Back to normal..?

Posted by yusmEa Labels: ,

Assalamualaikum wbt to all

Im back! Alhamdulillah..CPU baru sudah sampai. Jadi kehidupan aku pun back to normal..erk..really?? Not really la...Ade beberapa perkara lagi psl CPU ni yg masih belum selesai. So kadang-kadang, kena bagi laluan utk dibaikpulihkan. Anyway, walaupun masa mula-mula CPU meragam haritu, aku rasa macam dunia ku akan menjadi bosan sebosan-bosannya, tapi aku berjaya buktikan bahawa itu tidak benar. Haha..bosan tak dapat main game kt FB tu memang la ada. Tapi..nasib baik di zaman canggih dan serba berteknologi ni segala kelengkapan hidup di penuhi internet. Jadi..kenalah gunakan dgn sebaik-baiknya. Pertama sekali, iphone. Walaupun agak kurang memuaskan nak carik pelbagai resepi dan nak baca blog org, tapi at least..terubat jgk la kebosanan aku.

Kedua, TV la. Dah ada tv canggih bole sambung internet, gunakanlah. Apa lagi..layan la cerita-cerita kt Youtube..

Jadi kesimpulannya..hidup aku sama je mcm-mcm mana pun. Cumanya..aku memang kompem semakin malas. Gerak pun makin kurang..jadi lemak pun bertambahlah. Ish..aku kena tanam semangat dan azam baru ni. Tak bole dibiarkan..hidup mesti betul2 normal.Bangun2!!



Owh..mlm ni nak pergi makan nan kat kedai halal. Bestnya!

Aktiviti Harian Tergendala

Posted by yusmEa

CPU dah sampai ajalnya. Aktiviti harianku yg 24jam menghadap komputer pun tergendala la.
Bosan? Sudah semestinya. Melangut la aku kt umah. Walaupun bole nak guna internet from other
device ( iphone, tv, etc )tp xsama dgn pc. Sebab aku xdpt main game kt FB!! Hehe..mcm budak
budak. Tapi itulah hakikatnya.

Jadi sementara nak dpt CPU br yg next week br sampai..aku kena lah bersabar. Bersyukut dgn
apa yg ada ek.

Kisah En Suami

Posted by yusmEa Labels: ,

En Suami dilanda pelbagai peristiwa weekend aritu. Adoiii..sian dia. Hihihi...yela mula sekali start dgn terpaksa tunggu berjam-jam lamanye dgn aku kt klinik. Org yg dah buat appointment ramai tak terhingga. Jadi kami yg baru datang terpaksa la tunggu sampai saat klinik dah nk tutup baru dapat jumpe doktor.

Pastu kami pergi outlet dan makan maguro tu kan. Masa otw balik tu, aku terasa gatal nak minum air yg sedap. Maka kami pun singgah la kombini (convenience store) nak beli air dan ape-ape jela yg bole dibeli. Dah sampai rumah, en suami seperti biasa keluarkan wallet dari poket. Time tu die pun tengok la balik kad-kad serta duit die dlm wallet tu. Eh, baru terperasan kad ETC (macam tounch n go kat Msia) dia tak ada. Tadi masa kat kombini dia baru keluarkan dari tempat ETC card tu sebab dah turun highway. Dia pun pergi la balik carik kot-kot jatuh dalam kereta..takde. Carik kat mana-mana pun xde. Mesti dah jatuh kt area kombini tadi. Tak perasan time nak keluar kereta agaknya. Maka emosi pun dah tak stabil la..serabut otak. Dia pun call bank (sebab ETC kat sini guna mcm kad kredit, guna dulu nnt sampai bil bayar) nak bgtau psl kad hilang. So..kad pun dah diberhentikan penggunaan..dan kad baru akan sampai. Huhu....

