


Dah setel tu, ingt nk trs pegi Masjid Anjo solat jmt. Tapi xsempat la pulak. Jadi ktrg trs la pergi mkn sushi sbb pukul 3 nk g byoin pulak. Makan pun xdela byk sgt mcm selalu. Pstu blk rumah jap solat Zohor. Smbil2 tu dpt la berehat jp dlm setengah jam.

Then, trs gerak g klinik. Kali ni xramai sgt org kt klinik. Tapi agak lama jgk la check up. Maybe sebab da soro soro nk deliver kot. Macam2 doktor & nurse setsumei. Yg mne paham tu paham la. Yg xbape phm tu bt2 phm. Haha.. This timr dpt tgk gmbr baby 4D. Ya Allah..mulut mcm mulut ayah dia. Hehe..alhamdulillah baby sihat. Nnt psni da start check up seminggu sekali. Aku pun da kena start rajin blk bersenam or jln2 spy senang baby nk kuar nnt.



Our litle baby @ 35 weeks

Dah abes kt klinik, g kedai jap beli brg utk nk smbut besday en suami arini. Haha..susah plak nk buat surprise sbb aku ni mmg la xmampu nk bergerak sendiri g kdai.Jadi kena la dia ade jgk. Cuma suh dia p tmpt lain time aku nk beli brg.Hehe..padahal dia tau je kot aku nk buat kek bagai.Gomen ne en suami..nnt da kt Msia bole la org buat surprise utk awk.Skg..terima jela ape2 pun.

Blk, solat asar, trs baring. Xlarat gile rasa. Kaki sakit, perut sakit. Baby da sgt besar smpai xtau nk duduk mcm mne nk bagi selesa. Smpai maghrb aku tido. Teruk btul. Dinner en suami yg ready kn. Alhamdulillah syg ku ni rajin je time2 dah nk dkt deliver ni.Tq syg..padahal dia mmg selalu pun rajin bile aku mls.Hehe..

Semoga segalanya dipermudahkan Allah utk kami..



Posted using BlogPress from my iPhone

牛丼 (Gyuu Don) @ Home

Posted by yusmEa Labels:

Arini byk btul aktiviti. Dr pagi da kuar. Mcm perkara nk kena setel kn. Tapi byk jgk yg xsetel lg. Jadu kena smbg esok pulak. Kelas yoga pun xsempat pegi td. Hehe..xpela, jln2 pun kira bersenamla jgk kn.

Ptg sket, da abes sket penat, start la masuk dpr. Tringin plak dari aritu nk try buat gyuu-don. Asyik tgk kt iklan je. Ape ek dlm bhs Melayu..Nasi berlauk daging kot. Kat Nihon ni kira cm antara mknn fav nihonjin jgk la. Nk mkn kt kedai sah2 x bole kn. Jadi try la buat sndr. Ikut bhn yg rs2 sesuai la.

Disebabkan dlm peti ais ade sukiyaki tare yg still x abes lg, maka guna tu jela. Tgk2 resepi ade je org buat guna sukiyaki tare tu. Senang je kot..Cmpur tare tu 1:2 dgn air. Didihkan dlm periuk, dgn bawang besar yg da dipotong. Tgg la smpai agak2 daging nk masak, jgn smpai kering terus kuah. Nnt kering sgt..

Nk hidang tu, ltk la nasi dlm bowl. Patu ats nasi ltk sayur kubis + piman yg da dipotong halus. Atas sayur br ltk daging yg da masak. Siap! Hehe.. rasa mmg masyukk la. Taktau la rasa sbnr gyuu-don tu mcm mne. Tapi yg da jadi ni pun rasa sdp je. Nnt bole la buat lagi :)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Mother Class - Second Half

Posted by yusmEa Labels:

Panas betul la arini. Berpeluh2 cek. Pagi td pergi mother class kt klinik. Aritu da terlepas, jadi kena la ganti. Nnt kot2 ade maklumat penting x tau ke.

