Weekend with Snow

Posted by yusmEa Labels: , ,

Salam

Weekend yg penuh dgn snow!! Hehe..mcm2 cerita weekend baru ni. Watak utamanya ialah salji. Bermula pada hari Sabtu..kami dan beberapa lagi family dr Toyohashi mengadakan trip bermain snowboard kat Dynaland, Gifu. Antara family yg ada..family abg Syam & K Ferry, Abg Ayas & K Ainun, Abg Pali & K Su serta Abg Zam & K Fatin sekeluarga. Seperti yg dirancang, kami semua bertolak lepas Subuh la dari tempat masing2. Disebabkan kami ni lebih dekat sikit ke arah Dynaland tu, maka kami pun agak yukkuri la kt jalan raya tu. Singgah sana sini la mcm2.

Da otw, sampailah kat tmpat yg dah kena pasang chain kt tayar. Maka kami pun berhenti kat tempat yg disediakan nak pasang chain ni. Dah la x pernah praktis ke hape..memang muri la kot pasang sorg. Yg ada, aku wanita yg xberapa gagah ni..xmampu la nak tolong sgt. Last2..tunggu yg lain2 jugak pasang sama2. Haha..konon2 hebat la kitorg nak buat sndr. Sbnrnye xdela susah pun..tp sebab first time guna..agaknya chain tu agak keras sikit. Nak cerita cara pasang nnt panjang lebar pulak.

Kat R&R highway..ambil gambar jap

Otw to Dynaland..salji yg ringan je nampak atas pokok2 tu

Da pasang chain,kami pun teruskan la perjalanan. Jalan agak pelan la sebab yuki turun dgn agak lebat. Ish..mcm mana nak main snowboard mcm ni. Da sampai, pergi ambil lift-ken punya waribiki kat ryokan, semua pun start la tukar2 baju, dan bersedia nak pergi menunjukkan kehebatan masing-masing. Tapi memang yuki tebal sgt..even kat parking pun da bole main snowboard. Tapi sebenanrnya yg main snowboard 3 org je pun..en suami ku, abg Pali & abg Ayas..yg lain2 ada tugasan penjagaan anak nampaknya termasuk la aku. Haha..dah dapat anak angkat tu..Fahim..anak K Su.

En Suami & Fahim

Aku dan anak angkat yg sgt comel

En suami & Fahim lagi



Kereta kami diselubungi salji kat parking
Kami bersama salji

Dah penat main..kami pun gerak la ke ryokan. Ryokan tu xdela besar, tapi bersih dan selesa la nak duduk. Ada shower..tu yg plg penting. Xdela kena berendam ofuro. Selesai je semua letak barang kt bilik masing-masing, kami pun turun la utk makan mlm. Best pulak dpt makan ramai-ramai macam ni. Hehe..utk kanak-kanak ada makan lain. Dah lama xmakan mcm ni ramai-ramai. Lepas makan, semua pun berehat la. Ingt lepas tu nak kumpul-kumpul main kad ke ape ke..tapi nampaknya semua keletihan kot melawan arus salji yg sgt lebat. Hehe..dgn nak kejar anak-anak lagi. Last-last..aku, en suami, Abg Syam, K Ferry dan Hael je yg still "hidup". Sembang-sembang la kat bilik kami sampai la lebih kurang kul 10..masing-masing start la ngantuk..

Dinner

Semua orang rancak je makan lepas penat main salji

Esok pagi, bangun tido, keluar jap tgk sekeliling. Wah yuki makin tebal. Kereta kena tutup lagi dgn salji. Haha..kena bersihkan lagi la ni. Siap je breakfast..kemas-kemas barang..kami pun check-out kul 9. Byk lagi gambar nak ambik ni. Tapi gambar ramai-ramai xde kat kamera kami. Nanti kena mintak dari orang lain ni. Hehe..next plan..nak pergi Nagoya pulak. alang-alang dah keluar pagi ni kan. Tapi yuki memang turun lagi dgn sangat lebat. Memang weekend yuki sedunia la ni. Sampai ke Nagoya lebatnya. Kami yg otw dah bukak chain terpaksa pasang balik sebab jalan sgt la licin. Dua tiga kali kereta kami terpusing masa nak break. Adoi...cuak tak ingat. Alhamdulillah xde pape bnd buruk yg happen.


