Salam and ohayouuuuu
Pagi2 semangat sebab dah makan nasi. Harini en suami pergi kerja lmbt sket. Sepatutnya da start cuti Tahun Baru tapi kena zangyou (OT). Jadi bole la pergi lambat sikit. Oleh kerana itu, dapat la makan nasi lebihan lauk semalam. Malam semalam buat stew tulang daging. Huhu..alhamdulillah en suami sgt suke! Tu yg sambung makan pagi2 hari ni pulak. Resepi buat stew ni aku edit2 dari resepi2 yg aku tgk kat internet ni sambil guna kekretipan sendiri. Haha kretip la sgt kn.. Buat dia cm lebih kurang sup tulang yg aku selalu buat jugak cuma tambah tomato kot
Salam to all
Malas pulak nak update blog ni.Haha..ntah pape je mood malas aku ni
Yg penting skg da masuk musim sejuk. Walaupun rumah aku ni tak la sesejuk rumah sewa masa time belajar dulu, tp kalau dok sorang2 tak buat pape, rasa jugak sejuknya.
Weekend haritu, en suami dilanda kaze pulak. Hampir banyak masa dia tidur je. Kesian pulak aku tgk.
Ubat, makan. Musim2 sejuk ni memang senang betul nak selsema demam semua ni. Aku pun selsema sikit je. Hehe.. Lagipun,kadang2 hujan dia pergi kerja xpakai payung. Tula padahnya..
Tapi demam2 pun hari Sabtu kitrg sempat pergi Toyohashi. En suami dah yoyaku nk potong rambut. Dia kalau nak potong rambut mmg kt situ je sebab dah biasa. LEpas potong rambut, ada jemputan makan2 kt rumah K Ainun dan Abg Ayas sempena one of our friend nk balik Malaysia, Syaz. Syaz tgh pregnant, jadi dia balik dulu sebelum hubbynya Ari sebab takut nnt mcm2 hal pulak. Sian Syaz terpaksa berjauhan dgn en hubbynya. Ganbatte Syaz!!
Semoga kita berjumpa lagi nanti Syaz kat Malaysia ek =)


Salam to all
Mood malas dtg lagi minggu ni. Owh tlg la pergi jauh2!Jgn kacau hidupku..=P
Anyways..baru baca satu artikel ni..pakar dlm hal-hal menurunkan berat badan kata, kepada sesiapa yg tgh dalam proses diet..sila jangan terlalu kerap menimbang berat badan. Maknanya, satu kemestian untuk mereka yang berdiet untuk tidak menimbang berat badan setiap hari. Paling baik sekali, once a week. Nak tau sebab apa? Sebabnya..nanti kalau kita timbang berat, tp angka penurunan or maybe kenaikan yg kita nampak kat alat penimbang tu akan mengecewakan kita. Bila dah kecewa..maka hilanglah mood nak berdiet. Seterusnya, kita pun dah semakin malas nak berdiet atau semakin teruk berdiet sebab tak ada perubahan. Kan tak elok tu..
Adehh..mcm2 btul la perkara yg berlaku skg ni. Ni ade berita dlm Harian Metro psl satu kumpulan dipercayai pengikut Syiah kena serbu. Dan adda di antara mereka yg buat tatu kalimah Allah kt lengan sebab terlalu taksub. Adoiiii..kan tatu tu dilarang dlm Islam. Da la kena cekup kt Taman Seri Gombak..rumah aku kt situ tu...ish ade jugak kegiatan2 ajaran mcm ni.Haihhh..semoga Allah melindungi ku dan keluargaku drpd perkara2 sebegini
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.
Tahukah Anda ? : Doktor Wanita Pertama Malaysia
Posted by yusmEa Labels: someone, Tahukah Anda
Tan Sri Dr Salma Ismail dilahirkan di Kedah pada 19 December 1918. Beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936. Beliau mendapat biasiswa daripada kerajaan negeri Kedah. Beliau pernah berkhidmat di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur serta membuka klinik sendiri di sekitar Kuala Lumpur. Atas jasa2 beliau yg tak terhingga, beliau telah dikurniakan pelbagai pingat dan anugerah drpd byk pihak.

