Tatu Kalimah Allah

Posted by yusmEa Labels:

Adehh..mcm2 btul la perkara yg berlaku skg ni. Ni ade berita dlm Harian Metro psl satu kumpulan dipercayai pengikut Syiah kena serbu. Dan adda di antara mereka yg buat tatu kalimah Allah kt lengan sebab terlalu taksub. Adoiiii..kan tatu tu dilarang dlm Islam. Da la kena cekup kt Taman Seri Gombak..rumah aku kt situ tu...ish ade jugak kegiatan2 ajaran mcm ni.Haihhh..semoga Allah melindungi ku dan keluargaku drpd perkara2 sebegini


SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.
Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.
Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.
Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Ciri kesalahan fahaman Syiah

  • Menghalalkan nikah mutaah




  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah




  • Menolak ijmak ulamak




  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga




  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam




  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab




  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w




  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan




  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w




  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir
  • 0 comments:

    Post a Comment