Thirdly, masa time hari Ahad pas balik dari beli barang dapur. Dah agak lambat la jugak..nak solat asar. Time aku solat, dia pergi isi toyu (minyak tanah) dalam bekas toyu heater tu. Ntah macam mana ntah..maybe dia tak pegang penyedut yg nak salurkan ke dalam bekas tu..maka saluran tu terkeluar dan toyu pun tumpah la. Abis satu rumah bau toyu. Terpaksa la cuci genkan (entrance rumah) tu. Bagus la jugak..sebab genkan tu agak kotor dan tak pernah nak basuh. Maka, en suami dan rumah terkena la kesan-kesan bau toyu..hehe

Dah setel cuci sume tu, dia pun kononnya nak buat la cheese cake yg dah menjadi hobi dia time duduk sorang dulu. Aku memang tak mau kacau @ malas nak buat.Hehe..dia tgh bersemangat nak buat tu biarlah dia. Selalunya, en suami memang suka buat kerja depan tv. So..dia pun amikla alas nak lapik utk kerja-kerja pembuatan kek tu, lapiklah depan tv. next..gula. Sampai je depan tempat alas tu, ntah mcm mana..tupp..bekas gula jatuh dan tumpah. Ya Allah..sekali lagi..baru je lepas selesai kemas genkan td. Dia serabut balik. Haha..ape la suami ku ni. Ntah ape je yg dia pikir. Aku tlg la kemas yg mana bole. Dia pergi amik vacuum..start la vacuum karpet. Tapi nampaknya kurang berkesan. So..terpaksa angkat karpet pergi ketuk kat luar. Barulah ok.. Haih...ape la nasib badan. Nape ek syg..kihkihkih..ingt org lain kot =P

Takpela..kisah weekend tragis utk en suami. Sian dia.. Nanti pasni nak buat pape..kene baca bismillah byk2 kot =)

Maulidur Rasul

Posted by yusmEa Labels:

As salam Maulidur Rasul utk semua muslimin muslimat

Marilah kita menghayati pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama serta contohilah peribadinya.

Selawat ke atas Nabi SAW



Makang Ikang

Posted by yusmEa Labels: ,

Hehe..cm orang T'ganu plak. Nway..weekend lps ni ialah weekend ikan. Hari Sabtu, en suami ajak makan kat kedai maguro (tuna) kat Yokaichi, Mie. Dah byk kali nak pergi tapi asyik tertangguh je dgn mcm-mcm alasan. Kali ni, mesti jadi punya plan la. Kebetulan, kami nak pergi Nagashima Outlet nak carik barang utk abg ipar ku. Jadi alang-alang dah dekat tu, terus jela pergi.

Kami sampai pun dah malam. Pagi tu mcm-mcm tempat dah pergi. Sebenanrnya pagi tu kami buat sesi melawat klinik. Haha..nak pergi check sinutus aku ni..tapi semua klinik penuh gila. Orang Jepun ni memang suka pergi klinik la agaknya. Kena tunggu sampai ke petang. Tu yg jadi lambat tu. Tapi xpela memandangkan kedai tu bukak for dinner pukul 6 pm.

Kedai ni biasa je kot. Tapi bagi org Msia yg tak bole nak makan daging or ayam kat kedai2 Jepun ni, seronok la kot dapat makan ikan yg rasa macam ayam. Semua menu maguro. Rambang mata nak pilih mana satu. So, akhirnya kami pun decide nak makan apa..Makan sampai kenyang gila! Sampai tak larat nak bergerak.



Appetizer

Mine 

En Suami's

テールステーキ(Steak Tail) - Penutup

Banyak kan kami makan. Oleh kerana mood makan ikan masih membara-bara lagi..semalam kami pun beli la ikan kajiki utk dinner. Masa beli kat kedai, isi dia memang nampak sedap je. Mahal sikit la utk dua keping tapi xpela, beli je sbb nak makan. Malamnya, chef en suami pun masuk la dapur. Hehe..aku tukang pantau je. Kami buat Kajiki Fried je pun. Guna serbuk roti. Rasa dia..sedap. Tapi, isi dia tak sekeras maguro. Lembut je..

Letak garam,  black & white pepper

Salut dgn tepung, telur & serbuk roti

Siap utk dimakan. Hehe..sori la gambar kurang memuaskan
TQ en suami sebab sudi jadi chef semalam. Siap ada cheese cake lagi =)

Aku Insan Biasa

Posted by yusmEa

Kalau aku seorang jutawan, mesti aku da mampu beli kereta tanpa bekerja.
Saat itu, aku pasti dpt bergerak ke mana shj.
Aku tentu byk duit, bole beli apa shj yg aku suka.
Tak perlu sesiapa berkira-kira.
Tapi, aku hanya insan biasa yg tak punya apa apa
Wang, harta, kereta, mungkin juga apa shj yg mereka rasa aku perlu ada
Aku mungkin hanya pembuat bising di mata mereka
Maaf, aku hanya insan biasa

Snowing Again

Posted by yusmEa

Masa en suami bukak pintu nk pergi kerja pagi td, ingtkan hujan. Rupa-rupanya snow lagi..yeay!!
Snow kali ni lebat mcm aritu.  Tgk sawah padi makcik-makcik belakang rumah tu dah tertutup abes da dgn salji. Harap-harap xdela sampai kereta xboleh nak gerak. Kesian en suami nak balik nanti.

