親子カツ丼 (Oyako Katsudon)

Posted by yusmEa Labels: ,


Semalam mood Japanese food. Dok asyik tgk rancgn tv yg tnjk gambar masakan sdp2 je. Nak mkn ayam kt kedai xbole. Ape lagi..buat la sendiri. Ni pun idea en suami lagi..hehe Oyako Katsudon, Miso siro, syr grg sket, air mangga..sedap siot!! Tapi aku xhabis la pulak, kene sambung mkn waktu lain pulak. Hehe..resepi mls la pulak nk ltk.. Tgk gambar jela ek =)

Late Birthday Present

Posted by yusmEa Labels: ,



Yeayy dpt hadiah birthday dr K Mona & Husni. From London with love..

Thanxxx alot sis! Luv u...

Sedekah Kepada Ibu Bapa

Posted by yusmEa Labels: , ,

Pagi Sabtu yg tenang..hehe. En suami xdok kat rumah..ade kursus ape ntah kt company dia. Jadi aku seperti biasa melangut la dpn komputer ni. Sambil-sambil tu tgk la rncgn Tanyalah Ustaz...Daripada ustaz penceramah tu..sedekah mempunyai tangganya yg tersendiri. Tangga utama yg plg perlu diberi keutamaan ialah IBU BAPA, diikuti masjid surau dan seterusnya sekolah. Barulah yg lain-lainnya..Ini menunjukkan betapa tingginya darjat ibu bapa kite ni..sampai mcm tu sekali la keutaaman yg perlu kte bagi.

Masa aku mula-mula masuk kerja kt TEM dulu, time training, ada la satu sesi tu..mcm sesi bual bicara la kononnya. Nak kenal pekerja-pekerja baru kt Toshiba tu yg kebetulan masa tu kemasukan pelajar-pelajar lepasan Jepun. Jadi sesama kami xde masalah la sebab hampir semua da saling mengenali diri masing-masing. Kalau xsilap, time tu dah dapat first gaji kot. Pastu ada la seorang trainer ni, mcm ketua jbtn training department la..dia pun sembang-sembang la dgn ktrg. Pastu, kat sorang-sorang dia tanya..gaji pertama ni da kasi mak ayah belom? Kasi berapa?

Adoi..ms tu masing-masing segan silu la nk jawab. Yela..xkn la nk bgtau bg mak ayah berapa rgt kn. Lepas tu, dia pun nasihatkanlah kami yg masih muda belia ni..Hehe..Kita ni..walau mcm mana susah pun, walau sekecik mana pun gaji, jgn lah lupa kasi duit kt mak ayah kite walaupun hanya 10rgt. Berkat duit yg kte kasi mak ayah kte tu..insya Allah akan berlipat kali ganda Allah pulangkan kt kite. Kalau bukan dr segi duit sekali pun, ada bahagian lain yg akan kite dpt..kalau xkat dunia, insya Allah kat akhirat nnt sedia menunggu kte. Kata-kata En X tu menyirap terus dlm hati aku. Tertanam dan aku harap xkan tercabut dah. Memang la dah jadi lumrah kot hotondo drpd anak-anak akan bg mak ayah dia sejumlah duit hasil drpd titik peluh dia tiap bulan. Tapi..aku rasa byk jugak org lupe bnd-bnd ni. Kadang-kadang dorg rs, gaji sikit, xmampu nk sara keluarga..mcm mana nk bg mak ayah duit. Bukan sekadar duit je kot..maybe kte bole bg bnd lain klu kte dah xmampu sgt. Masak pape ke kasi mak ayah..or beli hadiah ke..paling-paling kurang pun..doa la utk mereka tiap hari..mintak Allah ampunkan dosa mereka..terutama sekali kpd yg dah xde ibu bapa. Yg still ada mak ayah lagi tu apatah lagi kan...doa la berterusan utk mereka especially after solat (semoga aku jugak sentiasa ingt utk berdoa kpd mama ayah serta mak dan ayah mertuaku)

Ktrg yg berada jauh di perantauan ni lagi la. Lagi-lagi aku dah xkerja ni...Tapi alhamdulillah en suami  sgt memahami..Walaupun xdpt nk bg bulan-bulan, tapi kami cube jgk semampu yg boleh nk menggembirakan hati kedua org tua kami. Dan aku harap, kami xkan lupa dan leka utk terus bersedekah kpd ibu bapa..Sesungguhnya berkat drpd apa yg kte bg dkt mak ayah kte tu xterhingga pulangannya.