Smpai2 je klinik, nurse tu suh register mcm biasa, patu amek la pamplet kt counter tu. Then, die suh masuk satu bilik utk breast check. Haha..segan gila! Tapi sebab pikir utk masa dpn, xpela. Dorg nk check if breast kita ok utk breastfeed baby. Alhamdulillah xde problem. Insya Allah bole la bg susu kt baby dgn baik. Cuma dorg pesan, start minggu 36, da kena massage breast selalu especially time mandi. Dia tunjuk la jgk cara2 yg kena buat.

Kelas kali ni agak ramai berbanding before. Maybe sebab aku join org yg nak deliver bulan Nov kot. Maybe Oct tak ramai sgt. Rasa2 semua kat situ tadi due Nov kecuali aku. Haha..mcm senior la sket berbanding dorg. Kelas kali ni byk cite pasal masa nk beranak nnt ape kena buat, masa bila kena call hospital, ape kena bawak time nk masuk hospital..mcm tu la lebih kurang.

Kat situ, nurse tu pesan if dpt bilik individu, bole la suami nk tido kt hospital. Tp, if nk pergi keja, klu nk kuar pukul 630 ke, xbole la. Pintu hanya akan bukak kul 8 am. Jadi pndai2 la semua org nnt pikir apa yg terbaik. Aiseh...br je ingt nk suh en suami teman kt hospital. Tak dapek la gamaknya kecuali dia cuti.

Pastu ade lawatan sekitar tmpt bersalin & ward. Aritu aku da g time kelas yoga. Tapi dpt la tgk sekali lagi. Last segmen, ade sket teknik pernafasan dari cikgu yoga. Rasa mcm sekejap la pulak kelas kali ni berbanding aritu. Xpela, pergi pun xrugi sebab byk jgk bnd yg dpt especially ape nk kena buat time masuk hospital nnt.

Nnt ade lagi mcm2 kot soalan nk tnye kt nurse or doktor. Tadi malu2 kucing nk tanya..hahaha. Esok pergi lagi klinik utk kelas yoga. Da lama tinggal..jgn smpai pengsan pulak kang. Ganbare!!

5 Fakta Tentang Kehebatan Islam

Posted by yusmEa Labels:




Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan :-


1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


sumber : Sebuah Kehidupan

Nasib Baik Tak Banjir

Posted by yusmEa Labels:

Adoi..letih pulak terbongkok2 kat dapur td. Nasib baik perasan, ais dlm peti ais mencair. Semalam tukar suhu peti ais tu sebab tgk byk da ais membeku kat dinding2 peti ais tu. Tgk2 td, dah penuh air dpn peti ais tu. Nasib la mmg ade kain dpn tu.

Alang2 kemas la dapur tu sket. Nnt da nk sambut baby, kena la bersih2..hehe. Owh..beg hospital blom setel lagi. Ish...awat la malas sgt nk kemas beg ni...

We Are Ready..

Posted by yusmEa Labels: ,


Hehe..baju2 tu yg kate mcm tu. Arini da masuk week ke 35. Maknanya ade lg 5 mgg nk smpai goal. Ya Allah..permudahkanlah semuanya.

Disebabkan cuaca arini cerah, maka aku pun bgn dan rajinkan diri basuh baju2 baby ni. Takut kang tangguh2 terberanak awal plak, sape nk buat. En suami da la keje smpai mlm tiap ari. Lagi pun sementara sihat dan larat ni..baik buat kan.

Tggl a few things to buy. Baby...sket lagi kte nk berjumpe di alam maya ni. Hehe...kte ganbare ye. Luv u!

Raya Lagi + Anas's Birthday Celebration

Posted by yusmEa Labels: , ,

Last Thursday dpt invitation pegi rumah member kt Shizuoka, Zura + Ityk. Ade jamuan birthday anak dia yg pertama. Sekaligus merangkap open house raya la. Walaupun agak jauh dr cni, tp best la dpt jmpe member2 lama + baru. Mkn pun mmg mcm2 la. Tapi sebab seronok sgt nk mkn + layan budak2 kecik yg comel, gmbr xde la amek sgt.