Kata-kata penuh hikmah utk hari ini 
 Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri :D

Interview Mengejut

Posted by yusmEa Labels:

Tengah aku lalok-lalok main game kat FB yg dah jadi rutin harian aku tadi, tiba-tiba dapat call dari no yg tak dikenali. Aku pun angkat la..Rupa-rupanya dari satu company ni. Aritu aku ada apply kat internet nak kerja dari rumah..data entry. Dia kata..nak interview on phone,bilakah masa yg sesuai. Aku pun pikir-pikir, arini jugak lagi bagus. Maka masa ditetapkan, dan aku pun mandi-mandi, get ready utk menghadapi interview tu.

Sambil-sambil tu, tgk la website company ni apa-apa yg patut. Dok praktis jugak bhs Jepun aku yg dah semakin luput dek zaman ni. Haha..maklumla dok rumah takde siapa pun nak bersembang bhs Jepun ngn aku. Lagipun,aku mmg la tersangat lemah je bhs-bhs ni.

Sampai masa yg dijanjikan, dapat la panggilan dari company tu. Dia mintak 20 minit utk sesi interview tu. Aku pun ready la pen kertas in case pape hal kan. Sambil tu, bukak telinga luas-luas nak dgr apa dia cakap. Kang lain dia cakap, lain pulak masuk otak. Sebenarnya, more kpd penerangan kot, bukanlah interview yg macam nak kerja biasa-biasa tu. Sampai satu tahap tu..tiba-tiba dia ada sebut pasal kenshu (training) dan kena byr 30000++ yen. Aik..apahal pulak kena byr ni. Tulis kat website free..Aku pun tanya la sekali lagi betul ke kena byr. Dia kata..aah. Aku pun kata..kalau kena byr..payah la sikit...Pompuan di hujung talian tu pun, cakap ok xpela kalau cmtu. Kalau ade pape nnt contact la blk. Tup! Terus letak..

Huhu..nampak sgt la tgh cuba nak menipu. Terkejut aku dia terus ltk cmtu. Kihkihkih..xpela..xde rezeki aku nk bekerja la nmpaknya. Nanti try carik lain kot-kot ada yg betul. Adehh..nak kerja senang je kat rumah. Hambik ko..Nasib baik dia bg penerangan dulu, dan nasib baik la aku ni dapat dgr dgn penuh tumpuan. Kalau x..nasib la terbang duit.

Takpela..nnt try la carik lagi kerja lain pulak. Mana la tau rezeki kat tempat lain..=)

Coffee or Tea?

Posted by yusmEa Labels: ,



Soalan yg hampir selalu ditanya kpd sesiapa shj, di mana-mana, dan pada bila-bila masa. Tapi, tentunya terutama sekali waktu pagi kan..breakfast time. Coffee or tea? Aku, prefer tea kot. Tapi, coffee pun ok je. Haha..Ramai orang cakap tea lagi baik, coffee xberapa elok utk kesihatan. Tapi hakikatnya, dua-dua pun ada kebaikan yg tersendiri.

Macam dlm hidup kita ni la. Sampai satu saat, kita mesti kena pilih A ke B? Black or white? Macam coffee or tea. Mungkin ada pendapat akan kata, A lagi baik dari B. Ada setengah orang lagi pulak akan kata baik pilih B dari A. Tapi, sebenarnya, bagi aku mana-mana jalan yg kita pilih mesti ada kebaikan dan hikmahnya. Jadi bila kita dah buat satu keputusan tu, kita jgn la sesekali menyesal. Apa yg kita kena buat ialah lalui dan harungi jalan yg kita pilih tu dgn hati yg terbuka dan sentiasa bersedia utk sebarang cabaran.

Macam kalau kita pilih coffee...kita dah kena set mind..samada pahit or manis, kita kena la telan jugak. Walaupun rasa dia mungkin pahit..tapi cuba bau aroma dia..Best kn? Jadi..walaupun kadang-kadang apa yg kita pilih tu mcm tak berapa best di mata kita, tapi di sebaliknya mesti tersembunyi benda-benda yg baik dan bermanfaat.