Jadi kt sini aku nk ingtkn diri sndr, dan semua yg lain agar jgn lah kte lupe utk bersedekah kpd mak ayah kte walaupun dorg dah kaya raya. Kalau pun dorg kata "Simpanlah duit tu..mak ada duit ni.." bagi jugak..jgn masuk dlm poket blk. Semoga kte semua akan menjadi anak yg soleh, xlupa ibu bapa dan sentiasa berbakti kpd mereka..insya Allah..

Kerepek Ubi Keledek

Posted by yusmEa Labels: ,


Berbekalkan semangat kerajinan yg dapat dibina, maka terhasillah kerepek ubi keledek ni semalam. 
Keledek @ satsuma imo ni ktrg beli weekend aritu. Saiz kecik je. 5 ketul..dapat la hasilkan kerepek utk cukup makan 2 org sampai kenyang. Hehe..en suami prefer mkn begitu sahaja. Tapi aku letak garam sikit bg masin. Dua-dua version pun oishiii..

*p/s : Happy Birthday to my dearest nephew..Muhammad Yusuf Fathi. cptnye Yusuf da setahun.. =)

Parcel Yg Ditunggu-tunggu

Posted by yusmEa Labels:

Semalam, sambil dok langut tgk komputer, dok teringat la kat parcel yg mama pos da lama la aku rasa. Tak ingat pulak bilanya mama pos..tapi memang rasa da sgt lama la. Dah la dalam tu ada benda-benda yg agak diperlukan. Pastu..lepas dinner, sambil basuh pinggan ditemani en suami tersayang, aku pun meluahkan la rasa hati pasal barang yg tak sampai-sampai. Risau la pulak kena tahan ke parcel tu.


Sambil aku membebel tu..tiba-tiba en suami kate.. "Gomen.." Aku blur kejap..apehal dia ni gomen tiba-tiba. Kebetulan time tu dia tgh bakar mochi balance aritu..nak sambung makan zenzai la kononnya. Aku ingt dia bagi dapur terbakar ke..Kalau ye pun dapur terbakar, xperlu kot gomen kt aku sebab aku rs dia lagi syg dapur tu lebih dr aku. Hahahaha...Ada kotor sikit je..lap sampai bersinar-sinar. Kadang-kadang sampai tercabar keegoan ku sebab dia punya semangat cuci sekitar area dapur tu lebih dr aku. Kih kih kih..padahal lagi seronok..alhamdulillah en suami aku ni seorg yg suke membantu isterinya. Aku tanya kenapa, dia kate xde pape. Erm..biaq la kat dia.

Dah selesai cuci pinggan, lap dapur, kemas ape-ape yg patut kat dapur tu..tibe-tibe en suami ku ni muncul depan mata dgn sebuah bungkusan kt tgn dia. Aik..apa bnd pulak malam-malam buta ni. Rupa-rupanya..bungkusan aku la tu..Dah sampai weekend aritu. Tapi en suami ku ni sorokkan dari aku..konon-konon nk buat seprise. Sekali..dia pun lupa da.... Nasib baik la aku meluahkan perasaan kat dia mlm semalam..kalau x..berjanggut la aku tgg parcel tu. Ntah-ntah..sampai nnt kitrg nak blk Malaysia br trjumpe balik parcel tu. Hahahaha...syg-syg...


Ha..ni la antara koleksi brg-brg dalam parcel aku tu. Tak banyak sgt mama hantar sebab yg aku mintak sebenarnya yg 3 serangkai berwarna kuning, hijau dan merah - B Young tu. Benda tu je da separuh kotak. Actually..aku ni ada masalah perut@usus kot. Jadi..masa kt Malaysia dulu..aku beli 3 kotak minuman kesihatan dr Zhulian ni. Mahal mmg la mahal..tapi sebab nak baik,berkorban la. Minuman ni memang penuh dgn kandungan sayur-sayuran..khas utk org yg ada masalah perut mcm aku. Masa kat Msia minum, alhamdulillah perut aku kurang sikit masalahnya. Tapi..saikin jadi balik sejak dtg Jepun. Tu yg suruh mama pos tu..lagipun haritu time dtg xbawak semua. Walau mcm mana pun..ni cuma usaha je..Sihat sakit ajal maut semua kt tgn Allah..kite kenala usaha doa patu baru tawakal kan.