Kami pergi ke Nagoya-jyou (Nagoya Castle). Aku dah pernah pergi dulu. Tapi best pulak pergi kali ni sebab yui tgh byk. Tempat tu jadi macam tempat main snowboard pun ada. Tapi cantikla pemandangan. Sejuk memang la sejuk..kesian anak-anak kecik. Tapi..sebab nk berjalan punya pasal....terpaksalakan. Tapi separuh jalan, Alauddin da xlarat.. jadi K Ainun dan Abg Ayas tunggu kami dalam kereta. Hehe..sian Udin














Lepas tu kami pun pergi ke Masjid Nagoya utk solat..dan makan kt kedai halal tepi masjid tu. Lepas maghrib mcm tu..semua pun bertolak pulang. Kami yg agak dekat..sampai awal la. Kesian kat org-org Toyohashi..jem pulak kt highway. Lambat sampai rumah. Kalau ikut jalan kami mungkin dapat smpai lagi awal sebab kami sikit pun x jem. Xde rezeki..tp alhamdulillah semua selamat. Rumah kami pun dilanda salji yg byk jugak. Tapi pemandangan dr depan rumah mcm xbyk salji sebab kereta lalu lalang kot. Pagi ni pun salji turun lagi. Senpai en suami call pukul 630 bgtau xpayah datang kerja..tapi da pagi sikit..en suami call bos dia, bos suruh dtg tghari. Jadi tadi baru jela en suami pergi ke kerja. Alhamdulillah jalan da ok. Jadi itu jela cerita weekend snow kami.. Sangat seronok dpt tgk yuki tp..utk hidup dgn yuki..sgt susah kot. =)

Pemandangan depan rumah kami

Parking kami di pagi hari









Kyushu Trip - Day 3 Miyazaki

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam

Hehe masih lagi entry psl ryoko da berkurun aritu. Ni cite last day la..penutup fuyu ryoko 2010 kami. Pagi, kami breakfast kat hotel. Erm walaupun xdela banyak sangat makanan yg tersedia kt meja buffet tu, tp kenyangnya tak ingt! Hehe..sangat best dpt makan tabehoudai mcm tu. Tapi en suami mkn xberapa byk..hehehe masalah dalaman di pagi2 hari =P

Breakfast ku (sebahagian je ni)

Lepas makan, kami pun gerak ke menuju ke tempat2 yg ada dlm perancangan haritu sebelum bertolak balik petangnya. Destinasi kami yg pertama ialah Aya-cho. Dekat kwsn ni ada byk jugak la tempat2 menarik. Tapi yg kami nak pergi sgt tu ialah jambatan gantung terpanjang dalam dunia. Nama dia 照葉大吊橋 (てるはおおつりばし). Tapi jambatan ni tgh dalam proses pembaikpulihan jadi xdapat la kami berjalan atas tu. haha kalau bole naik pun macam la aku berani sgt..hihihi Dah la angin kuat gile..sejuk xingat la atas bukit tu. Dah nak terbang da aku kene tiup angin. Walaupun tutup, tapi bole la ambil2 gambar utk kenang-kenangan. Lepas tu kami jalan2 la lagi kawasan Aya-cho tu. Ambil gambar lagi dan lagi




Pemandangan dari bawah..masa kami dalam kereta otw nak naik atas bukit tu




Next station, 平和台公園(Heiwadai Park). Dalam Heiwadai Park ni ada 平和の塔(Tower of Peace), tempat utk bersenam dan macam-macam lagi la. 

平和の塔




Last sekali, before berangkat pulang ke rumahku syurgaku, kami sempat la makan Tempura Soba kat Miyazaki ni. Hehe..tempura soba dia xmacam kat tempat kami. Sedap la jugak. 


Maka dgn itu tamatlah sudah perjalanan kami ke Kyushu - Kagoshima & Miyazaki. Walaupun sgt pendek masa perjalanan, tapi aku sgt2 puas hati sebab dpt pergi tempat2 yg memang sangat2 aku nak pergi. Walaupun still byk lagi tempat yg boleh dilawati dlm dua-dua ken tu, tapi aku still rs berbaloi dan xmenyesal. Terima kasih kepada en suami yg sudi menjadikan impian aku ni suatu realiti. Cewahh mcm apa je. Jgn lupe..ada berderet2 lagi list tempat yg nak pergi ni ye cik abangku syg. Hehe...insya Allah kalau ada rezeki, sihat tubuh badan..=)









Kyushu Trip - Day 2 Kagoshima-Miyazaki

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam

Alhamdulillah sehat akhirnya. 3 hari demam..tido je kerja. Sian en suami..walaupun kene pergi kerja, tapi tetap berusaha menyediakan segala-gala kemudahan utk aku ni supaya dpt makan dan rehat dgn sempurna. Terima kasih en suami!! Tgk-tgk entry K Nadia, dia pun xsihat jugak. Hehe..memang musim demam agaknya skg ni. Anyway..nak sambung cerita trip Kyushu yg da agak ketinggalan zaman ni. Tapi nak jugak tulis, sebagai kenang kenangan nnt.

