Cuti-cuti Obon - Day 1; 富士山五合目 & 富士河口湖

Posted by yusmEa Labels: , ,

Akhirnya dpt jugak nk masukkan entry jln2 ni. Ya Allah taktau la kenapa internet ni buat hal. Dah 3 ari lembab semacam je. Komputer bt hal ke? Ermm..nk kene format blk kot ni.

Berbalik kepada cerita cuti-cuti Obon. Sebenarnya ktrg last minit decide nk pergi Fuji-san ni. Before ni mmg la ade sebut kat en suami, tapi sebab cuti obon kali ni tgh bulan puasa + perut aku pun dah makin besar, ingtkn tak jadi la. Tup tup..tbe2 en suami tnye, nk g x? Kalau nk g dia nk carik hotel. Uih..ape lagi..best la aku melompat2 kegembiraan. Hehe..tapi mmg terhad sikit la perjalanan kali ni. Puasa + panas + pregnant = 3P. Cuma..dptla jugak akhirnya merasa berjalan ke kwsn tu.

Kami bertolak hari Isnin pagi. Mula2 plan nk g kul 7 pg. Tapi, sebab ala2 mls je nk bgn awal, kul 9 lebih br gerak. Jalan kt hiway byk jgk la kete. Ade je bbrp tmpt yg jem, especially bile dah trn dr hiway tu. Semua org nk menuju ke tmpt yg sama kana...Destinasi pertama kami ialah 富士山五合目(Fujisan Gogoume). Tmpt ni ialah tmpt teratas kenderaan bole naik kat Fuji-san. Kami smpai kwsn tu dah agak lmbt sebab jem semua, around kul 3 br smpai kr bwh tu. Ingt nk naik atas bwk kete, tp sebab time natsu + cuti sgt ramai org nk g Fuji-san, maka, semua kereta persendirian kene park kat bwh. Kami kene naik bas utk naik ke kwsn 富士山五合目 tu.

Naik ke situ amek ms dlm 40-45 mnt jgk la. Otw kt jln nk naik tu, ade satu kwsn ni bile tayar bergesel dgn jalan raya, ade music / melodi. Kalau naik kete lg dgr kot. Naik xbape dgr sgt sbb bas besar dan tinggi kot. Ade la dlm 10 saat kot bunyi lagu. Best pulak rasa. Bila dah smpai tu, rasa lega. Bontot aku maji dah sakit sebab lame sgt duduk dlm kete. Patu rasa penat la teramat sgt. Memang ramai gile org. Semua tgh lepak2 kt kwsn tu, kt mane2 jela. Ade yg tido, baring2 tgh2 kwsn lapang. Foreigner pun ramai. Semua tgh tgg nak panjat Fuji-san. Nnt dah nk mlm sikit br dorg start gerak kot. Cuaca baik je dat day, tapi, byk sgt kabus. Jadi, xdpt nk tgk Fuji-san yg sgt cantik. Smpai la ke sudah aku mmg xdpt tgk Fuji-san keseluruhannya smpai ke puncak. Sedih :(..Nk buat mcm mane xde rezeki. Ktrg sempat la beli omiyage utk diri sendiri.

Kat situ ade rest house, restaurant, tmpt jual omiyage, mcm2 la. Dugaan jugak la time2 puasa ni. Hehe..sebabnya, tgh penat dan dahaga time tu, rasa nk beli je pape yg ade. Sabar2..puasa. Tapi aku mmg dah tak larat tahap maksima kot. Sian en suami..tula..org nk jln, kte pun nk jln. Tak sedar perut tu dah besar. Hihi..ala sebenarnya larat je kot. Tapi sebab puasa + td lme sgt dok dlm kete, jadi xberapa syok plak badan. Lain2..xde pe sgt kot kat atas tu. Ktrg pn xamek masa lame sgt dok situ sebab nk pergi tmpt lain lagi. Dah la masa dah agak suntuk..dah nk dkt mlm da. Tula..sape suh gerak lmbt. Hehe..nasib la bdn jln time cuti ni, mmg org sgt ramai.


Ni je antara gambar tercantik yg dapat diambik.
Lain semua kabus menyelubungi
Ktrg sempat la beli Meron Pan Fuji-san, bekalan utk berbuka. Nampak mcm sedap je masa nk beli tu. Hehe..


Rest house
Ni la Meron Pan Fuji-san. Mcm best kn?
Next, ktrg pergi kwsn 河口湖 (Kawaguchiko). Kat sekeliling Fuji-san ni byk gile tasik. Jadi byk je tmpt spot nk amek gmbr cantik2. Tapi, memang xde rezeki kami, xdpt langsung amek gmbr Fuji sampai ke puncak. Kat kwsn tasik ni pun cantik jgk nk amek gmbr. Jadi bole pilih la nk g tasik mane. 河口湖 ni kt Yamanshi-ken la kiranya. Kami p la carik satu koen yg agak2 ok, ptu amek la gmbr2 yg mne bole. Huhu..

Pemandangan tasik Kawaguchi
Kami dan Fuji-san yg samar2 je dr jauh. Huhu..
Langit senja
("+)
Kalau ikut kan..nk pergi byk lagi tmpt. Tapi masa xmengizinkan utk hari itu. Dah nk gelap, tmpt2 pun byk dah tutup. Kalau ikut kn, nk g オルゴールの森美術館, Museum Musical Box. Tapi xsempat... Lepas berbuka ala kadar, Meron Pan, dgn roti2 yg ktrg bawak dr Chiryu, kami pun teruskan perjalanan nk blk ke hotel. Nk pergi tmpt lain semua mesti dah tutup. Otw tu singgah kejap kt Restoran 夢庵 kat Fujinomiya-shi. Dah smpai hotel, rehat2 kjp, dpt la solat terawikh, ptu terus tidoq. Pnt sungguh perjalanan. Patutnya smpai lebih krg 3-4 jam je..ni smpai 6 jam. Nak patah pinggang.

Nnt smbg pulak jln2 day 2. Walaupun penat berjalan time puasa, tp puas hati la. Sebab dpt menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan bersama org tersayang. Cewahh..Ala..insya Allah ni last ryoko berdua. Pasni da bertiga..

0 comments:

Post a Comment