Yg lain-lain..adala milo, biskut, papodom, pelbagai perencah dan lain-lain la. Terima kasih ayah, mama, K Mona dan adek sebab tolong beli barang-barang, bungkus dan hantar kat aku ni. Nanti bole la hantaq lagi

(^_~)

Zenzai

Posted by yusmEa Labels:


Salam,

Pagi ni nak cerita sikit pasal satu makanan Jepun yg en suami perkenalkan kat aku. Haha..nampaknya aku ni memnag sangat lemah bab-bab makanan Jepun ni. Ni mcm pencuci mulut utk orang Jepun especially time fuyu (winter). Aku pun xtau sgt la sebab baru je belajar pasal this dessert. Anyways..benda ni dikenali sebagai zenzai, tapi ada jugak aku tgk dia tulis 汁粉 (shiruko). Beza dia maybe dari segi lagi cair ke xcair kot. Haha..aku agak jela. Bahan utama utk dessert ni ialah ..red bean (あん) dgn mochi. Kami jumpa bahan-bahan instant utk buat dessert ni kt supermarket. Al maklum la..hobi kami ni memang suka habiskan berjam-jam kt supermarket. Haha..belek-belek semua benda. Org belum ada komitmen lain memang la mcm tu. Da ada anak esk...xtau la mcm mana. =P

So..secara senangnya..kami panaskan paste red beans tu dlm periuk.. sambil tu bakar la mochi dalam 3 minit lebih kurang. Ataupun..sampai nampak da naik je mochi tu..ok la tu. Dah siap tu..masukkanlah mochi dalam red beans paste tadi dan makan....Rasanya..sgt sedap kot..manis je

Berita Gembira dari Malaysia

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam

Actually berita gembira ni aku da tau masa time besday aku. Tapi ms call mama last weekend, dpt tau another news. Masa birthday tu...along bg sms wish birthday. Sekali terus dia bgtau la aku yg Muaz bakal dpt adik..hehe hapynye aku dgr berita tu! Kira insya Allah baby tu nanti jarak dgn Muaz..4 tahun la ek. Eh..5 tahun la..hehe mesti Muaz xdapat terima kenyataan yg dia dah xboleh jadi anak manja umi selama-lamanya. Along kata dia da sound da yg dia xnak adik. Apa da Muaz..

Secondly, masa call mama sembang-sembang, mama bgtau yg my second elder sister, K Nie pun mcm pregnant. Dan perkara tersebut telah disahkan benar. Waaaaa...mama bakal dapat 2 cucu baru la this year. Tak menang tangan nnt mama. Nak jaga cucu besar lagi, cucu kecik lagi, anak sendiri lagi. Hehehe..syukur alhamdulillah. And congrates to both along and K Nie. Semoga baby and umi's' sihat dan selamat sampai la saat nak bersalin nanti.

Harap-harap, terjangkit la jugak kat aku dan K Mona. Hehe..kami pun xsabar-sabar nak dpt anak sendiri. Semoga Allah sentiasa mendengar doa kami..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yg terbaik utk hambaNya

Omedetou sekali lagi to my sisters!!

Happy Birthday Adek

Posted by yusmEa Labels: ,

Harini 18th January..birthday adikku yg seorang tu..Happy Birthday Adek!! Diam x diam da 21 tahun da adek aku ni. Kejap je rasa..Tapi rasa mcm dia xpernah besar.hahaha..mybe sebab dia adik kot. Patu dalam rumah dia la paling kecik kan..Selalu merajuk..suke dok sorg2 men komputer..haha tu la adek aku. Tapi lately ni..dia da semakin dewasa la aku rasa. Da rajin kemas rumah, sidai kain, masak...pendek kata da macam kakak-kakak dia la..hahaha. Yela kan..semua org da kahwin..tggl dia jela yg belom. Patu dia je yg ada nak tlg mama. Mama pun da makin berumur,makin xlarat. Dia jela yg ade kot weekend, yg xde komitmen anak dan suami. Kadang-kadang, dia kate aku ni lagi manja dari dia macam anak bongsu. Haha,..