So hari 2nd pagi-pagi kami da check-out dr hotel. Lepas tu pergi ke Dolphin Port ambik gmbar sekeping dua. Lepas tu terus pergi naik ferry menuju ke 桜島 (Sakurajima). Sakura jima ni alah gunung berapi kt Kagoshima. Terletak kat satu pulau yg kt teluk kt kwsn Kagoshima ni.



Lepas da puas jalan-jalan kt Sakurajima, kami pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Miyazaki. Jalan yg kami lalu nk ke Miyazaki ni sgt la mencabar. Naik turun bukit, lalu lereng-lereng bukit, tepi-tepi laut, redah salji bagai..sangat menguji minda la. Aku yg xbawak kete ni.. mengucap & selawat je setiap masa. En suami yg bawak kete ape ntah lagi kan. Hehe..setelah lebih kurang 4 jam perjalanan maka kami pun sampai la ke tempat yg paling ingin aku nak pergi sekali sejak dari sebelum dtg Jepun lagi -> サンメッセ (Sun Messe). Tempat ni dulu menjadi tempat penggambaran cerita Cinta 3 Musim lakonan Amy Mastura dan Aqasha. Sgt seronok!! Nak cerita pnjang lebar pasal tempat ni malas la pulak. Tgk jela gmbar-gmbar ek




Next, kami pergi ke 青島 (Aoshima). Sepatutnya pemandangan kt pulau ni sgt cantik..tp sebab kami pergi da nk senja..air da naik..jadi batu-batu yg cantik tu dah hilang. Huhu..xdapat la tgk. Mane la nk ingt air nak naik bagaikan..lagipun masa mmg la sgt mencemburui kita ni.


Batu-batu cantik da tak nampak

Disebabkan hari dah nak gelap, kami pun gerak la ke bandar Miyazaki. Kat sepanjang jalan, ade byk sgt pokok kelapa ke pinang ntah. Hehe..rasa macam kat Malaysia pulak.Lepas carik makan, check in hotel..rehat la ape lagi....zzzzzz








Kyushu Trip - Day 1 Kagoshima

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam..


Huh..arini en suami mcm demam la pulak. Aku pun stat batuk2. Adoii..penangan pergi berjalan sakan ke ni. Hehehe.. En suami tido awal mlm ni. Jadi aku terkontang kanting la xtau nk buat apa. Tulis cerita jalan2 hari tu la. Kami plan nak pegi jalan2 ke Pulau Kyushu ni semenjak zaman bljr lagi. Kira, da kahwin ni baru ada peluang. Lagi senang la sebab nak stay sana kan. Jadi pada tanggal 2nd Jan 2011 kami pun memulakan la perjalanan ke Kyushu dgn penuh semangat. Siap bwk bento lagi nasi n ayam bakar (sebenarnya lebihan dinner mlm tu). Kul 445 da gerak g Mikawa Anjo stesen, park kereta kat sana. Lagi pun nak kasi masa yoyu nak solat. 530am gerak g Nagoya, shinkansen pukul 620am. Sepanjang perjalanan nmpk byk sgt tmpt yg dipenuhi yuki. Kenapalah tempat ktrg xde yuki pun. Nak sampai ke Kagoshima, kena norikae 3 kali, perjalanan selama 6 jam lebih kurang.

Around 1230 kami smpai. Kagoshima ni tempat en suami belajar time diploma dulu. Saja la nk g tgk tempat tumpah peluh keringat dia. Hehe..Sampai2 terus ambik kereta sewa, terus pergi menuju ke minami Kagoshima. Heh..jem la pulak. Sebab yuki kot..jalan licin, byk yuki kt keliling jalan. Tambah lagi cuti thn baru. Tempat pertama kami tuju ialan 唐船峡そうめん流し. Selalunya org pergi makan somen pusing2 ni time sejuk sebab tempat dia dekat kawasan mcm hutan yg ada sungai. Sejuk sgt..tp sgt best n sedap!!
En suami dan somen pusing2
平家谷そうめん流し
Dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke 長崎鼻(Nagasakibana). Kat sini dpt tgk pemandangan Mt. Kaimon; kononnya bekas gunung berapi yg sgt cantik bentuknya. On the way ke sana, kami lalu Ikeda Lake. Ikeda Lake ni dipercayai ada binatang mcm naga la lebih kurang dalamnya.


