Earthquake @ Miyagi & Ibaraki

Posted by yusmEa Labels: , ,

Nihon tgh gempar dgn berita earthquake skg ni. Kat tv..semua berita pasal tu. Baru je kejap td.,1445pm lebih kurang waktu Jepun..ada earthquake 8.8M kat Miyagi-Ken. Then, around 306pm cmtu..gempa bumi susulan pulak kt Ibaraki-Ken, 7.4M. Gegaran rasa smpai ke sini. Lebih kurang 3M kot td..tapi lama gile. Pening kepala..Cuak memang teramat sgt la. Msg en suami..dia suh amek futon..suh nyorok tempat selamat. Masalahnya kat mana?? Rumah ktrg ni mana la ada meja tinggi. Lepas tu..terus xdapat kontek dia. Maybe dorg berkumpul luar bangunan kot..jadi denpa jadi tak berapa baik.

Tgk berita..memang teruk la sana sini terutamanya bahagian utara Jepun. Dgn tsunami lagi..ada sampai 10 meter. Kat Aichi ni pun ada amaran tsunami. Hampir keseluruhan pantai timur Jepun diberi amaran tsunami smpai la ke Okinawa. Jadi, semua org dinasihatkan jgn dkt dgn laut dan sungai. Alhamdulillah takde pape yg teruk happen kat sini. Cuma..aku still risau sebab bila2 je gempa susulan bole berlaku. Tak kira la kt mana-mana pun. Dah la dok sorg ni...Semoga Allah melindungi drpd segala malapetaka dan bencana. Tawakal kepada Nya

Nasi Ayam Claypot

Posted by yusmEa Labels: ,


Natsukashi naa nasi ayam claypot. Dulu masa zmn muda remaja, time selalu pergi Midvalley Megamall + Suria KLCC, selalu gile makan nasi ayam claypot ni. Biar la sampai lidah melecur sekalipun sbb panas, tp tetap suka! Tambah lagi dgn cili kicap yg best..saikou!!! Rasa macam nnt blk Msia nak g serbu food court Suria KLCC tu nak mkn nasi ayam claypot ni. Sgt best ok! (walaupun aku tau mesti ade org rasa..biasa je rasa dia..tp aku tetap fanatik!)

Jadi..disebabkan asyik terbayang-bayang nasi ayam claypot yg sgt lazat suatu ketika dulu ni, maka dgn penuh kesungguhan dan ketabahan aku pun cuba la mencari2 resepi yg sesuai utk dibuat kt rumah ni. Sebenarnya..malas tak terkata semalam. Tapi sebab dah teringin nak mkn..maka kena jugak berjuang utk menghasilkannya. Hehe..last2 jumpa resepi yg agak mudah dan ringkas dari website SajiOnline. Bahan sikit lebih kurang ada la jugak..so..mesti buat! Nasib baik ada periuk nabe yg K Zaiti bg dulu tu. Dapat la jugak merasa..

Kat bawah ni resepi yg aku dah tolak tambah dr resepi SajiOnline tu..ikut bahan yg ada..

Bahan-bahan:

3 pot beras - bersih dan toskan
Air rebusan ayam
3 keping dada ayam boneless
Cendawan shitake (aku tak letak sebab takde stok)

Bahan-bahan perap:
Sos tiram
Kicap 
Minyak bijan
Garam
Gula @ Madu sikit
Serbuk lada sulah

Cara-cara:
1. Mula-mula..ayam direbuskan utk dapat air rebusan ayam tu.
2. Dah agak ok..angkat ayam. Perap ayam dan cendawan (aku guna carrot) dgn bahan-bahan perap.
3. Masak nasi dgn menggunakan air rebusan ayam (macam buat nasi ayam) dalam mangkuk tanah. Baki air rebusan tu boleh jadi sup utk mkn dgn nasi. 
4. Kacau nasi sekali sekala. Biar sampai air kering
5. Letakkan ayam & cendawan yg diperap ke atas nasi. Tutup semula mangkuk dan kecilkan api. Tunggu sampai nasi masak dan ayam empuk.
6. Siap!! Bole la tabur2 daun bawang ke kalau ada. 

Perghh..mmg bole tahan la rasa dia. Nanti bole la buat lagi. Sila la cuba ye kwn2


Skim Rumah Pertamaku

Posted by yusmEa Labels:

Pagi tadi dgr Hot FM..di zaman serba canggih ni..bole dgr kt mana2 je kn.Lagi2 dgn ada nya smart phone mcm iphone ni yg bole install mcm2 application. Seperti biasa..kalau pagi, mesti ada topik pagi kn. Pagi td sembang pasal beli rumah kot. Keluar la pasal Skim Rumah Pertamaku yg dilancarkan oleh PM kite semalam. Skim ni dibuat khas utk org2 yg nak beli rumah kali pertama dgn harga kurang dr RM220,000, dan pendapatan serumah kurang RM3000 sebulan. Dgn skim ni..pembeli bole membuat pinjaman 100 peratus tanpa perlu keluarkan 10 peratus duit pendahuluan seperti yg selalu org lain kena lalui.

