Salam
Alhamdulillah sehat akhirnya. 3 hari demam..tido je kerja. Sian en suami..walaupun kene pergi kerja, tapi tetap berusaha menyediakan segala-gala kemudahan utk aku ni supaya dpt makan dan rehat dgn sempurna. Terima kasih en suami!! Tgk-tgk entry K Nadia, dia pun xsihat jugak. Hehe..memang musim demam agaknya skg ni. Anyway..nak sambung cerita trip Kyushu yg da agak ketinggalan zaman ni. Tapi nak jugak tulis, sebagai kenang kenangan nnt.
So hari 2nd pagi-pagi kami da check-out dr hotel. Lepas tu pergi ke Dolphin Port ambik gmbar sekeping dua. Lepas tu terus pergi naik ferry menuju ke 桜島 (Sakurajima). Sakura jima ni alah gunung berapi kt Kagoshima. Terletak kat satu pulau yg kt teluk kt kwsn Kagoshima ni.
Lepas da puas jalan-jalan kt Sakurajima, kami pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Miyazaki. Jalan yg kami lalu nk ke Miyazaki ni sgt la mencabar. Naik turun bukit, lalu lereng-lereng bukit, tepi-tepi laut, redah salji bagai..sangat menguji minda la. Aku yg xbawak kete ni.. mengucap & selawat je setiap masa. En suami yg bawak kete ape ntah lagi kan. Hehe..setelah lebih kurang 4 jam perjalanan maka kami pun sampai la ke tempat yg paling ingin aku nak pergi sekali sejak dari sebelum dtg Jepun lagi -> サンメッセ (Sun Messe). Tempat ni dulu menjadi tempat penggambaran cerita Cinta 3 Musim lakonan Amy Mastura dan Aqasha. Sgt seronok!! Nak cerita pnjang lebar pasal tempat ni malas la pulak. Tgk jela gmbar-gmbar ek
Next, kami pergi ke 青島 (Aoshima). Sepatutnya pemandangan kt pulau ni sgt cantik..tp sebab kami pergi da nk senja..air da naik..jadi batu-batu yg cantik tu dah hilang. Huhu..xdapat la tgk. Mane la nk ingt air nak naik bagaikan..lagipun masa mmg la sgt mencemburui kita ni.
Batu-batu cantik da tak nampak |
Disebabkan hari dah nak gelap, kami pun gerak la ke bandar Miyazaki. Kat sepanjang jalan, ade byk sgt pokok kelapa ke pinang ntah. Hehe..rasa macam kat Malaysia pulak.Lepas carik makan, check in hotel..rehat la ape lagi....zzzzzz
2 comments:
dah agak dah sbb yus pon senyap aje.....rase2nye kita sakit sebab syok sgt berjalan sejuk2 ni kot..padan la muka..hehe..alhamdulillah dah sehat kan..:)
hehe tula agaknye..ms berjalan xingt dunia.ptu sakit demam baru la tau. tula alhamdulillah da sehat. hajiq da ok ke muntah2?
Post a Comment