Stew Tulang Daging

Posted by yusmEa Labels:

Salam and ohayouuuuu

Pagi2 semangat sebab dah makan nasi. Harini en suami pergi kerja lmbt sket. Sepatutnya da start cuti Tahun Baru tapi kena zangyou (OT).  Jadi bole la pergi lambat sikit. Oleh kerana itu, dapat la makan nasi lebihan lauk semalam. Malam semalam buat stew tulang daging. Huhu..alhamdulillah en suami sgt suke! Tu yg sambung makan pagi2 hari ni pulak. Resepi buat stew ni aku edit2 dari resepi2 yg aku tgk kat internet ni sambil guna kekretipan sendiri. Haha kretip la sgt kn.. Buat dia cm lebih kurang sup tulang yg aku selalu buat jugak cuma tambah tomato kot


Bahan-bahan yg aku guna

1/2 kg tulang daging
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
4 sekawan
Lada hitam
Lada sulah
Kentang
Tepung jagung
**1 biji tomato
**1 ulas bawang putih
**Daun basil
**Sedikit sos tomato (tomato puree lagi ok kot)
Garam & gula

Bahan2 * dan ** diblend berasingan. Lepas tu tumis 4 sekawan dan bahan kisar * + lada hitam dulu. da agak2 garing tu..masukkan la tulang daging. Biarkan dalam 10 minit, masukkan air, bahan kisar **, garam,gula. Biar dalam 30minit camtu. After 30 mnt tu, tambah sikit je lagi air, patu masukkan kentang. Biar lagi 30 mnt. Last sekali baru masuk tepung jagung yg da dibancuh. Siap la..hehehe..simple je resepi tapi rasa dia sedap kot. Lagii byk bawang lagi sedap rasanya.

Yeayy..lepas ni cuti!

Winter

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all

Malas pulak nak update blog ni.Haha..ntah pape je mood malas aku ni
Yg penting skg da masuk musim sejuk. Walaupun rumah aku ni tak la sesejuk rumah sewa masa time belajar dulu, tp kalau dok sorang2 tak buat pape, rasa jugak sejuknya.
Weekend haritu, en suami dilanda kaze pulak. Hampir banyak masa dia tidur je. Kesian pulak aku tgk.
Ubat, makan. Musim2 sejuk ni memang senang betul nak selsema demam semua ni. Aku pun selsema sikit je. Hehe.. Lagipun,kadang2 hujan dia pergi kerja xpakai payung. Tula padahnya..

Tapi demam2 pun hari Sabtu kitrg sempat pergi Toyohashi. En suami dah yoyaku nk potong rambut. Dia kalau nak potong rambut mmg kt situ je sebab dah biasa. LEpas potong rambut, ada jemputan makan2 kt rumah K Ainun dan Abg Ayas sempena one of our friend nk balik Malaysia, Syaz. Syaz tgh pregnant, jadi dia balik dulu sebelum hubbynya Ari sebab takut nnt mcm2 hal pulak. Sian Syaz terpaksa berjauhan dgn en hubbynya. Ganbatte Syaz!!

Semoga kita berjumpa lagi nanti Syaz kat Malaysia ek =)

Drama Musim Ini

Posted by yusmEa Labels:


クリックすると新しいウィンドウで開きますフリーター、家を買う 二宮和也 主演

Owh..drama musim yg wajib tengok da habis da Isnin dan Selasa malam lepas. Huhu..lepas ni start la pulak 番組 (program tv) New Year. Lepas tu start balik drama musim baru pulak. Untuk this season..drama yg aku memang x miss tgk ialah 流れ星(Nagareboshi) lakonan Ueto Aya dan Yutaka Takenouchi serta フリーター、家を買う lakonan Ninomiya Kazunari (Arashi). Hehe..seronok tengok 'hero lama' = Yutaka Takenouchi berlakon!! 

Cerita Nagareboshi tu best la kot aku rasa walaupun jalan cerita dia agak lambat. Biasa la cerita ala2 sedih2 mcm tu. Furita, ie wo kau tu pulak..erm jalan cerita agak menarik la. Anak yg berusaha bersungguh2 nak beli rumah baru untuk mak dia yg mengalami tekanan perasaan sbb kena buli dengan jiran tetangga. 

Kepada sesiapa yg xtengok cerita ni lagi..tengok la...