Fikir positif...minum coffee or tea, dua-dua ada kebaikan. Ada penyakit yg bole diubat dgn minum coffee, ade pulak penyakit bole sembuh bila minum tea. Tapi, sebaliknya, ada jugak penyakit yg bole dtg bila kita minum kedua-dua coffee or tea tu. Jadi maknanya, mana-mana benda pun, ada pasang dan surutnya. Yg penting, mcm mana kita handle, mcm mana kita lalui semua bnd-bnd tu.

Hehe..aku terpikir benda ni sebab selalu je aku ni terpikir betul ke keputusan yg aku buat, Tapi, bila aku motivasi diri balik, alhamdulillah, aku bersyukur dgn setiap jalan yg aku dah pilih. Jadi kepada semua, jgn sesekali menyesal dgn keputusan yg kita dah buat. Kecuali jln yg kita ambik tu memang betul-betul salah dan memudaratkan la kan. Setiap benda yg terjadi ada hikmah, ada rahsia di sebaliknya. Kalau berjaya, jgn bangga diri. Kalau tewas, jgn putus asa dan jgn salahkan takdir. Muhasabah diri balik utk perkara-perkara yg dah terjadi.

If this is coffee, please bring me some tea; but if this is tea, please bring me some coffee. 
       -Abraham Lincoln- 
      

Tidoq

Posted by yusmEa Labels:

Awat ntah..lately ni rasa maji lemah gemalai gile. Asyik mengantuk je..rasa nak tido je 24 jam
Haha..adakah aku dilanda penyakit saraf pun da malas nk berfungsi supaya aku bergerak aktif. Almaklumla..selama ni memang dimanjakan supaya berehat sentiasa.

Adoii..kalau tido tapi tak memberi kesan negatif takpe. Ni kang..nnt spare part yang tak diperlukan terjumpa di sana sini. Ingt kalau da tido satu hari di siang hari, malam xdela mengantuk kot. Tapi rupanya tidak..lagi lama kite tido, lagi semakin mengantuk la kite dibuatnya. Maka dgn itu..semakin lemau la aku. TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!


Aku perlu berbuat sesuatu..Kalau tak,semakin parah!

Sekian

Ichigo Gari

Posted by yusmEa Labels: , , ,



Semalam kami with family K Nadia pergi ichigo gari kt Handa. Dapat makan ichigo byk sangat! Hehe..sampai kembung perut. Kami pergi satu kereta je..naik kereta K Nadia. Kereta kami park kt rumah diorang. Tempat yg kami pergi tu nice la. Siap ade org berkelah bawah pokok strawberi lagi. Haha..kalau kami bawak nasi lemak picnic cmtu..mesti lagi best! Harga utk seorang dewasa 1500yen. Temapt bersih, cantik, mcm baru pun ada. Yang paling best tu tgk Hajiq, anak K Nadia mkn ichigo..suke gile dia mkn! Hehe..sampai comot baju.

Disebabkan kami yg rajin ni tak sempat charge bateri kamera, maka terpaksa la guna kamera iphone + tumpang kasih kamera canggih K Nadia & Ijam. Hehe..kami makan sampai terduduk bersilalah bawah pokok-pokok ichigo tu. 


Pas da kenyang, K Nadia & Ijam bawak kami pergi 魚太郎 kat Chita. Cam ala-ala pasar jual fresh seafood. Aku teramat la suke sebab aku memang selalu ajak en suami pergi pasar mcm ni tapi dia agak mls nk pergi jauh-jauh semata-mata nak beli ikan. Haha..tapi tempat ni best sebab ade tmpt makan sekali. Tempat utk BBQ pun ada. Kami & K Nadia makan Maguro Katsu, Ijam pulak 海鮮丼 kot kalau tak silap. Pastu masuk dalam cuci-cuci mata tgk ikan dan mcm-mcm bnd tapi tak beli pape la. Maybe next time bole pergi lagi dan borong macam-macam.


