Preparation for Childbirth - 2

Posted by yusmEa Labels: ,

Continue from previous post..

3) Cat Pose (猫のポーズ)

Sakit belakang ialah masalah yg selalu didengar dr wanita-wanita mengandung. Salah satu cara utk mengurangkan masalah sakit belakang ni ialah dgn melakukan latihan 'cat pose'.

'Cat Pose' dibuat dgn meletakkan kedua tangan dan lutut pada lantai. Kedua-dua tgn dan lutut dibuka sedikit utk kestabilan. Hembus nafas sambil belakang badan ditolak ke atas setinggi yg boleh dan pelvis akan tertolak ke depan secara automatik. Pose ni membantu menggerakkan bayi ke kedudukan yg lebih selesa semasa mengalami sakit belakang atau ketidakselesaan dgn kedudukan bayi di dlm perut.

Tarik nafas seketika, lepaskan tenaga dari perut secara perlahan-lahan smbil menghembus nafas. Balik ke posture asal smbil kepala diangkat. Ulang langkah beberapa kali. Jgn bengkokkan siku sewaktu posisi ini dilakukan.



4) Pose Papan Gelongsor (すべり台のポーズ) hehe..btul ke translate ni?

Pose ini dapat menguatkan otot 'Gluteus Maximus' (otot utama pd punggung) dan otot 'Pelvic Floor' (otot yg menyokong bladder, uterus & bowel) - terutama kpd sesiapa yg mempunyai masalah 'bladder control'.

Baring menghadap ke langit @ ceiling, lutut dibengkokkan, kaki dibuka selari dgn pinggang. Tangan diletakkan di sisi dgn keadaan tapak tangan menyentuh lantai.

Angkat pinggang smbil hembuskan nafas. Dalam keadaan yg sama, bernafas seperti biasa dgn kiraan 5 kali. Turunkan pinggang perlahan-lahan smbil menghembuskan nafas.

0 comments:

Post a Comment