Tron

Posted by yusmEa Labels:

Go to fullsize image
Sabtu haritu, aku dan en suami pergi Jusco kt 東浦. Walaupun da banyak kali sangat kot pergi situ, tapi xpernah la nak bosan (kalau bosan pun buat2 xbosan). Ape tujuan ek..sebenarnya nak pergi koen(taman) berdekatan jusco tu. Alang-alang,pergi la jusco. Ada la jugak benda nak cari kat situ. Jalan punya jalan, termasuk la ke Toho Cinema. Kitorang ni selalu sgt masuk dlm tmpt wayang tp xpernah pun tgk. Selalu cerita tak menarik. Tapi tgk2 ada la Robin Hood, Shrek dan Tron. Menarik jugak. tapi..nak murah punya pasal..sanggup tgg movie yg after pukul 8pm. Haha..TRON. Aku sebenarnya xpernah tau pasal Tron ni. Tapi layan jela. Da la 3D..xselesa betul pakai spek 3D tu. Da la aku pakai spek..berganda2 spek aku. Sakit mata, xselesa, pandangan cm terbatas. Macam2 la..Cerita tu..bole la tahan. Takdela menarik sangat pun. En suami kata..dia da tak nak da tgk 3D movie. Tak best!!

Timbang Berat

Posted by yusmEa Labels:

Salam to all

Mood malas dtg lagi minggu ni. Owh tlg la pergi jauh2!Jgn kacau hidupku..=P
Anyways..baru baca satu artikel ni..pakar dlm hal-hal menurunkan berat badan kata, kepada sesiapa yg tgh dalam proses diet..sila jangan terlalu kerap menimbang berat badan. Maknanya, satu kemestian untuk mereka yang berdiet untuk tidak menimbang berat badan setiap hari. Paling baik sekali, once a week. Nak tau sebab apa? Sebabnya..nanti kalau kita timbang berat, tp angka penurunan or maybe kenaikan yg kita nampak kat alat penimbang tu akan mengecewakan kita. Bila dah kecewa..maka hilanglah mood nak berdiet. Seterusnya, kita pun dah semakin malas nak berdiet atau semakin teruk berdiet sebab tak ada perubahan. Kan tak elok tu..

Go to fullsize image
Jadi panduan kepada semua yg berdiet..atau tgh jaga berat badan..jgn timbang berat setiap hari ek =).

Tatu Kalimah Allah

Posted by yusmEa Labels:

Adehh..mcm2 btul la perkara yg berlaku skg ni. Ni ade berita dlm Harian Metro psl satu kumpulan dipercayai pengikut Syiah kena serbu. Dan adda di antara mereka yg buat tatu kalimah Allah kt lengan sebab terlalu taksub. Adoiiii..kan tatu tu dilarang dlm Islam. Da la kena cekup kt Taman Seri Gombak..rumah aku kt situ tu...ish ade jugak kegiatan2 ajaran mcm ni.Haihhh..semoga Allah melindungi ku dan keluargaku drpd perkara2 sebegini


SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.
Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.
Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.
Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Ciri kesalahan fahaman Syiah

  • Menghalalkan nikah mutaah




  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah




  • Menolak ijmak ulamak




  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga




  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam




  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab




  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w




  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan




  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w




  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir
  • Tahukah Anda ? : Doktor Wanita Pertama Malaysia

    Posted by yusmEa Labels: ,

     Huh..lately aku semakin rajin membaca. Hehe..actually sgt bagus kot. Cuma aku ni memang tak pernah minat nak membaca. Pagi ni aku ada baca a few articles pasal this great woman, Tan Sri Dr. Salma Ismail. She was actually the first Malaysian lady doctor.







     Tan Sri Dr Salma Ismail dilahirkan di Kedah pada 19 December 1918. Beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936. Beliau mendapat biasiswa daripada kerajaan negeri Kedah. Beliau pernah berkhidmat di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur serta membuka klinik sendiri di sekitar Kuala Lumpur. Atas jasa2 beliau yg tak terhingga, beliau telah dikurniakan pelbagai pingat dan anugerah drpd byk pihak.


    クリックすると新しいウィンドウで開きます
     Selain Tan Sri Dr Salma, satu lagi nama yg tak kurang hebatnya dalam bidang perubatan negara kita ni ialah Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohamad Ali. Beliau ialah doktor wanita kedua di Tanah Melayu serta wanita Melayu pertama yg mendapat kelulusan dalam Sarjana Muda Perubatan (MBBS) pada 1955.


