Rentetan Tragedi Gempa Bumi & Tsunami @ Tohoku, Japan

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all...

Sekarang..mesti kat mana2 serata dunia sibuk dok perkatakan pasal tragedi ni. Sebagai salah seorang manusia yg berada di muka bumi Jepun ni (walaupun bukan kat tempat kejadian), kami sangat2 terasa kesannya dari segala aspek. Rancangan TV pun..rata2 masih lagi memaparkan berita terkini pasal perkembangan di kawasan2 yg terlibat dgn bencana alam ni. Kalau ada pun rancangan TV yg lain dari berita2 ni..kami rasa agak xpuas hati la jugak sebab ramai org still dlm keadaan sedih kot.

Tragedi ni happen last Friday. Time tu aku kat rumah sorg2, tgh beristirehat sambil tgk2 internet. Disebabkan depan rumah kami ni ada landasan shinkansen (bullet train), jadi kalau shinkansen lalu aku selalu la rasa gegar2 sikit. Takdela sampai goyang rumah..tp ade la rasa getaran. Nak dijadikan cerita..time tu shinkansen baru je lepas lalu dpn rumah aku. Tapi lepas tu..rasa mcm terhoyong hayang tiba2. Rasa pening kepala..pusing2. Lama la jugak..Tgk2 kat luar rumah..nampak tiang lampu tepi jalan raya tu bergoyang2. Sah la jishin ni (gempa bumi). Agak lama jugak..around satu minit kot. Selalunya kalau ade jishin..bbrp second je. Aku jadi panic sebab rasa semacam je jishin kali ni. Trs msg en suami..and at the same time..dpt msg drpd dia. Mmg jishin..Dia pesan suruh nyorok tmpt selamat. Bawak futon (selimut tebal) sekali. Aku dok tercengang2 nak carik mana tempat nak menyorok. Rumah kami xde meja tinggi. Semua meja rendah je. Panik memang tak ingt la..rasa tak tau nak buat ape if anything happen. Dah la sorg2..jiran2 pun xtau ade x kat rumah. Dalam keadaan panik tu..trs bukak TV. Kat sini..if ade jishin or any news terkini..memang trs keluar kat TV. Sah..memang ada jishin kt Miyagi..8.9 M! Kesan terasa sampai ke tempat kami..

Trs tgk FB..memang rata2 status member kt Jepun ni..semua ckp rs gegaran. A few minutes later..terasa sekali lagi gegaran kedua. This time not so long. Still..terasa pusing kepala. Rupanya ada second jishin, gempa susulan dkt Ibaraki pulak. 7.4 M. Ya Allah..dah seram sejuk..takut ada lagi jishin yg semakin dkt dgn tmpt kami. Anyways..jarak dari tmpt kami ke Miyagi dlm 700km. Tgk kat tv..ada pulak amaran tsunami. Semua org dinasihatkan menjauhi laut dan sungai supaya takde perkara2 lebih buruk happen.

Time past so fast..dari satu tempat ke satu tempat..tsunami start datang. Amaran tsunami hampir di keseluruhan pantai laut Pasifik Jepun termasuk tempat kami. Nasib baik rumah kami agak jauh dari laut. Just...malang tak berbau kan.Just tawakal kepada Allah. Air laut drpd kejadian tsunami tu menghancurkan byk tmpt tinggal, kawasan tanaman, kilang..macam2 la. Lapangan terbang Sendai pun habis ditenggelami air. Bila tgk ni..sebijik macam peristiwa tsunami kat Acheh, Indonesia. Ya Allah..ampunkanlah dosa kami Ya Allah...Tringt pulak nasib rakan2 senegara kt kwsn Tohoku. Hampir keseluruhan kawasan di Tohoku musnah. Kebakaran berlaku sana sini termasuk tempat simpanan minyak kt Chiba, loji nuklear kt Fukushima, kwsn perumahan dan sbgainya.

Bekalan elektrik, cvrage phone semua dah start terputus. Jalan2 terputus hubungan sebab dah ditenggelami air. Tak dapat nk contact org2 kat sana. Keretapi tergendala. Org ramai stuck kat eki (train station). Ramai yg berkumpul kat tempat lapang after the quake. Kira gempa bumi yg melanda Jepun ni memang besar2an sejak sekian lama. Dalam sekelip mata je semua musnah. Dgn kes tanah runtuh timbuskan rumah lagi. Memang tragis. Kawasan Tohoku terletak di Utara Honshu. Jadi still sejuk lagi time ni..salji pun still turun. Tak terbayang nasib mangsa2 kejadian yg terpaksa bersejuk, bergelap dan sebgainya la. Kalau la aku mampu pergi bagi bantuan. Even kalau dpt sendukkan nasi nk bg dorg mkn pun xpela.

Tangisan manusia yg kehilangan ahli keluarga memang tak terkata la. Walaupun keadaan dah semakin pulih harini..kanak2 dah start main2 kat kawasan pusat pemindahan sementara, tapi mesti ada lagi jiwa yg tak tenang mengenangkan tempat tinggal yg dah hilang, ahli keluarga yg still takde khabar berita..

Begitu hebatnya kuasa Allah. Walaupun negara Jepun ni begitu canggih dgn macam2 teknologi terkini, sentiasa alert dgn macam2 bencana alam, tapi..bila Allah kata jadi..maka takde siapa yg dapat halang. Segala kehebatan teknologi tak dapat pun bantu utk stop kn tsunami drpd happen. Subhanallah..Allah Maha Berkuasa. Mungkin ni amaran utk umat manusia agar jgn la leka dan alpa dgn kemewahan dunia. Termasuk la aku ni..yg lagi la semakin hanyut dgn kecanggihan teknologi zaman sekarang ni. Banyakkanlah ngaji, solat, doa...semoga Allah melindungi drpd segala bencana dan malapetaka. Aku berdoa jugak semoga kejadian mcm ni dpt membuka hati2 penduduk Jepun utk menerima Islam..dan semoga seluruh umat Islam termasuk aku sendiri amik iktibar atas tragedi yg dah berlaku.

Doa drpd keluarga, sahabat2 dan seluruh umat Islam seluruh dunia amatlah dihargai dan kami sgt bersyukur krn mempunyai saudara yg masih mengingati nasib kami di sini. Teruskanlah berdoa agar tiada kejadian susulan yg lebih buruk berlaku. Sesunggunya Allah Maha Mendengar setiap doa hamba2Nya.

1 comments:

  1. *miss nknadya*

    Amin.....

Post a Comment