Mandi Wiladah & Mandi Nifas

Posted by yusmEa Labels: ,

Pening pulak pagi2 hari ni bila baca byk2 info dr internet ni. Aku nak carik psl mandi wiladah & mandi nifas. Ade byk pulak pendapat. Jadi kompius terus aku.

Wiladah - kalau ikutkan maksud wiladah ialah bersalin. Maknanya, maksud mandi wiladah ialah mndi lepas bersalin.

Nifas - darah yg keluar lepas seorang wanita tu bersalin. Waktu maksima utk darah yg dikira darah nifas ialah 40 hari. Jadi, kalau darah tu dah berhenti sebelum 40 hari bole la mandi dan solat. Kalau terlebih pulak, kena mndi jugak dan solat seperti biasa.

Kemusykilannya sekarang ni, ade pendapat mengatakan seorang perempuan yg bersalin kena terus mndi wiladah selepas je bersalin. Maksudnya, if ade darah nifas sekali pun, kena mndi wajib jgk. Nnt bila darah nifas dah habis, kena mndi wajib sekali lagi.

Ermm...pasal bab mandi ni, sebenarnya xkisah la pun kalau kena mndi lepas bersalin pun. Abes darah nifas nnt, mndi la sekali lagi kn. Cuma, aku just nk tau ape hukum sebenarnya. Ade satu pendapat aku jumpe dari blog ni.


MANDI WILADAH

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

Dari ape yg tertulis, mndi wiladah tu khas utk org yg bersalindan xkeluar darah nifas, termasuk org yg keguguran samada dlm bentuk darah or segumpal daging. Org yg bersalin secara operation dan xkeluar darah nifas pun kira kena mandi wiladah ni. Jadi secara kesimpulannya drpd pendapat kat atas ni, bg wanita yg bersalin dan keluar nifas, xperlu la mandi wajib sebanyak 2 kali, iaitu lepas bersalin dan lepas kering darah nifas.


Ermm...aku pun sebenarnya xpasti mana yg sahih. Jadi kalau ade sapa2 yg ade tau mana2 info yg lebih terperinci sila la kongsi bersama. Tapi bg aku, klu kena mndi dua2 pun xpe je. Bukannya susah pun nak mndi kn. Cuma ni kan hal agama. Kalau bole, nak tau yg lebih tepat la. Dan, jgn anggap perkara2 dlm Islam tu susah. 

3 comments:

  1. imm

    http://www.youtube.com/watch?v=9DBh8wGmeuE..
    yus..ce tgk vid nih..stat minit ke7..die ckp nifas maksimum 60hari

  1. Anonymous

    assalamuailaikum... saya nak tanya sikit...ada sedikit kekeliruan..saya telah bersalin secara pembedahan..adakah saya perlu melakukan mandi wiladah & nifas sekali gus...atau boleh melakukan mandi wiladah terlebih dahulu? dan boleh ke malakukan mandi wiladah sedangkan darah masih keluar lagi?

  1. Charlotte Doolette

    I’ve been surfing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It’s pretty worth enough for me. In my opinion, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before. how to buy tiktok followers

Post a Comment