     They are great! Aku sepatutnya mencontohi mereka ni. Walaupun pada zaman yg penuh dgn pancaroba, mereka mampu menghabiskan pengajian dan menjadi manusia yg sgt disegani skg. 

    Al Quran dan Kehidupan

    Posted by yusmEa Labels:


     Al Quran, sebuah kitab suci untuk umat Islam. Al Quran ialah wahyu dari Allah yg diturunkan melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW. Wahyu pertama yg diterima Nabi SAw ialah di Gua Hira', pada 17 Ramadhan thn ke-41 keputeraan baginda. Al Quran diturunkan berperingkat2 selama 23 tahun (13thn di Mekah, 10thn di Madinah) agar para sahabat dpt mehafaz,memahami dan menghayatinya. Setiap kali wahyu diturunkan, Nabi SAW akan membacanya kepada sahabat-sahabat tertentu, dan para sahabat akan mencatatnya sama ada pada kulit kayu, tulang dan sebagainya. Jumlah para sahabat yg mencatat ayat Al Quran di Madinah shj ialah lebih kurang 48 org. Selepas Nabi SAW wafat, pada era Saidina Abu Bakar, Al Quran dikumpulkan semula. Al Quran yg dihimpunkan tu adalah semua catatan yg ditulis di hadapan Rasulullah SAW. Selepas Abu Bakar meninggal, hasil kumpulan Al Quran tu disimpan oleh Saidina Umar, kemudian Hafsah Ummul Mukminin . Pada zaman Saidina Uthman, Al Quran ditulis semula dan dibukukan. Manuskrip asal yg ditulis pada zaman Saidina Uthman ni dipercayai masih ada di 2 tempat, satu di Muzium Topkapi, Istanbul,Turki dan satu lagi di Tashkent, Uzbekistan (Telvashayakh Mosque). (nak pergi tgk!!)

    Telvashayakh Mosque


     Al Quran menceritakan tentang pelbagai benda. Antaranya, cerita2 pada zaman dahulu kala, perkara yg akan terjadi di masa depan, ilmu alam dan sebagainya. Manusia zaman sekarang ni, lebih minat nak mendengar sesuatu yg relevan. Mereka kurang berminat bila mendengar tentang agama, hukum hakam dan sebagainya yg kadang2 difikirkan menyusahkan mereka. Banyak daripada kita ni nak mengdengarkan sesuatu yg membuatkan kita rasa kagum dan excited. Zaman sekarang ni, apa lagi yg boleh mengkagumkan manusia selain daripada kecanggihan teknologi ye tak. Contohnya, dalam Al Quran, suran Al-Anbiya' ayat 30 ada menyatakan bahawa langit dan bumi sebenarnya bercantum padu. Kemudian pada abad ke-20 barulah lahirnya Theory Big Bang, yg menceritakan tentang langit dan bumi yg bercantum pada asalnya Kita patut gunakan kecanggihan sains ni utk mengagumi Al Quran. Sains hanyalah alat utk kita memahami Al Quran.

     Al Quran ni, kalau kita baca dapat pahala, dengar orang baca dpt pahala, cium dapat pahala. Kalau faham isi Al Quran lagilah dapat pahalakan. Kalau orang yg tengah stress atau serabut, bacalah Quran..insya Allah akan dapat ketenangan. Dengar org baca Quran juga bole peroleh ketenangan. Baca Quran mesti dengan tajwid, xbole main langgar je.

     Adab membaca Quran
    1) Berwuduk (kecuali dlm keadaan yg tak dapat dielakkan)
    2) Tutup aurat
    3) Baca dgn baik dan sebagainya

     Ingat lagi..aku belajar membaca Al Quran daripada Ustaz dan Ustazah aku kt Masjid Ittifaqiyah kt Tmn Seri Gombak. Seperti tok2 guru yg lain, ustaz n ustazah kami ni memang garang. Rotan sentiasa je ada kat tangan. Salah je ngaji, rotan. Tak betul tajwid rotan. Ustaz n ustazah jugak ajar kami guna buku tulis kt bahagian tengah buku utk buat carta hukum tajwid. Alhamdulillah, berkat ajaran ustaz dan ustazah, aku boleh mengaji dengan baik. Tapi, masih byk lagi ilmu yg perlu aku belajar psl hukum tajwid dan sebagainya ni. Insya Allah, aku akan didik anak2 aku nanti supaya mengaji dengan betul dan jadikan Al Quran panduan hidup.

