Tabasco Pepper Sauce Haram

Posted by yusmEa Labels:

Alamak, dpt lagi satu info yg xberapa best dgr. Tapi nk buat mcm mana..kte org Islam pastikan apa yg kte makan tu halal. Kepada penggemar2 sos Tabasco, dlm Utusan harini ade keluar psl Jakim sahkan Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi. Adoi..kt sini..aku selalu jela mkn tabasco ni, especially kt Saizeriya or mne2 Italian Restaurant. Mkn dgn pizza...sdp gile. Haha..patut la sedap je ek.


Ni la gmbr Tabasco Pepper Sauce tu. Utk keterangan lanjut bole la bc keratan Utusan kt bwh ni.

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

3 comments:

  1. アヌム ちゃん

    thanks sharing yus.tp kite x makan sgt pun sbb pedas kan..tak suka pedas.tp kesian lak bg penggemar kan..isk2

  1. yusmEa

    hehe..tula..suke pedas sgt sbb tula selalu ltk tabasco.tp nk bt mcm mne kn...

  1. yayahidayah

    huish! haram ye sos tu...
    thanks for the info...
    kalo dah termakan, macam mana?
    takot~~~... <3

Post a Comment