Mt Kaimon dr Nagasakibana
Dah puas bergambar, kami pergi ke フラワーパークかごしま(Kagoshima Flower Park). Ada illuminition sempena musim sejuk. Ingtkan biasa2 je tempat ni, tp bila da masuk..kira berbaloi la. Banyak sgt lampu2 cantik. Nasib baik bwk tripod..kalau x mcm mana la nak ambik gambar habis2an.

Antara koleksi kilauan lampu-lampu yg ada kt Flower Park Kagoshima

Sampai dah tak tahan kesejukan, kami pun keluar la dari tempat tu. Ingat nak terus pergi bandar Kagoshima, tapi dah alang2 sampai situ, kami pun pergi la kawasan 指宿天然砂むし温泉(Ibusuki Sand Spa). Tapi kami xmasukla sebab hari pun da malam. Tapi still ramai jugak orang pergi walaupun da malam. Berasap-asap pasir kt tepi-tepi pantai tu. Kami tgk dari atas jela..at least dapat jugak la tgk mcm mana keadaan kat situ.


After that, terus drive ke Kagoshima City. Makan, check-in hotel, urus2 diri..terus tido. Adeh, penat sungguh. Jauh sungguh perjalanan. Esok harinya nak sambung lagi perjalanan. Kita pun sambung lagi la nanti ek =)


Happy Birthday to ME!

Posted by yusmEa Labels: ,



6th January 2011..aku dah masuk 26 tahun. Weii..da semakin byk umur..sikit je lagi masuk 30-an!! Nampaknya masa memang berjalan dgn sgt pantas. Sekejap sgt rasanya. Baru je aritu rasa masuk 25thn. Uihh.... Apa2 pun..doa aku, semoga diberikan kebahagiaan sampai ke syurga utk aku dan en suami..dikurniakan zuriat yg soleh dan taat pada perintah Allah..serta dilimpahkan lagi nur rahmat & keupayaan supaya aku lebih tekun beribadat kepada Allah.

Kepada en suami yg sgt disayangi..terima kasih sebab sambung cuti sampai semalam sebab nak sambut birthday isterimu yg memang xhabis2 mengada2. Thank you for the birthday gift, thank you for the cake, thank you for making my day, terima kasih sebab tak berhenti2 wish "happy Birthday Syg~" dr tgh mlm sampai la tgh mlm esknya..and most of all..terima kasih sebab ada dalam hidup saya =). You always know how to make me happy (^_~)



*p/s : sile bagi extra cuti utk saya drpd memasak dan buat apa2 kerja di hari lain selain hari birthday saya juge ye, en suami ku =p
            LUV U~

Kami Dah Pulang

Posted by yusmEa Labels:

Kami da pulang!! Huhu..berakhir da sudah ryoko yg ditunggu2 selama ini. Penat memang la penat tp sgt la best!! Terima kasih en suami

Pagi ni bgn awal2 nak basuh baju la konon. Tgk2..sabun basuh da habis. Aiyoo..terpaksa tunda aktiviti nak basuh baju yg menggunung tu. Nanti akan diupload gambar2 penjelajahan kami di Kagoshima dan Miyazaki. =)

Winter Holidays

Posted by yusmEa Labels:

Salam to all

Kami skg ni tgh dalam tren, otw nak pergi cuti-cuti Jepun.
Tempat pilihan kami kali ni ialah Kyushu. Semangat betul awal2 pagi da keluar rumah, dgn kereta berais lagi. Hehe..da la sejuk; 0 degree. Dalam train, ramai gile orang. Orang Jepun ni mmg suka bgn awl pagi betul la. Ada yg nak pergi ryoko, ada yg nak pergi shopping fukubukuro kt Nagoya. Yg penting pagi dalam train ni sgt meriah.

Kami ialah org pertama yg sampai stesen Mikawa Anjo pada pukul 5 am. Suhu : 0 degree

Semoga perjalanan kami ni selamat pergi dan balik.
Ittekimasu~

Happy New Year 2011

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all

HAPPY NEW YEAR 2011!!

Selamat tinggal 2010 yg penuh dgn kenangan indah.

Semoga tahun baru menaikkan lagi semangat baru pada semua.

Kami nak pergi serang fukubukuro ni =)

Nanti kita sambung lagi ek kawan2!

(semalam kata patut turun yuki kat Chiryu tapi xde pun...=( =( )