     Kalau bole, setiap hari kita bacalah Quran. Tak dapat 1 juzuk pun takpela. Sikit pun xpe. Yang penting konsisten..barulah rumah dan keluarga kita sentiasa bahagia.

    Lepat

    Posted by yusmEa Labels:

    Salam to all

    Teringin gile nak makan lepat skg ni.Tak kisah la lepat pisang ke lepat labu ke..asalkan namanya lepat
    Tapi daun pisang tak de. Camna nak buat...letak dlm aluminium foil bole dak?
    Uwaaaaaa....lapaq lepat!!

    Chiryu-shi

    Posted by yusmEa Labels: ,

    Salam to all

    Chiryu-shi..tempat kami tinggal sekarang dekat Aichi Japan ni. Bandarnya tak besar mana pun. Pusing2 kat situ jugak. Last weekend kami pergi 散歩(sanpo;bersiar2) menikmati panorama sebahagian daripada bandar Chiryu ni. Kene la berjalan kaki baru bestkan. Cuaca pun sangat sesuai je untuk berjalan-jalan. Dapat snapped a few photos walaupun tak berapa cantik. Sebab jalan yg kami lalu tu memang tak ada benda2 yg best.


    Ini ialah pemandangan dari bawah jalan 23. Kalau ikutkan, rumah kami memang betul2 bawah jalan 23 ni. Jalan ni la yg selalu kami guna nak pergi Toyohashi, tempat kami belajar dulu


    Apita. Satu-satunya kira mcm shopping complex yg ada dekat Chiryu ni. Kira bole la daripada tak ada. Tapi kalau pergi, mesti xramai pun org. Hehe..Kami pun jarang sangat pergi Apita ni


    Kalau orang yg biasa duduk Jepun da biasa kot tgk pemandangan mcm ni. Di mana2 je bole jumpa sawah padi. Kat tepi2 jalan antara rumah org2 pun ada sawah padi. They really make use of the land. Walaupun sikit, tapi ada hasil. 


    Ni pulak gambar Jalan 1(国道1号線), gambar diambil dari jejantas yg merentasi jalan ni. Jalan 1 ni merentasi Tokyo sampai la ke Osaka. Jalan ni kira paling busy la kot. Sentiasa banyak kereta. Bukan highway pun. Panjangnya ialah 543.1km. Mcm jalan nak balik kampung Penang pulak dr KL..Hehe..

    Itu saja cerita utk pagi yg sejuk ni..hujan je dari semalam..

    Perasaan

    Posted by yusmEa Labels:

    Salam to all

    Pagi2 bangun tidur je aku da rasa sgt xbersemangat. Macam-macam fikir. Perasaan tak boleh nak kata la.
    Frust + tension + sedih + bosan + redha + syukur = Alhamdulillah


    Tapi tgk je muka en suami, terus tak jadi nak layan perasaan. Bangun!!! Bento belum buat..hehe
    Semua kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Allah lebih tahu mana yg baik utk hambaNya. Kita kena redha dan bersyukur atas segala pemberianNya

    Lepas en suami da breakfast dan pergi kerja, aku sambung la cari kerja daripada magazine Townwork yg aku ambik kat 7E semalam. Owh..terjumpa satu baito yg agak sesuai!! Ingat nak call je terus ni. Tapi, tgk tempat agak jauh sikit dari rumah. Nak naik basikal ok je kot. Tp iciyo, esok nak try dulu jalan-jalan naik basikal sambil menghirup udara segar di musim sejuk ni dengan en suami ke tempat tu.

    Aku sangat bersemngat ni


    Ya Allah, permudahkanlah segala urusan yg ingin aku lakukan ini. Jika ia baik utkku, maka bukakanlah jalan utkku. Sesungguhnya Kaulah sebaik-baik sandaran. Amin

    PooH kesyganku yg setia di dlm kereta =)

    Salam Maal Hijrah

    Posted by yusmEa Labels: ,

    Salam Maal Hijrah utk semua muslimin muslimat. Jgn lupe baca doa akhir n awal tahun ek

    Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

    Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
    "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan 
    aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  





    Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

    Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 
    "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  
    dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


    Tagged dari Achik

    Posted by yusmEa Labels:

    Owh..pertama kali kena tagged sejak masuk dunia blog ni. Aku di tagged oleh Achik, one of my ex-high schoolmate dulu. So..here it goes..