Dulu..aku garang sangat dgn dia. Padahal..dari masa kecik-kecik, dia la teman aku 24jam. Kalau ikutkan..along rapat ngn K Nie, aku ngn K Mona..tapi bile K Mona da masuk sek menengah, adek la kawan aku. Tapi kejap je sgt pun sebab patu aku pun masuk sek men..asrama pulak tu. Jarak kitorg agak jauh 5 thn. Kitorg g sek sama..masa tu aku darjah 6 dia darjah 1 G ngaji sama..start dari umur dia 4 tahun kot. da lupe da..Aku memang sgt garang..selalu sgt marah adek. Kalau die ngaji salah aku tampar je die..padahal die baru je umur 4~6 tahun. Aku ni memang sgt kibishi kot. Sian adek..die selalu nangis teresak-esak bile aku marah-marah dan tampar dia. Tapi aku xde pun rs kesian time tu. Mama selalu pesan kat aku jgn garang sgt dgn adek. Huhu..bile aku ingt-ingt..aku selalu rasa sedih n nak nangis. Aku syg adek aku tu..bukan je sengaja nak marah-marah dia. Nak jadikan dia budak yg baik..pndai ngaji..hehehe..ceewahhh..Gomen ne adek

Bile da besar ni, die la teman aku paling byk sekali. G kedai..g mana-mana la aku mesti nak ajak dia. Kalau masa time aku kt Malaysia after blk dr Nihon dulu..aku sanggup ambik dan anta dia balik UiTM S Alam tu sebab nak ade kawan kt rumah. Balik kerja hari Jumaat, terus g ambik dia balik Gombak. Patu g singgah McD drive thru ke..Pizza ke,mane-mane la nak makan sebab lapa. Walaupun dia memang sgt suke "paw" aku dan kakak-kakak yg len..hahahaha tapi aku ok je. Sebab adik aku sorg. Tapi sekarang ni aku da xde keje..xmampu pulak nak beli mcm2 utk dia. Dia mintak ipod baru tu utk hadiah birthday. Kalau aku keje ade duit,insya Allah aku usahakan. Tapi aku ni tanam anggur je..xmampu la dek. Benda lain bole la yg harga berpatutan.

Oleh krn itu,, dikesempatan ni aku nak wish adek aku Happy Birthday sekali lagi..da 21 tahun da adek. Kene bertambah-tambah matang, rajin-rajin beribadat, jgn lupa mak ayah..dan paling penting belajar rajin-rajin. Sikit je lagi..nnt bole la jd engineer yg berjaya..patu bukak la spa. Kite jadila rakan kongsi. Hahahhaa..Semoga adek sentiasa dirahmati Allah selalu =)

Aku dan adek

Weekend with Snow

Posted by yusmEa Labels: , ,

Salam

Weekend yg penuh dgn snow!! Hehe..mcm2 cerita weekend baru ni. Watak utamanya ialah salji. Bermula pada hari Sabtu..kami dan beberapa lagi family dr Toyohashi mengadakan trip bermain snowboard kat Dynaland, Gifu. Antara family yg ada..family abg Syam & K Ferry, Abg Ayas & K Ainun, Abg Pali & K Su serta Abg Zam & K Fatin sekeluarga. Seperti yg dirancang, kami semua bertolak lepas Subuh la dari tempat masing2. Disebabkan kami ni lebih dekat sikit ke arah Dynaland tu, maka kami pun agak yukkuri la kt jalan raya tu. Singgah sana sini la mcm2.

Da otw, sampailah kat tmpat yg dah kena pasang chain kt tayar. Maka kami pun berhenti kat tempat yg disediakan nak pasang chain ni. Dah la x pernah praktis ke hape..memang muri la kot pasang sorg. Yg ada, aku wanita yg xberapa gagah ni..xmampu la nak tolong sgt. Last2..tunggu yg lain2 jugak pasang sama2. Haha..konon2 hebat la kitorg nak buat sndr. Sbnrnye xdela susah pun..tp sebab first time guna..agaknya chain tu agak keras sikit. Nak cerita cara pasang nnt panjang lebar pulak.

Kat R&R highway..ambil gambar jap

Otw to Dynaland..salji yg ringan je nampak atas pokok2 tu

Da pasang chain,kami pun teruskan la perjalanan. Jalan agak pelan la sebab yuki turun dgn agak lebat. Ish..mcm mana nak main snowboard mcm ni. Da sampai, pergi ambil lift-ken punya waribiki kat ryokan, semua pun start la tukar2 baju, dan bersedia nak pergi menunjukkan kehebatan masing-masing. Tapi memang yuki tebal sgt..even kat parking pun da bole main snowboard. Tapi sebenanrnya yg main snowboard 3 org je pun..en suami ku, abg Pali & abg Ayas..yg lain2 ada tugasan penjagaan anak nampaknya termasuk la aku. Haha..dah dapat anak angkat tu..Fahim..anak K Su.