Selain Tan Sri Dr Salma, satu lagi nama yg tak kurang hebatnya dalam bidang perubatan negara kita ni ialah Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohamad Ali. Beliau ialah doktor wanita kedua di Tanah Melayu serta wanita Melayu pertama yg mendapat kelulusan dalam Sarjana Muda Perubatan (MBBS) pada 1955.
They are great! Aku sepatutnya mencontohi mereka ni. Walaupun pada zaman yg penuh dgn pancaroba, mereka mampu menghabiskan pengajian dan menjadi manusia yg sgt disegani skg.
Al Quran menceritakan tentang pelbagai benda. Antaranya, cerita2 pada zaman dahulu kala, perkara yg akan terjadi di masa depan, ilmu alam dan sebagainya. Manusia zaman sekarang ni, lebih minat nak mendengar sesuatu yg relevan. Mereka kurang berminat bila mendengar tentang agama, hukum hakam dan sebagainya yg kadang2 difikirkan menyusahkan mereka. Banyak daripada kita ni nak mengdengarkan sesuatu yg membuatkan kita rasa kagum dan excited. Zaman sekarang ni, apa lagi yg boleh mengkagumkan manusia selain daripada kecanggihan teknologi ye tak. Contohnya, dalam Al Quran, suran Al-Anbiya' ayat 30 ada menyatakan bahawa langit dan bumi sebenarnya bercantum padu. Kemudian pada abad ke-20 barulah lahirnya Theory Big Bang, yg menceritakan tentang langit dan bumi yg bercantum pada asalnya Kita patut gunakan kecanggihan sains ni utk mengagumi Al Quran. Sains hanyalah alat utk kita memahami Al Quran.
Al Quran ni, kalau kita baca dapat pahala, dengar orang baca dpt pahala, cium dapat pahala. Kalau faham isi Al Quran lagilah dapat pahalakan. Kalau orang yg tengah stress atau serabut, bacalah Quran..insya Allah akan dapat ketenangan. Dengar org baca Quran juga bole peroleh ketenangan. Baca Quran mesti dengan tajwid, xbole main langgar je.
Adab membaca Quran
1) Berwuduk (kecuali dlm keadaan yg tak dapat dielakkan)
2) Tutup aurat
3) Baca dgn baik dan sebagainya
Ingat lagi..aku belajar membaca Al Quran daripada Ustaz dan Ustazah aku kt Masjid Ittifaqiyah kt Tmn Seri Gombak. Seperti tok2 guru yg lain, ustaz n ustazah kami ni memang garang. Rotan sentiasa je ada kat tangan. Salah je ngaji, rotan. Tak betul tajwid rotan. Ustaz n ustazah jugak ajar kami guna buku tulis kt bahagian tengah buku utk buat carta hukum tajwid. Alhamdulillah, berkat ajaran ustaz dan ustazah, aku boleh mengaji dengan baik. Tapi, masih byk lagi ilmu yg perlu aku belajar psl hukum tajwid dan sebagainya ni. Insya Allah, aku akan didik anak2 aku nanti supaya mengaji dengan betul dan jadikan Al Quran panduan hidup.
Kalau bole, setiap hari kita bacalah Quran. Tak dapat 1 juzuk pun takpela. Sikit pun xpe. Yang penting konsisten..barulah rumah dan keluarga kita sentiasa bahagia.
Salam to all
Chiryu-shi..tempat kami tinggal sekarang dekat Aichi Japan ni. Bandarnya tak besar mana pun. Pusing2 kat situ jugak. Last weekend kami pergi 散歩(sanpo;bersiar2) menikmati panorama sebahagian daripada bandar Chiryu ni. Kene la berjalan kaki baru bestkan. Cuaca pun sangat sesuai je untuk berjalan-jalan. Dapat snapped a few photos walaupun tak berapa cantik. Sebab jalan yg kami lalu tu memang tak ada benda2 yg best.
Apita. Satu-satunya kira mcm shopping complex yg ada dekat Chiryu ni. Kira bole la daripada tak ada. Tapi kalau pergi, mesti xramai pun org. Hehe..Kami pun jarang sangat pergi Apita ni
Salam to all
Pagi2 bangun tidur je aku da rasa sgt xbersemangat. Macam-macam fikir. Perasaan tak boleh nak kata la.