    Adakah anda rasa anda hot?
    Tidak mungkin!! orang selalu kata aku ganas..mcm mana nk hot. Hot temper bole la kot =P

    Update wallpaper anda guna sekarang



    Cerita pasal gambar ini
    Ini adalah gambar after nikah..bersama both parents. Owh sgt rindu keluarga ku

    Lagu terakhir anda dengar
    Ape ek..last dgr lagu semalam kot dalam kereta. Haha..lagu ape ntah. Lagu kumpulan Padi kot

    Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
    Yus, Yusse, Ame, Mia, Mira(kawan2 time kecik ngn jiran tetangga serta sedara mara je pggl ni), Amira (time mama marah dia panggil nama ni)

    TAG lagi 5 orang

    Siapa orang No.1 dengan anda?
    kawan satu university..sama department..sama umur..tp lain batch

    Katakan sesuatu pada No.5
    K Wani..bljr rajin2.jgn homesick selalu..=)

    No.3 ada hubungan dengan siapa?
    dgn gadis kesygan dia Yaya Papaya tula =)

    Bagaimana pula dengan No.2?
    bahagia dgn Mr Ijam and Hajiq yg comel tula

    Kata-kata cinta pada orang No.4
    hehe..owh sygku Aishah..cpt la dtg sini.aku tersgt2 rindu padamu!!

    Berikan 4 fakta anda tahu tentang orang yang anda tag
    1- 4 female, 1 male
    2- 4 friends, 1 family
    3- 3 married, 2 single
    4- 2 working, 2 studying, 1 housewife

    Shopping!!

    Posted by yusmEa Labels: , ,

    Owh..walaupun aku ni bukan la kaki shopping, tapi sekali sekala dapat beli barang sgt gembira kot rasanya. Lagi2 la xkeluarkan duit lgsg =P. Last weekend kami pergi jalan2 kawasan Nagoya lagi nak cuci mata. Actually da lama da ajak en suami pergi satu kedai kain ni. and hari tu pun ada kawan2 dari Toyohashi ajak pergi tapi dat time tak berkesempatan. Disebabkan weekend tu sangat2 ii tenki (cuaca baik) maka kami pun bergerak la ke Otsukaya, satu kedai kain yg besar kat Nagoya. Unexpectedly, masa nak masuk parking pun kene beratur sampai tepi jalan besar. Haha..rupa2nya kedai ni sangat terkenal ek. Aku je yg kurang tau kot sebab xminat kain2 dan juga xminat shopping. Lagi pun..sekarang tgh ada sales besar2an sampai tgh bulan December ni.

    Maka..kami pun berjalan2 la dalam kedai. Agak blank jugak la sebab kedua2 kami ni tak tau cara nak beli kain. Hahaha..ape laaaaa. Nanti kalau beli mesti ada je ahli keluarga yg kutuk xcantik. Hehe..Sebab nak bagi semua org puas ati..so we snapped a few photos for them to see. Nanti diorang pilih la sendiri. Kedai ni xdela jauh sgt..bole datang lagi. Disebabkan lawatan ke kedai ni kali ni adalah utk survey2 je..maka xbanyak la kain yg kami beli. I just bought one for me =) Bila nak jahit pun xtau.

    Next station is Noritake no mori. Ini kali kedua kami pergi ke sana. Ramai betul org sebab cuaca sgt baik. Da la pemandangan dlm kwsn ni pun best. Kami pun jalan2 la ambil2 gambar selain membelek2 pinggan dalam kedai tu. Fuhh..rambang mata dibuatnya. Tapi en suami lagi la..lebih dari aku. Aku mana2 pun ok..kalau ikut cara aku, mana aku suka terus grab and pay. Haha..tp tidak pada en suami ku yg begitu teliti. Nak beli tu belek gila-gila nak tengok ada calar tak. Hehe..beruntung aku dpt suami mcm ni. Harap aku......






    Walaupun aku sampai da penat tak terhingga, dengan sakit perut lapar semua tapi sgt berbaloi la sebab dapat beli beberapa keping pinggan utk masa hadapan. Insya Allah, ada masa ada rezeki akan datang lagi..