Jagung Bakar & Sotong Goreng
Maguro Katsu

Then..kami pun balik sebab Ijam ada temujanji pulak dgn member. Rasa bersalah pulak ajak dorang makan dekat situ sebab jadi terlambat pulak appointment dorang. Gomen..hehehe.. Dah alang-alang sampai rumah K Nadia tu, kami pun angkat la barang-barang yg K Nadia nak kasi kat kami dan org-org Toyohashi. They all ni nak balik Msia for good da early March ni. Jadi sekarang ni tgh dlm proses kemas mengemas barang la. Kesian pulak tgk rumah K Nadia still byk brg lagi. Mesti serabut otak nak kemas tu..Takpela..nnt kitorang dtg lagi clearkan mana-mana lagi barang yg bole ek. 

Arigato bawak kami p jalan-jalan..dan jugak bagi barang-barang. Nanti..nak tolong kemas-kemas habaq ek =)

Bad News DAri Seorang Kawan

Posted by yusmEa Labels: ,

Owh..saat yg dinanti-nantikan oleh kawan aku sorang ni berkecai akhirnya. Aku baru je dapat berita sedih dari dia yg bahawasanya dia xjadi datang Jepun. Sepatutnya 24/2 ni dia sampai ni, 10days, dgn kawan dia. Tapi..Allah nak uji..last week time dia nak renew pasport, pasport dia hilang. Sekaligus menhancurkan impian dia selama ni. Kesiannya Aishah....dah la memang da la dia teringin nak datang Jepun..dah dapat peluang, ujian lain pulak yg datang. Takpela Shah..maybe xde rezeki..maybe ade hikmah. Insya Allah aku seida menanti ko kat sini ek..Next time bole plan lagi kay..Jangan sedih-sedih..Layanlah iphone baru ko tu..hehehe pengubat hati =)

Hopefully nanti kite dapat peluang berjumpa di Nihon ni tau. Sgt seronok if impian menjadi kenyataan..:)

Batuk, Lagi & Lagi

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam..

Masuk harini..dah sebulan batuk aku berlarutan. Haritu dah macam nak baik da. Tapi saikin ni..jadi balik. Bersin, batuk smpai nak termuntah.  Sampai tahap sakit telinga dan kepala. Aku harap takde benda yg lebih buruk la sebab aku mmg ade masalah block kt hidung @ maxillary sinus. Kalau batuk or selsema berpanjangan, takut jadi bahaya sebab mukus-mukus tak boleh keluar ikut hidung. Takut boleh terpergi ke otak..itu ape yg doktor kate la kan. Kalau ikut kata org Melayu..mungkin dipanggil resdung kot. Aku pun tak tau resdung tu exactly ape sebenarnya.

クリックすると新しいウィンドウで開きます

Anyway..sinus kt bhgian muka kte ni ade bbrp bahagian. Kat tepi pipi berhampiran hidung, kt dahi@kepala, bwh mata dan jugak kt bahagian belakang mata@tengkorak kepala. Hehe..aku tau pun sebab masa buat check-up dulu kt pakar tu..doktor tu terangkan bahagian-bahagian tula. Buat scan bhagian muka dan kepala. Mcm kt dlm tv tu..yg baring ptu masuk dlm tempat utk scan tu. :p Bile keluar kekka, barulah aku nmpak yang sebenarnya ade block kt sinus pipi belah kiri aku. Masa tu sepatutnya terus buat operation@proses nak letupkan block tu. Tapi, atas masalah kurang bijak dr nurse opis aku utk uruskan hal insurans, maka terbantut la proses tu. Oleh sebab tu, aku masih lagi begini hingga hari ini.

Masa kt Msia mak & ayah mertua aku ade jugak bawak pergi jumpe doktor homopathy. Aku makan jugak ubat tu..tapi aku ni kadang-kadang lupa makan ubat. Agaknya sebab dari dulu selalu sgt mkn ubat sampai rasa tahap malas nak makan ubat. Tapi, ubat homopathy kene makan berterusan. Kesan dia lambat sikit. Insya Allah balik Msia nnt aku nak try sekali lagi amalkan ubat homopathy ni. Kali ni..kena disiplin. Lagipun dah ada encik suami di sisi..insya Allah dia rajin pantau aku makan ubat.

Hopefully, everything's gonna be okay. Aku kesian pulak kt en suami..asyik-asyik mengadu sakit perut, sakit kepala. Gomen ne.. Nanti kalau still tak baik-baik jugak, nampaknya kena jugak la pergi klinik kot. Tapi, kene tunggu en suami tak kerja la.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kita tidak tahu

Krisis Di Mesir

Posted by yusmEa Labels: , ,

Nampaknya makin teruk keadaan krisis kt Mesir tu. Marilah kita berdoa agar semua rakyat Malaysia..juga org-org yg innocent terselamat drpd sebarang bencana. Dah la ramai banduan terlepas bagai, semua perhubungan terputus...kesiannya la..Tak dapat nk bayangkan keadaan mcm tu. Semoga Allah melindungi rakyat kita yg berjuang utk agama dan negara di sana.