Frust + tension + sedih + bosan + redha + syukur = Alhamdulillah
Tapi tgk je muka en suami, terus tak jadi nak layan perasaan. Bangun!!! Bento belum buat..hehe
Semua kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Allah lebih tahu mana yg baik utk hambaNya. Kita kena redha dan bersyukur atas segala pemberianNya
Lepas en suami da breakfast dan pergi kerja, aku sambung la cari kerja daripada magazine Townwork yg aku ambik kat 7E semalam. Owh..terjumpa satu baito yg agak sesuai!! Ingat nak call je terus ni. Tapi, tgk tempat agak jauh sikit dari rumah. Nak naik basikal ok je kot. Tp iciyo, esok nak try dulu jalan-jalan naik basikal sambil menghirup udara segar di musim sejuk ni dengan en suami ke tempat tu.
Aku sangat bersemngat ni
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan yg ingin aku lakukan ini. Jika ia baik utkku, maka bukakanlah jalan utkku. Sesungguhnya Kaulah sebaik-baik sandaran. Amin
Salam Maal Hijrah utk semua muslimin muslimat. Jgn lupe baca doa akhir n awal tahun ek
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Owh..pertama kali kena tagged sejak masuk dunia blog ni. Aku di tagged oleh Achik, one of my ex-high schoolmate dulu. So..here it goes..
Bagaimana pula dengan No.2?
Owh..walaupun aku ni bukan la kaki shopping, tapi sekali sekala dapat beli barang sgt gembira kot rasanya. Lagi2 la xkeluarkan duit lgsg =P. Last weekend kami pergi jalan2 kawasan Nagoya lagi nak cuci mata. Actually da lama da ajak en suami pergi satu kedai kain ni. and hari tu pun ada kawan2 dari Toyohashi ajak pergi tapi dat time tak berkesempatan. Disebabkan weekend tu sangat2 ii tenki (cuaca baik) maka kami pun bergerak la ke Otsukaya, satu kedai kain yg besar kat Nagoya. Unexpectedly, masa nak masuk parking pun kene beratur sampai tepi jalan besar. Haha..rupa2nya kedai ni sangat terkenal ek. Aku je yg kurang tau kot sebab xminat kain2 dan juga xminat shopping. Lagi pun..sekarang tgh ada sales besar2an sampai tgh bulan December ni.
Maka..kami pun berjalan2 la dalam kedai. Agak blank jugak la sebab kedua2 kami ni tak tau cara nak beli kain. Hahaha..ape laaaaa. Nanti kalau beli mesti ada je ahli keluarga yg kutuk xcantik. Hehe..Sebab nak bagi semua org puas ati..so we snapped a few photos for them to see. Nanti diorang pilih la sendiri. Kedai ni xdela jauh sgt..bole datang lagi. Disebabkan lawatan ke kedai ni kali ni adalah utk survey2 je..maka xbanyak la kain yg kami beli. I just bought one for me =) Bila nak jahit pun xtau.
Next station is Noritake no mori. Ini kali kedua kami pergi ke sana. Ramai betul org sebab cuaca sgt baik. Da la pemandangan dlm kwsn ni pun best. Kami pun jalan2 la ambil2 gambar selain membelek2 pinggan dalam kedai tu. Fuhh..rambang mata dibuatnya. Tapi en suami lagi la..lebih dari aku. Aku mana2 pun ok..kalau ikut cara aku, mana aku suka terus grab and pay. Haha..tp tidak pada en suami ku yg begitu teliti. Nak beli tu belek gila-gila nak tengok ada calar tak. Hehe..beruntung aku dpt suami mcm ni. Harap aku......
Walaupun aku sampai da penat tak terhingga, dengan sakit perut lapar semua tapi sgt berbaloi la sebab dapat beli beberapa keping pinggan utk masa hadapan. Insya Allah, ada masa ada rezeki akan datang lagi..
Salam to all
Musim2 sejuk ni sedap btul dapat makan nabe. Bagi sesiapa yg xtau apa itu nabe, nabe ni Japanese steamboat. Selalunya nabe dimasak dalam periuk yang dibuat dari tanah liat. Isi nabe ni macam2 la..ikut suka org yg nak makan.