Ermm..org cm aku yg xbekerja layak x? Hehehe..aku tringin gila nak beli rumah. Tapi..nak buat mcm mana. Nak  beli rumah bukan mcm nak beli ikan. Kena lalu byk procedure..nak uruskan pasal pinjaman lagi..Patu..kena la jugak carik rumah yg kita puas hati. Dari segi kedudukan, keluasan, kawasan sekeliling..mcm2 la. Aku selalu la jugak cakap2 kt en suami nak ajak carik rumah dari skg. Selalu la jugak survey2 iklan2 rumah baru buat skg ni. Tapi..still blom mampu langkah satu lagi step. Nanti la..tgg da blk Msia for good nnt la kot insya Allah. Tak bole nak cepat je kn..nnt mcm2 komplen selepasnya.

So..kepada sesapa yg rasa2 layak nak mohon pinjaman Skim Rumah Pertamaku ni..cepat2la buat permohonan. Sementara peluang ada ni kan..Jangan berlengah2 lagi..Kepada yg berminat..bole la lawat laman web ni http://www.srp.com.my/

Perkataan Salam

Posted by yusmEa Labels:

Aku antara mereka-mereka yg ada terbaca psl perkataan 'salam' yg dikatakan tak boleh digunakan oleh org Islam sebagai ucapan selamat. Patu..terbaca pulak artikel ni drpd sumber FB..jadi just want to share with the readers..semoga dpt serba sedikit maklumat..wallahua'lam



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.  (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Komen daripada Mohd Fadli Yusof: Silakan share untuk kebaikan, perkataan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" itu bukan perkataan Ustaz Zawawi. Penulis note hanya pinjam kata-kata Ustaz Zawawi berkenaan cara-cara yang betul memberi salam. Perkara ini dah tersebar di blog-blog juga.

Officially posted by Ustaz Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55
 Click: [Share]

Quote of The Day

Posted by yusmEa Labels:

Computers are magnificent tools for the realization of our dreams, but no machine can replace the human spark of spirit, compassion, love, and understanding.

                                                                                        -Louis Gerstner-
                                                                                                                                
source; goodqoutes.com

Otsukare Senpai

Posted by yusmEa Labels: , ,

Last weekend..K Nadia & Ijam..senpai ktrg kt Toyohashi dulu..stay kat rumah satu mlm. Dorg dah nak balik Msia for good this coming Tuesday. Tapi..flight dorg from Haneda, Tokyo. Jadi..sebelum balik tu dorg nak jln2 Tokyo dulu. Pagi Sabtu..member Ijam amek dorg utk hantar ke Tokyo. Dkt sana, dorg tumpang rumah mmbr lain pulak buat sementara. Nway..sebagai wakil kepada semua ex-Toyohashians..kami ucapkan selamat pulang dan selamat memulakan life baru kepada K Nadia & Ijam sekeluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Sorry atas salah silap..dan sori jgk tak sempat nak buat farewell party. Insya Allah ada rezeki kte jumpa lagi kt Msia nnt ek

Bye Pipah

Posted by yusmEa Labels: , ,

Pipah dah pergi rumah Zura Mamat
Ahad ni blk Msia
Bye Pipah!!
Thnx sudi duduk rumah kami
Jumpa lagi nnt kat Msia

Cat Murderer!

Posted by yusmEa Labels: ,

Isu hangat! Siapa2 yg rajin godek2 FB..sure sgt ade trtgk link psl seorang Msian yg tak berhati perut ni. Aku trtgk link video ni yg di post kan oleh one of my friend. Kat kwsn Serdang..ada satu tmpt ni ada CCTV yg merakamkan aksi seorang manusia ni yg kejam dan tak berperikemanusiaan smpai sanggup sepak, pijak, pukul anak kucing. Aku tak tau la ape dosa anak-anak kucing tu kat dia. Aku rasa dorang tak buat apa pun. Tapi sebab hati yg penuh takde perasaan tu menyebabkan kucing-kucing tu diperilaku sebegitu rupa. Sedih aku tgk. Sampai terjerit2 la aku tgk video tu. Kalau aku jumpe org tu..memang aku cincang la hidup2.

Latest yg aku tau..rupa-rupanya orang tu ialah seorang perempuan, Chinese. Mcm tomboy la gaya. Pakai cap, seluar pendek. Disebabkan ramai rakyat Msia yg perihatin terhadap perkara ni, maka ada la pihak2 tertentu yg sanggup selidik dan selongkar gambar2 minah sewel ni. Kalau nak tgk muka dia..bole tgk SINI.


Owh..kepada sesapa yg tak tgk lagi dan sanggup nak tgk..ni LINK video tu. Kalau org yg syg kucing or binatang lain tu..xyah tgk pun xpela..sedih! Aku harap sgt org macam ni dpt balasan trs. Tak kira la apa bangsa agama sekali pun. Kita semua manusia kn..takde belas ihsan ke kat binatang??