Utk maklumat lanjut bole tgk blog ni

Harap-harap..campur tgn krjn utk tlg bawak blk student Msia kt sana dpt membantu melegakan hati keluarga mereka yg mesti tgh tak keruan ni. Kita doakan yg terbaik utk mereka ek

Hachiko

Posted by yusmEa Labels: , ,

Aku br je ber"SMS" dgn along kt Msia tu. Sebenarnya nk mintak no tepon HR opis dia utk adek ipar aku. Sekali die bukak topik..tnya aku pernah tak tengok cerita Hachiko. Jawapan aku..mestilah pernah. Cerita yg begitu menyayat hati tu. First time aku tgk cerita tu kat UM dulu..masa program persediaan nk ke Jepun ni la. Masa tgk tu..menangis tak ingat dunia. Haha..nasib baik sensei tutup lampu hall tu..takde la orang nmpk sangat kita menangis. Tapi..bunyi sok sek sok sek org nangis bole kedengaran la. Maknanya bukan aku jela yg tersentuh hatikan.

Tup,tup..along bgtau dia dan anak-anak sedaraku yg comel 2 org tu tgk cerita tu baru-baru ni. Si kakak berjaya tgk smpai habis, tapi Muaz tu tumpas dipertengahan jalan. Tidoq. Maka, tadi dia sambung la tgk cerita tu sambil kakak menjadi penterjemahan. Masa dia tgk mula-mula haritu umi yg terjemahkan utk dia.

Along ckp, time tgk dgn kakak tu..tiba-tiba kakak tanya dia..  "Umi rasa sedih tak? Kakak rasa nak nangis la " Hehe..comel sungguh anak sedara aku tu. Padahal baru je umur 5 tahun..eh tahun ni masuk 6 tahun la. Cakap macam orang dewasa. Pastu..kedua-dua mereka pun menangis la teresak-esak...hahaha..boleh bayangkan tak dua anak beranak nangis sambil peluk bantal busuk dpn tv..kihkihkih


Tapi, cerita Hachiko ni memang la menyayat hati terutama kepada sesiapa shj yg suke binatang termasuk la aku. Masa tgk, teringtla kt arwah kucing aku si Achin yg dah kembali ke rahmatullah masa aku kt Jepun. :c Sedih gile aku..sebab dia la kucing plg perfect aku pernah jumpa. Berak dlm bilik air, pagi-pagi kejut org, xpernah pun berak merata-rata. Suka duduk rumah, tak berfoya-foya, patu aku rasa dia mandul la sebab tak beranak-beranak. Ke..sebab dia tak suka kucing-kucing jantan tu? Hehe..tak pernah pulak aku nampak dia terkedek-kedek dgn mana-mana kucing jantan.

Ceritanya..pasal kesetiaan seekor anjing terhadap tuannya sampai saat tuan dia dah mati pun..dia setia je tunggu kt stesen keretapi tunggu tuan dia balik kerja. Sedih.....Sampai org ramai da kenal dah dia sebab kesetiaan dia tu. Tempat anjing tu tunggu tuan dia tu skg dah ada tugu Hachiko. Kat Jepun ni la..huhu..

Aku memang tersangat la suke kucing. Tapi malangnya kat sini tak boleh bela kucing sesuka hati mcm kt Msia. Dorang mementingkan faktor kebersihan dan sebagainya. Walaupun begitu, setiap kali nampak kucing aku mesti ckp kt en suami aku nk bela kucing. Dan aku akakn pastikan aku blk je Msia nnt aku trs nk bela kucing. Hehehe..semangat2.

Kepada sesiapa yg tak pernah tgk cerita ni..silalah tgk. Tapi aku rasa mesti ramai dah tgk kot. :)

:angel

Welcome February

Posted by yusmEa Labels: ,



Today, 1st of February 2011
It's really fast huh..
Yet, I haven't do nothing nor change to anything

Everything..is still the same

*p/s: congrates to Syaz and Ari for the new born. Hopefully both mother and son are doing well.
Take care!