    Nabe

    Posted by yusmEa Labels: ,

    Salam to all

    Musim2 sejuk ni sedap btul dapat makan nabe. Bagi sesiapa yg xtau apa itu nabe, nabe ni Japanese steamboat. Selalunya nabe dimasak dalam periuk yang dibuat dari tanah liat. Isi nabe ni macam2 la..ikut suka org yg nak makan.

    Masa kami pergi shopping2 barang dapur hari tu, tiba2 nampak ikan yg ditulis utk masak dalam nabe. Apa lagi..kami pun sgt excited la nak buat nabe. So, mcm2 la bahan2 utk buat nabe terus dirembat masuk dalam troli. Antaranya hakusai (kobis cina), naganegi, tofu, enoki mushroom, isi ketam, ikan, dan mcm2 lagi la.

    Semua bahan2 utk dimasak mlm tu en suami yg sediakan. Potong2 sayur dan segalanya la. Hehe..sebab dia yg plg excited nak mkn kot =P So..inilah dia nabe yg telah kami sediakan juga makan


    Next time nak buat lagi guna ingredient lain pulak =)

    Stok Makanan

    Posted by yusmEa Labels:

    Salam to all

    Saja je nak tunjuk gambar makanan yg telah diambil tapi tak pernah upload pun.
    Walaupun kualiti gambar kurang memberangsangkan..tp bole la utk tatapan mata sendiri. Hehe

    Ala2 roti nan hasil tangan sendiri. Haha rupa kurang menarik la tapinya


    Nasi goreng USA. En suami kata dia xpernah makan walaupun kat Malaysia. Haha..lama sangat la tu namanya duduk kt Jepun. Cepat jom balik Malaysia!


    Samosa pertama dalam hidup yg aku buat. Rupa sgt2 la xmenawan hati..tapi rasa alhamdulillah bole la dimakan sampai habis. Kulit popia tu beli kt Baticrom, kedai halal online kt Jepun ni

    It's December!

    Posted by yusmEa Labels:

    Salam to all

    Tup tap tup tap..da bulan 12. Owh sekejap je rasa. Baru je rasa aku berhenti kerja n datang Jepun ni ikut suami tercinta. Baru je rasa majlis kahwin kitorang. Masa memang berjalan dengan begitu pantas sekali. Ape yang menarik bualn 12 ni..mestila sebab hujung bulan ni @ akhir tahun ni en suami cuti panjang. Yahooo..macam2 plan nk pergi ryoko (holiday). Situ la..sini la..tp xbesnya sebab dalam musim sejuk. Tp aku nak jugak berjalan. We'll wait and see ke manakah arah tuju kita kali ini.

    Anyways..semlm aku dilanda sakit perut..again! Tak tau la penyakit ape ntah sebenarnya aku ni. Boleh dikatakan setiap tahun..dalam 2 3 kali aku mesti kena penyakit ni. Tiba2 nak muntah or mmg muntah yg xhengat punya tanpa sebab. Nak kata pasal food poisoning, tak mungkin sebab org lain serumah mesti x kena penyakit tu. Ms sebelum aku dtg Jepun aritu kena sekali. And yesterday..again. Terpaksa la terbaring je xbuat apa. nak main game kt FB pun xlarat (hehehe). En suami pesan xpayah masak..nanti dia balik dia masak. Tp after maghrib tu rasa bole la sikit gagah diri..masak nasi bersama lauk yg sgt simple.

    AKu rasa penyakit ni punca dia dari perut aku yg teramat sgt byk gas. Sebab kalau jumpe doktor..mesti dia kata perut aku ada angin..xpun byk lebihan gas. Kalau jumpa makcik2 yang urut2 badan pun ckp cmtu jugak. Habis tu aku nk buat mcm mana nk kuar kan angin2 ni. Da xlarat da makan ubat. Dulu ada gastrik..mkn ubat je keje. Ke sbnrnya gastrik tu dtg lg? Adehhh...Ya Allah..semoga penyakit ni xkan mengganggu kehidupan seharian ku dan ibadatku kepadaMu..amin

    All time favourite photos

    Posted by yusmEa Labels: , ,

    Ha..ni nak tunjuk gambar2 time wedding yg sgt2 aku suke dan bermakna

    Ni gambar paling best sekali..family ku yg terceria n best!!!!Tapi yasmin kene lindung oleh Muaz yg pelbagai gaya

    Pengapit & para pengiring iaitu anak2 saudaraku

    Yasmin comel mkn aiskrim

    Warga Toshiba yg best!