En Suami & Fahim

Aku dan anak angkat yg sgt comel

En suami & Fahim lagi



Kereta kami diselubungi salji kat parking
Kami bersama salji

Dah penat main..kami pun gerak la ke ryokan. Ryokan tu xdela besar, tapi bersih dan selesa la nak duduk. Ada shower..tu yg plg penting. Xdela kena berendam ofuro. Selesai je semua letak barang kt bilik masing-masing, kami pun turun la utk makan mlm. Best pulak dpt makan ramai-ramai macam ni. Hehe..utk kanak-kanak ada makan lain. Dah lama xmakan mcm ni ramai-ramai. Lepas makan, semua pun berehat la. Ingt lepas tu nak kumpul-kumpul main kad ke ape ke..tapi nampaknya semua keletihan kot melawan arus salji yg sgt lebat. Hehe..dgn nak kejar anak-anak lagi. Last-last..aku, en suami, Abg Syam, K Ferry dan Hael je yg still "hidup". Sembang-sembang la kat bilik kami sampai la lebih kurang kul 10..masing-masing start la ngantuk..

Dinner

Semua orang rancak je makan lepas penat main salji

Esok pagi, bangun tido, keluar jap tgk sekeliling. Wah yuki makin tebal. Kereta kena tutup lagi dgn salji. Haha..kena bersihkan lagi la ni. Siap je breakfast..kemas-kemas barang..kami pun check-out kul 9. Byk lagi gambar nak ambik ni. Tapi gambar ramai-ramai xde kat kamera kami. Nanti kena mintak dari orang lain ni. Hehe..next plan..nak pergi Nagoya pulak. alang-alang dah keluar pagi ni kan. Tapi yuki memang turun lagi dgn sangat lebat. Memang weekend yuki sedunia la ni. Sampai ke Nagoya lebatnya. Kami yg otw dah bukak chain terpaksa pasang balik sebab jalan sgt la licin. Dua tiga kali kereta kami terpusing masa nak break. Adoi...cuak tak ingat. Alhamdulillah xde pape bnd buruk yg happen.


Kami pergi ke Nagoya-jyou (Nagoya Castle). Aku dah pernah pergi dulu. Tapi best pulak pergi kali ni sebab yui tgh byk. Tempat tu jadi macam tempat main snowboard pun ada. Tapi cantikla pemandangan. Sejuk memang la sejuk..kesian anak-anak kecik. Tapi..sebab nk berjalan punya pasal....terpaksalakan. Tapi separuh jalan, Alauddin da xlarat.. jadi K Ainun dan Abg Ayas tunggu kami dalam kereta. Hehe..sian Udin














Lepas tu kami pun pergi ke Masjid Nagoya utk solat..dan makan kt kedai halal tepi masjid tu. Lepas maghrib mcm tu..semua pun bertolak pulang. Kami yg agak dekat..sampai awal la. Kesian kat org-org Toyohashi..jem pulak kt highway. Lambat sampai rumah. Kalau ikut jalan kami mungkin dapat smpai lagi awal sebab kami sikit pun x jem. Xde rezeki..tp alhamdulillah semua selamat. Rumah kami pun dilanda salji yg byk jugak. Tapi pemandangan dr depan rumah mcm xbyk salji sebab kereta lalu lalang kot. Pagi ni pun salji turun lagi. Senpai en suami call pukul 630 bgtau xpayah datang kerja..tapi da pagi sikit..en suami call bos dia, bos suruh dtg tghari. Jadi tadi baru jela en suami pergi ke kerja. Alhamdulillah jalan da ok. Jadi itu jela cerita weekend snow kami.. Sangat seronok dpt tgk yuki tp..utk hidup dgn yuki..sgt susah kot. =)

Pemandangan depan rumah kami

Parking kami di pagi hari









Kyushu Trip - Day 3 Miyazaki

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam

Hehe masih lagi entry psl ryoko da berkurun aritu. Ni cite last day la..penutup fuyu ryoko 2010 kami. Pagi, kami breakfast kat hotel. Erm walaupun xdela banyak sangat makanan yg tersedia kt meja buffet tu, tp kenyangnya tak ingt! Hehe..sangat best dpt makan tabehoudai mcm tu. Tapi en suami mkn xberapa byk..hehehe masalah dalaman di pagi2 hari =P

Breakfast ku (sebahagian je ni)