Birthday boy pun cm blurr je awal2 sebab br bgn tido. Dpt jmpe mmbr kpd mmbr aku. Haha..selalu je rasa kecik je dunia ni kn. Mane2 aku pegi, mesti jmpe sape2 jela yg kwn baik kpd kwn baik aku.

Mkn mmg la sgt seronok. Tapi, sebab perut da makin besar ni, kena control la sket kot psni. Sbb saikin ni, mkn pape je senang btul angin + sakit perut sampai muntah2. Mama kata, da nk bersalin ni pulak mcm2 sakit dtg. Xpela..dugaan kn.

Keluarga bahagia Anas bersama kek birthdaynya

Us yg ade..owh ade satu family tak sempat bergambar

Sori Min + Ida + Bila sebab ktrg je yg syok berposing.hehehe

Kami Dah Raya!!

Posted by yusmEa Labels: ,

Alhamdulillah..harini berakhir la sudah puasa sunat Syawal 6 hari kami. Seronoknya!! Da bole smbg raya.Hehe.. Nasib baik en suami pun nk join puasa renzoku start dr raya kedua aritu. Skip time dia xkje je. Thn ni aku xyah ganti puasa. Hehe..

Td sebagai meraikan hari ktrg dah raya, ktrg pegi bukak pose kt 丸亀うどん kt Kariya-shi. Hisashiburi ni mkn udon. Da lme xmkn. Pastu trs g Jusco carik hadiah utk anak mmbr. Esk nk pergi rumah dorg besday anak die smbil tu raya la. Kt Shizuoka..Maknanya..raya akan bersambung semula esk. Yeayy!!








- Posted using BlogPress from my iPhone

Selepas 8 bulan...

Posted by yusmEa Labels:

Punye la lame nk amek mood nk update blog. Haha..abes je puasa..mood terus hilang. Rasa malas je bdn ni nak bergerak. Tapi harini ku kuatkan semangat. Kena bergerak, klu x, nnt lemah sepnjg hari. Syawal da masuk hari ke 9. Kejap je kn..Tahun ni xmcm thn lepas. Selalu dpt jgk la beraya sakan. Tp sebab cuti en suami da xsame dgn org 2 biasa, maka xdpt la sgt nk pergi open house sana sini. Tp insya Allah esok akan dpt beraya lagi kot. Hehe..

Al kisah selepas 8 bulan aku mengandung ni..punye la aritu rasa, alhamdulillah xde rasa loya2, muntah2, mengidam or wut so ever benda2 yg selalu org mengandung hadapi tu kn. Tup tup..masuk bulan ke 8 ni..mula la dugaan dtg. Start je masuk Ramadan, aku diserang buasir. Adoiii..sakitnya takyah ckp la. Dgn risaunya lagi, stress sekejap. Tapi bila da baca2 kat internet semua, buasir ni mmg antara perkara biasa yg happen kat ibu2 mengandung, rasa 安心 (lega) sket.

Agaknya, masa time bulan puasa agak kurang minum air mcm hari2 biasa kot. Startnya, rasa mcm ade bengkak sket kat bontot. Tapi ok je lagi, x sakit ke ape. Patu, ms time kena cirit birit smpai berlumba2 masuk bilik air dgn en suami tu, lps tu da rasa mcm lain mcm je. Bila buang air, rasa sakit. Patu sedar2, bengkak da makin besar. Ya Allah...mmg risau tak ingt la. Patu, start la sakit yg mmg menyucuk2 jiwa. Hehe..yela. Nak duduk xbole, da duduk pulak, nak bangun xbole sebab tekanan time nk bgn tu kte kan bg kat bontot. Mmg nak meraung je rasa. Time tido takyah ckp la. Mmg pusing kanan kiri, resah je sepanjang mlm. Berdenyut2 rasa.

Nasib baik la ade en suami yg sudi nk tlg tarik aku tiap kali nk bgn. Tapi, mmg tsurai la sgt. Bila pegi check up, bgtau kt doktor, dia bagi ubat je. Xde check, xde terangkan pape pun. Haha..kompius aku doktor kt Jepun ni, mcm xde prsn. Ubat dia bg pun bukan ubat sapu, tp ubat mcm masuk dlm bontot tp krim la jugak. Kat cni, buasir tu dipanggil 痔 (じ = ji). Jadi kpd sape2 yg tgh pregnant, patu ade kt Jepun, patu nk tau ape perkataan dlm Nihongo, tula dia.

