Ptg ni, aku mmg dilanda emosi je. Br je sekejap td air mata bercucuran yg tak terhingga bila tgk satu video psl kesan kejatuhan empayar Uthmaniyah. Aku jmpe video ni dr satu laman web yg selalu aku dgr ceramah2 online. Video ni diupload kt Youtube. Bila aku tgk keseluruhan video ni, mmg tak terkata sedih dan pilunya hati aku tgk nasib umat Islam seluruh dunia. Ya Allah..kenapa br sekarang aku tersedar yg ramainya umat Islam yg sgt terseksa kerana berjuang menegakkan agama Mu. Aku mengaku, selama ni, bila dgr psl Palestin, perang kat Afganistan dan lain-lain, aku sekadar mengambil ringan. Aku tak pernah pun nak pikir lebih2 psl nasib mereka ni. Tapi, bila tgk video ni, Ya Allah, mmg tak tertahan airmata, mengenangkan betapa hinanya aku sebab tak pernah nk ambil peduli nasib mereka2 ni.
Mungkinlah aku tak mampu nk pergi berjuang berperang dgn mereka. Sekurang2nya..aku patut terus berdoa setiap hari utk mereka. Berdoa agar umat Islam kembali bersatu memperjuangkan agama kita. Tapi kenapa doa pun aku mls?? Sebabnya..aku semakin hanyut dgn pengaruh dunia. Masya Allah...teruknya aku ni sebgai umat Islam. Bila tgk video tu, terpikir, apa lagi yg aku mampu buat selain berdoa?? Aku taktau...aku betul2 nk tlg dorg. Tapi aku taktau apa caranya. Ya Allah..apa yg perlu aku lakukan utk membantu mereka2 ini?
Yg aku tau, segala-galanya kena bermula dgn diri sndr blk. Aku kena kuatkan diri aku. Tetap iman..rajin solat, mengaji. Byk berzikir, ingat Allah, berselawat, ingat kematian. Punca umat Islam semakin ditindas, sebab kte makin lupa kematian, dan terlalu cintakan dunia. Astaghfirullah al'azim. Akulah antara mereka-mereka yg semakin lalai tu. Kenapa aku tak pernah nk luangkan sikit pun ms utk memikirkan nasib mereka kat sana?
Sahabat2 ku sekalian, marilah kte balik kpd Islam yg sebenar. Balik lah kpd ajaran Al-Quran dan hadis. Jgn la kte lalai lagi. Usia kte xpanjang, masa makin cepat berlalu. Kiamat makin dkt. Nnt lat akhirat, umat2 Islam yg tertindas ni akan mempersoalkan, kat mana kte masa dorg memerlukan kte. Kita kena bersatu blk..berjuang demi agama. Bila diri sndr dah kuat dr segi rohani dan jasmani, br kte bole bertindak. Doalah byk2, spy Allah bukakkan hati para pemimmpin kte, agar tidak terus terpesong lagi dgn bnd2 yg salah. Aku berdoa byk2, spy generasi2 yg bakal lahir nnt, termasuk anakku juga, supaya membesar utk menjadi pemimpin yg akan membela agama Islam.
Aku hanya mampu melahirkan apa yg terbuku dlm hati ni. Semoga semangat ku takkan hilang dan terus kekal smpai akhir hayat. Aku xsanggup tgk umat Islam terus dihina, kaum Muslimah dirogol, anak2 kecik dipukul dan didera, manusia yg xberdosa dibunuh tanpa sebab. Kalau tbe2 negara kte (Malaysia) jugak diserang mcm mana??
Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat aku ni. Kau berilah petunjuk apa jln yg seharusnya aku lakukan utk membantu mereka. Kau lindungilah mereka2 yg dlm ketakutan itu. Sesungguhnya Kau Tuhan Yg Maha Berkuasa & Yg Memiliki seluruh alam ini.
credit to MuslimBaru & Jiwang Torrent
0 comments:
Post a Comment