Lepas makan, kami pun gerak ke menuju ke tempat2 yg ada dlm perancangan haritu sebelum bertolak balik petangnya. Destinasi kami yg pertama ialah Aya-cho. Dekat kwsn ni ada byk jugak la tempat2 menarik. Tapi yg kami nak pergi sgt tu ialah jambatan gantung terpanjang dalam dunia. Nama dia 照葉大吊橋 (てるはおおつりばし). Tapi jambatan ni tgh dalam proses pembaikpulihan jadi xdapat la kami berjalan atas tu. haha kalau bole naik pun macam la aku berani sgt..hihihi Dah la angin kuat gile..sejuk xingat la atas bukit tu. Dah nak terbang da aku kene tiup angin. Walaupun tutup, tapi bole la ambil2 gambar utk kenang-kenangan. Lepas tu kami jalan2 la lagi kawasan Aya-cho tu. Ambil gambar lagi dan lagi




Pemandangan dari bawah..masa kami dalam kereta otw nak naik atas bukit tu




Next station, 平和台公園(Heiwadai Park). Dalam Heiwadai Park ni ada 平和の塔(Tower of Peace), tempat utk bersenam dan macam-macam lagi la. 

平和の塔




Last sekali, before berangkat pulang ke rumahku syurgaku, kami sempat la makan Tempura Soba kat Miyazaki ni. Hehe..tempura soba dia xmacam kat tempat kami. Sedap la jugak. 


Maka dgn itu tamatlah sudah perjalanan kami ke Kyushu - Kagoshima & Miyazaki. Walaupun sgt pendek masa perjalanan, tapi aku sgt2 puas hati sebab dpt pergi tempat2 yg memang sangat2 aku nak pergi. Walaupun still byk lagi tempat yg boleh dilawati dlm dua-dua ken tu, tapi aku still rs berbaloi dan xmenyesal. Terima kasih kepada en suami yg sudi menjadikan impian aku ni suatu realiti. Cewahh mcm apa je. Jgn lupe..ada berderet2 lagi list tempat yg nak pergi ni ye cik abangku syg. Hehe...insya Allah kalau ada rezeki, sihat tubuh badan..=)









Kyushu Trip - Day 2 Kagoshima-Miyazaki

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam

Alhamdulillah sehat akhirnya. 3 hari demam..tido je kerja. Sian en suami..walaupun kene pergi kerja, tapi tetap berusaha menyediakan segala-gala kemudahan utk aku ni supaya dpt makan dan rehat dgn sempurna. Terima kasih en suami!! Tgk-tgk entry K Nadia, dia pun xsihat jugak. Hehe..memang musim demam agaknya skg ni. Anyway..nak sambung cerita trip Kyushu yg da agak ketinggalan zaman ni. Tapi nak jugak tulis, sebagai kenang kenangan nnt.

So hari 2nd pagi-pagi kami da check-out dr hotel. Lepas tu pergi ke Dolphin Port ambik gmbar sekeping dua. Lepas tu terus pergi naik ferry menuju ke 桜島 (Sakurajima). Sakura jima ni alah gunung berapi kt Kagoshima. Terletak kat satu pulau yg kt teluk kt kwsn Kagoshima ni.



Lepas da puas jalan-jalan kt Sakurajima, kami pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Miyazaki. Jalan yg kami lalu nk ke Miyazaki ni sgt la mencabar. Naik turun bukit, lalu lereng-lereng bukit, tepi-tepi laut, redah salji bagai..sangat menguji minda la. Aku yg xbawak kete ni.. mengucap & selawat je setiap masa. En suami yg bawak kete ape ntah lagi kan. Hehe..setelah lebih kurang 4 jam perjalanan maka kami pun sampai la ke tempat yg paling ingin aku nak pergi sekali sejak dari sebelum dtg Jepun lagi -> サンメッセ (Sun Messe). Tempat ni dulu menjadi tempat penggambaran cerita Cinta 3 Musim lakonan Amy Mastura dan Aqasha. Sgt seronok!! Nak cerita pnjang lebar pasal tempat ni malas la pulak. Tgk jela gmbar-gmbar ek




Next, kami pergi ke 青島 (Aoshima). Sepatutnya pemandangan kt pulau ni sgt cantik..tp sebab kami pergi da nk senja..air da naik..jadi batu-batu yg cantik tu dah hilang. Huhu..xdapat la tgk. Mane la nk ingt air nak naik bagaikan..lagipun masa mmg la sgt mencemburui kita ni.


Batu-batu cantik da tak nampak

Disebabkan hari dah nak gelap, kami pun gerak la ke bandar Miyazaki. Kat sepanjang jalan, ade byk sgt pokok kelapa ke pinang ntah. Hehe..rasa macam kat Malaysia pulak.Lepas carik makan, check in hotel..rehat la ape lagi....zzzzzz