Kesan mmg xde la sgt even da pkai ubat pun. Mmg lama jugak la rasa sakit tu. Nk ikhtiar cara lain, ade org kate rendam bontot dlm air agak2 suam time mandi tu lebih kurang 10-15 mnt bbrp kali sehari. Aku try jgk la buat, tp mlm jela bole sbb puasa kn. Xkan nak berendam time2 siang hari. Kesan mcm xde jgk je. Sabar jela aku mampu buat. Doa byk2 kt Allah supaya dipermudahkan semua bnd. Ngeri jgk bila terpikir nnt klu bersalin mcm mne ek?

Alhamdulillah, skg bengkak da makin surut. Sakit pun da xde. Cuma kadang2 ade rasa gatal2 sket. Mama kate tu tanda2 nk baik kot. Hehe..yela..lepas je sakit aritu, aku mmg minum air byk gile time sahur ke berbuka ke. Patu hari2 mkn yogurt. Supaya nak elak susah buang air. Nnt lagi makin teruk. Harap2nya, makin sihat dan pulih la lepas ni smpai la beranak dan selepasnya. Dugaan Allah bg kat kite mcm2 bentuk dan keadaan. Kena redha dan terima jela kn. Jadi, kpd sapa2 yg ade terbaca entry ni, klu ade ape2 petua yg bole diamalkan supaya sakit tak berulang lagi, meh la kongsi bersama. Utk panduan di masa hadapan pulak, kot2 kena serang lagi.

Taifu 12号

Posted by yusmEa Labels: ,

Dah masuk hari ketiga taifu 12号 smpai ke Jepun. Tiap ari hujan je. Angin kuat.Tp nasib baik kwsn Nagoya ni xsekuat tmpt lain. Pagi ni angin da xberapa kuat tp gelap je kt luar. Aku pun jd lalok2 ngntuk je bile cuaca mcm ni.

Insya Allah harini hari ketiga puasa sunat Syawal. Berjuang sme2 en suami. Seronok pulak puasa..Kalau da berenti lama,mesti ssh da nk buat nnt.

Mane la mood nk menulis blog ni....

- Posted using BlogPress from my iPhone


Prenatal Check Up Weeks 33

Posted by yusmEa Labels:

After bbrp mgg x g check up,akhirnya kembali semula ke hospital. Aritu tangguh check up sebab puasa. Ade bnd nk kene check tp sbb puasa xdpt.

Alhamdulillah seperti biasa baby sihat, mommy pun sihat. Berat baby dah 2.1 kg. Wah da besar!! Mommy pulak da tmbh 9 kg dr berat asal. Adoi lps puasa ni takut bertambah2 naik. Kena jaga mkn, mkn byk sayur & buah. Lagipun, lately cm ade buasir je. Huhu..nnt cite len la psl tu.

Td kena amek darah. Patu dpt byk penerangan utk masa nyuuin (warded) nnt. Dapat jugak satu kertas graf. Mulai skg da kena buat graf pergerakan baby. Sehari dlm masa 60 mnt, berapa mnt baby bergerak sebanyak 10 kali. Hee..baby dlm perut ni mmg sgt aktif. Arini, pergerakan dia amek masa 3 mnt je utk smpai 10 kali pergerakan. Nak kira pergerakan ni xkisah bile2. Asalkan ibu dlm keadaan yg rehat sbb senang nk kesan pergerakan baby dlm perut.

Owh..harini pn xdpt gmbr baby sbab muka dia xnmpk dgn clear. Taktau la mesin tu xcantik ke, nurse tu yg xpndai amek. Tp en suami ade amek gune keitai la.Gmbr kurang memuaskan tp bole la..




Lagi bbrp mgg je nk smpai ms. Hee..excitednya!!


- Posted using BlogPress from my iPhone