Kyushu Trip - Day 1 Kagoshima

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam..


Huh..arini en suami mcm demam la pulak. Aku pun stat batuk2. Adoii..penangan pergi berjalan sakan ke ni. Hehehe.. En suami tido awal mlm ni. Jadi aku terkontang kanting la xtau nk buat apa. Tulis cerita jalan2 hari tu la. Kami plan nak pegi jalan2 ke Pulau Kyushu ni semenjak zaman bljr lagi. Kira, da kahwin ni baru ada peluang. Lagi senang la sebab nak stay sana kan. Jadi pada tanggal 2nd Jan 2011 kami pun memulakan la perjalanan ke Kyushu dgn penuh semangat. Siap bwk bento lagi nasi n ayam bakar (sebenarnya lebihan dinner mlm tu). Kul 445 da gerak g Mikawa Anjo stesen, park kereta kat sana. Lagi pun nak kasi masa yoyu nak solat. 530am gerak g Nagoya, shinkansen pukul 620am. Sepanjang perjalanan nmpk byk sgt tmpt yg dipenuhi yuki. Kenapalah tempat ktrg xde yuki pun. Nak sampai ke Kagoshima, kena norikae 3 kali, perjalanan selama 6 jam lebih kurang.

Around 1230 kami smpai. Kagoshima ni tempat en suami belajar time diploma dulu. Saja la nk g tgk tempat tumpah peluh keringat dia. Hehe..Sampai2 terus ambik kereta sewa, terus pergi menuju ke minami Kagoshima. Heh..jem la pulak. Sebab yuki kot..jalan licin, byk yuki kt keliling jalan. Tambah lagi cuti thn baru. Tempat pertama kami tuju ialan 唐船峡そうめん流し. Selalunya org pergi makan somen pusing2 ni time sejuk sebab tempat dia dekat kawasan mcm hutan yg ada sungai. Sejuk sgt..tp sgt best n sedap!!
En suami dan somen pusing2
平家谷そうめん流し
Dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke 長崎鼻(Nagasakibana). Kat sini dpt tgk pemandangan Mt. Kaimon; kononnya bekas gunung berapi yg sgt cantik bentuknya. On the way ke sana, kami lalu Ikeda Lake. Ikeda Lake ni dipercayai ada binatang mcm naga la lebih kurang dalamnya.


Mt Kaimon dr Nagasakibana
Dah puas bergambar, kami pergi ke フラワーパークかごしま(Kagoshima Flower Park). Ada illuminition sempena musim sejuk. Ingtkan biasa2 je tempat ni, tp bila da masuk..kira berbaloi la. Banyak sgt lampu2 cantik. Nasib baik bwk tripod..kalau x mcm mana la nak ambik gambar habis2an.

Antara koleksi kilauan lampu-lampu yg ada kt Flower Park Kagoshima

Sampai dah tak tahan kesejukan, kami pun keluar la dari tempat tu. Ingat nak terus pergi bandar Kagoshima, tapi dah alang2 sampai situ, kami pun pergi la kawasan 指宿天然砂むし温泉(Ibusuki Sand Spa). Tapi kami xmasukla sebab hari pun da malam. Tapi still ramai jugak orang pergi walaupun da malam. Berasap-asap pasir kt tepi-tepi pantai tu. Kami tgk dari atas jela..at least dapat jugak la tgk mcm mana keadaan kat situ.


After that, terus drive ke Kagoshima City. Makan, check-in hotel, urus2 diri..terus tido. Adeh, penat sungguh. Jauh sungguh perjalanan. Esok harinya nak sambung lagi perjalanan. Kita pun sambung lagi la nanti ek =)


0 comments:

Post a Comment