Malaysia, Japan

Posted by yusmEa Labels: , ,

Assalamualaikum wbt to all

Semalam, rumah kami didatangi tetamu lagi. This time..again from Malaysia. Kawan kepada kawan aku, Pipah. Previous entry aku ada cite psl kawan aku ni yg tak jadi datang sebab pasport dia hilang tu..so ni lah kawan kepada kawan aku tu. Sgt tabah la aku rasa sebab bole berdikari ryoko (travel) sorang2. Dah la kt Jepun yg penuh dgn org yg tak tau English. Salut!

She will be staying here until Friday. Lps tu akan pergi ke rumah ex-schoolmate dia dulu @ kwn aku jugak kt Shizuoka. Ahad will be back to Malaysia.

Aku ni memang buta hiburan banyak terutamanya artis-artis Jepun ni. Ni pun baru la nak tau sikit2 wpun dah dok Jepun brtahun da. Tu pun sebab aku dok rumah dan xtau nak buat apa selain tgk tv, main game, layan internet. Jadi..tau la sikit2 dah. Dulu masa bljr..jgn harap aku nk tgk tv. Amik tau psl tv pun xnak. Haha..Tapi kawan aku ni, termasuk member yg dtg rumah aku ni jgk, memang fanatik gila kt artis Jepun. Segala cerita, nama, apa sahaja la dorg tau kot. Hehe..sebab tu dorg semangat sgt nk dtg Jepun. Kira minat la Jepun ni.

Tapi..org2 mcm aku ni..ntah la ek..nak kate xminat, dulu aku yg nak dtg Jpn. Maybe..bukan ke arah lain kot minatnya. Patu pikir2 blk..org ramai nak dtg Jepun..tapi aku nak sgt blk Msia. Hahaha..ntah pape je kan. Tapi tula hakikatnya..dah dtg utk kali kedua kt sni..dah la kot rasa. Life tidak begitu memberangsangkan. Balik Msia lagi best. Dapat mkn mcm2, kwn ramai, family ade..perfect!

Yelah kan..semua org ada minat dan pendapat yg berbeza2. Harap2..member aku ni tak rasa susah dan tak selesa dok rumah aku yg serba kekurangan ni. Terima kasih memeriahkan rumah kami. Noktah!

Busu Datang

Posted by yusmEa Labels: ,

Assalamualaikum to all

Dah 2 hari cuaca mendung je. Aku pun jd suram dan mendung. Tapi yg best nye, dah xsejuk mcm bfore ni. Maksudnya..Haru sudah tiba..Yeay!!

Minggu ni rumah kami agak busy kot. Ramai sgt tetamu yg dah dan akan datang. Alhamdulillah..seronoknya terima kunjungan tetamu. Rumah kami ni jarang ada tetamu..maklumlah jauh sikit dari masyarakat lain.

Last Sunday, Busu En Suami datang from Perlis. Dia ada audit company kt sini. Disebabkan kami duduk dekat je ngn Chubu International Airport, so we decided to fetch and him to hotel. Lagipun..inilah kali pertama aku jumpe dgn Busu. Masa time wedding ktrg dulu..dia xdapat datang. Dan masa selepasnya pun still xde peluang sebab dia duduk jauh kt Perlis. akhirnya..kt nihon jugak dpt jumpe. As for en suami..dah lebih krg 6 thn dia xjumpa Busu dia tu. Lama gila!

That morning, we waited for him at the arrival exit. Aku..of course la tak bole nak harap sebab mana pernah jumpe Busu kn. Kena harap kat En Suami jela..tapi satu hal pulak, dia pun agak rabun. So ktrg tgg btul2 depan pintu keluar tu. Tapi..until 9 am..still xnmpak bayang. Ish..risau pulak. Ingt nk bgtau information center tu nak suruh buatkan annoucement. Tup tup..dapat one call from unknown number.

Rupa-rupanya Busu dah lama sampai, and that time, he was at somewhere in the airport. Nasib baik jumpa dgn ada family Indonesian ni..dapat la jugak dia nk call en suami. Tu pun..terpaksa beli adaptor dulu sbb keitai Msia dah mati..no en suami dia lupa nak salin kt mana-mana.

We took him back to our home forst..sbb sure dia penat naik flight lama kn. Aku sempat la goreng bihun dulu, lepas makan, dia pun tido la jap. LEbih kurang lepas Asar, kami pun gerak ke Iwata, Shizuoka..tmpt kerja Busu tula. Otw tu..of course la singgah sana sini kjp utk bg Busu amik-amik gambar. Nanti dah start kerja mesti dah xde peluang nak jalan-jalan sgt. Ktrg pun ambik kesempatan berhenti kt Hamamatsu beli Turki Kebab. Woo..siap tapau nk bwk blk Chiryu lagi tu..punya la byk mkn. Hehe...

Aroung 8pm..kami sampai hotel. Tumpang solat jap kt bilik Busu..then kami pun balik. Walaupun dpt jumpe Busu sekejap je..but he is really nice person. Peramah pun peramah, senang la nk ajak bersembang. Takde la aku kekok kan. Nnt klu blk Msia..bole singgah rumah Busu kt Perlis tu..insya Allah. Hopefully..we can meet again.