    Sahabat2 AAJ

    Toyohashians yg sempat ambik gambar

    SKTSG 92-97

    Sebahagian SSPKL9802

    Separuh lagi SSPKL9802

    saat daku sah menjadi miliknya..ceewahhh

    crown kat kepala jadi senget sebab sedap sgt makanan


    Family-In-Law

    Posted by yusmEa Labels: , ,

    Entry kali ni adalah utk memperkenalkan family mertuaku.Hehe

    Ni la family mertuaku. Masa reception kt rumah en suami

    Ni adik beradik en suami.
    Atas dari kiri : Izni (no 3), En suami, Aku, Izzah (no 2)
    Bawah dari kiri : Isyraf (no 4), Ikhwan (no 6), Insyirah (no 5)

    Salam ayah mertua..hehe

    Turn mak mertua pulak baling2 bunga rampai

    Wif parents-in law

    Kazoku

    Posted by yusmEa Labels: , ,

    Introducing my family..


    gambar adik beradik ku (tapi adik ku tidak ada) masa hari nikah kami

    From left : K Mona (kakak atas aku), K Nie (kakak yg kedua), Along, Aku, Suamiku, Abalan (suami Along), En Fakhrul (suami K Nie), Husni (suami K Mona)
    Duduk dari kiri : Kakak (anak Along yg pertama), Yasmin (anak K Nie yg pertama), Muaz (Anak Along no 2)
    Kene dukung tu Yusuf..anak K Nie yg no 2

    Adik aku xda sebab dia tgh exam time ni.Pas majlis baru la dia pulang ke rumah. Sedih je dia ni xde time tu..
    ni la adik aku yg seorang.hehe

    ni pulak mama dgn ayah yg tersayang..


     inilah keluarga bahagia kami..insya Allah sampai bila2



    nanti upload gambar family mertua pulak. Stok gambar lain xde..ada gambar time kahwin je.hehehe


    Stress

    Posted by yusmEa Labels:

    Salam to all

    Sejak kebelakangan ni rasa sangat down dan stress je. Bila tgk org lain mcm ala2 da semakin berjaya ke,
    mesti rasa down. Aku ni xbuat apa kt rumah..makan tido je. Membina lemak..haihhh~ Carik baito..sume xberkenan di hati. Mcm la pulak nk kene pikir. Adoiiii...buang la perasaan ni jauh2. Sebenarnya aku tau byk benda boleh buat. En suami selalu kata..byk perkara boleh buat..jgn nanti bila dah xde masa baru menyesal sbb byk buang masa. Hehehe..tp..sangat xbermaya nak meneruskan apa2 usaha kerana:
    1) malas
    2) xde mood
    3) xbestnya buat pape bila duduk sorang2 kat rumah

    Xpela..setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Insya Allah ada perkara yg lebih baik utk aku tu nnt..
    Ganbare!!!!!!!!!!

    Ketam Goreng Bercili

    Posted by yusmEa Labels:

    Last night we had this for dinner. Yummy!!!
    Akhirnya dapat jugak mkn ketam..
    Thnx en suami!

    Goreng ketam dulu

    Tara..da siap!

    Resepi
    Bahan-bahan
    Ketam
    Bawang putih
    Bawang merah 
    Halia
    Cili kering (blend)
    Serai
    Garam & Gula
    Sos tomato
    Kunyit

    Mula-mula..ketam dilumur dgn kunyit dan garam..lepas tu goreng.
    Da siap tu ketepikan dulu.
    Bawang, halia & serai..blend. Tumis la bawang2 ni..da garing sikit baru masukkan cili kering tu.
    Da nampak cantik je kaler..minyak da naik elok je..maka masukkan la garam gula dan sos tomato mengikut citarasa.
    Lepas tu..masukkan la ketam tadi..gaul2. Da siap!


    Autumn In My Heart

    Posted by yusmEa Labels: ,

    Salam to all

    Its autumn again! Last weekend dpt la pergi utk sesi bergambar dekat Korankei, Toyota-shi bersama family K Ferry and K su. Walaupun agak jem..tp xpela..nak puas kan hati. So..here are some of the photos



    K Ferry n Hael

    K Su & family




    fariz yg comel!

    us (^_~)