Masa kami pergi shopping2 barang dapur hari tu, tiba2 nampak ikan yg ditulis utk masak dalam nabe. Apa lagi..kami pun sgt excited la nak buat nabe. So, mcm2 la bahan2 utk buat nabe terus dirembat masuk dalam troli. Antaranya hakusai (kobis cina), naganegi, tofu, enoki mushroom, isi ketam, ikan, dan mcm2 lagi la.
Semua bahan2 utk dimasak mlm tu en suami yg sediakan. Potong2 sayur dan segalanya la. Hehe..sebab dia yg plg excited nak mkn kot =P So..inilah dia nabe yg telah kami sediakan juga makan
Salam to all
Saja je nak tunjuk gambar makanan yg telah diambil tapi tak pernah upload pun.
Walaupun kualiti gambar kurang memberangsangkan..tp bole la utk tatapan mata sendiri. Hehe
Salam to all
Tup tap tup tap..da bulan 12. Owh sekejap je rasa. Baru je rasa aku berhenti kerja n datang Jepun ni ikut suami tercinta. Baru je rasa majlis kahwin kitorang. Masa memang berjalan dengan begitu pantas sekali. Ape yang menarik bualn 12 ni..mestila sebab hujung bulan ni @ akhir tahun ni en suami cuti panjang. Yahooo..macam2 plan nk pergi ryoko (holiday). Situ la..sini la..tp xbesnya sebab dalam musim sejuk. Tp aku nak jugak berjalan. We'll wait and see ke manakah arah tuju kita kali ini.
Anyways..semlm aku dilanda sakit perut..again! Tak tau la penyakit ape ntah sebenarnya aku ni. Boleh dikatakan setiap tahun..dalam 2 3 kali aku mesti kena penyakit ni. Tiba2 nak muntah or mmg muntah yg xhengat punya tanpa sebab. Nak kata pasal food poisoning, tak mungkin sebab org lain serumah mesti x kena penyakit tu. Ms sebelum aku dtg Jepun aritu kena sekali. And yesterday..again. Terpaksa la terbaring je xbuat apa. nak main game kt FB pun xlarat (hehehe). En suami pesan xpayah masak..nanti dia balik dia masak. Tp after maghrib tu rasa bole la sikit gagah diri..masak nasi bersama lauk yg sgt simple.
AKu rasa penyakit ni punca dia dari perut aku yg teramat sgt byk gas. Sebab kalau jumpe doktor..mesti dia kata perut aku ada angin..xpun byk lebihan gas. Kalau jumpa makcik2 yang urut2 badan pun ckp cmtu jugak. Habis tu aku nk buat mcm mana nk kuar kan angin2 ni. Da xlarat da makan ubat. Dulu ada gastrik..mkn ubat je keje. Ke sbnrnya gastrik tu dtg lg? Adehhh...Ya Allah..semoga penyakit ni xkan mengganggu kehidupan seharian ku dan ibadatku kepadaMu..amin
Ha..ni nak tunjuk gambar2 time wedding yg sgt2 aku suke dan bermakna
Entry kali ni adalah utk memperkenalkan family mertuaku.Hehe
Introducing my family..
Salam to all
Sejak kebelakangan ni rasa sangat down dan stress je. Bila tgk org lain mcm ala2 da semakin berjaya ke,
mesti rasa down. Aku ni xbuat apa kt rumah..makan tido je. Membina lemak..haihhh~ Carik baito..sume xberkenan di hati. Mcm la pulak nk kene pikir. Adoiiii...buang la perasaan ni jauh2. Sebenarnya aku tau byk benda boleh buat. En suami selalu kata..byk perkara boleh buat..jgn nanti bila dah xde masa baru menyesal sbb byk buang masa. Hehehe..tp..sangat xbermaya nak meneruskan apa2 usaha kerana:
1) malas
2) xde mood
3) xbestnya buat pape bila duduk sorang2 kat rumah
Xpela..setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Insya Allah ada perkara yg lebih baik utk aku tu nnt..
Ganbare!!!!!!!!!!
Last night we had this for dinner. Yummy!!!
Akhirnya dapat jugak mkn ketam..
Thnx en suami!