Nasi Ayam Claypot

Posted by yusmEa Labels: ,


Natsukashi naa nasi ayam claypot. Dulu masa zmn muda remaja, time selalu pergi Midvalley Megamall + Suria KLCC, selalu gile makan nasi ayam claypot ni. Biar la sampai lidah melecur sekalipun sbb panas, tp tetap suka! Tambah lagi dgn cili kicap yg best..saikou!!! Rasa macam nnt blk Msia nak g serbu food court Suria KLCC tu nak mkn nasi ayam claypot ni. Sgt best ok! (walaupun aku tau mesti ade org rasa..biasa je rasa dia..tp aku tetap fanatik!)

Jadi..disebabkan asyik terbayang-bayang nasi ayam claypot yg sgt lazat suatu ketika dulu ni, maka dgn penuh kesungguhan dan ketabahan aku pun cuba la mencari2 resepi yg sesuai utk dibuat kt rumah ni. Sebenarnya..malas tak terkata semalam. Tapi sebab dah teringin nak mkn..maka kena jugak berjuang utk menghasilkannya. Hehe..last2 jumpa resepi yg agak mudah dan ringkas dari website SajiOnline. Bahan sikit lebih kurang ada la jugak..so..mesti buat! Nasib baik ada periuk nabe yg K Zaiti bg dulu tu. Dapat la jugak merasa..

Kat bawah ni resepi yg aku dah tolak tambah dr resepi SajiOnline tu..ikut bahan yg ada..

Bahan-bahan:

3 pot beras - bersih dan toskan
Air rebusan ayam
3 keping dada ayam boneless
Cendawan shitake (aku tak letak sebab takde stok)

Bahan-bahan perap:
Sos tiram
Kicap 
Minyak bijan
Garam
Gula @ Madu sikit
Serbuk lada sulah

Cara-cara:
1. Mula-mula..ayam direbuskan utk dapat air rebusan ayam tu.
2. Dah agak ok..angkat ayam. Perap ayam dan cendawan (aku guna carrot) dgn bahan-bahan perap.
3. Masak nasi dgn menggunakan air rebusan ayam (macam buat nasi ayam) dalam mangkuk tanah. Baki air rebusan tu boleh jadi sup utk mkn dgn nasi. 
4. Kacau nasi sekali sekala. Biar sampai air kering
5. Letakkan ayam & cendawan yg diperap ke atas nasi. Tutup semula mangkuk dan kecilkan api. Tunggu sampai nasi masak dan ayam empuk.
6. Siap!! Bole la tabur2 daun bawang ke kalau ada. 

Perghh..mmg bole tahan la rasa dia. Nanti bole la buat lagi. Sila la cuba ye kwn2


0 comments:

Post a Comment