Kisah En Suami

Posted by yusmEa Labels: ,

En Suami dilanda pelbagai peristiwa weekend aritu. Adoiii..sian dia. Hihihi...yela mula sekali start dgn terpaksa tunggu berjam-jam lamanye dgn aku kt klinik. Org yg dah buat appointment ramai tak terhingga. Jadi kami yg baru datang terpaksa la tunggu sampai saat klinik dah nk tutup baru dapat jumpe doktor.

Pastu kami pergi outlet dan makan maguro tu kan. Masa otw balik tu, aku terasa gatal nak minum air yg sedap. Maka kami pun singgah la kombini (convenience store) nak beli air dan ape-ape jela yg bole dibeli. Dah sampai rumah, en suami seperti biasa keluarkan wallet dari poket. Time tu die pun tengok la balik kad-kad serta duit die dlm wallet tu. Eh, baru terperasan kad ETC (macam tounch n go kat Msia) dia tak ada. Tadi masa kat kombini dia baru keluarkan dari tempat ETC card tu sebab dah turun highway. Dia pun pergi la balik carik kot-kot jatuh dalam kereta..takde. Carik kat mana-mana pun xde. Mesti dah jatuh kt area kombini tadi. Tak perasan time nak keluar kereta agaknya. Maka emosi pun dah tak stabil la..serabut otak. Dia pun call bank (sebab ETC kat sini guna mcm kad kredit, guna dulu nnt sampai bil bayar) nak bgtau psl kad hilang. So..kad pun dah diberhentikan penggunaan..dan kad baru akan sampai. Huhu....

Thirdly, masa time hari Ahad pas balik dari beli barang dapur. Dah agak lambat la jugak..nak solat asar. Time aku solat, dia pergi isi toyu (minyak tanah) dalam bekas toyu heater tu. Ntah macam mana ntah..maybe dia tak pegang penyedut yg nak salurkan ke dalam bekas tu..maka saluran tu terkeluar dan toyu pun tumpah la. Abis satu rumah bau toyu. Terpaksa la cuci genkan (entrance rumah) tu. Bagus la jugak..sebab genkan tu agak kotor dan tak pernah nak basuh. Maka, en suami dan rumah terkena la kesan-kesan bau toyu..hehe

Dah setel cuci sume tu, dia pun kononnya nak buat la cheese cake yg dah menjadi hobi dia time duduk sorang dulu. Aku memang tak mau kacau @ malas nak buat.Hehe..dia tgh bersemangat nak buat tu biarlah dia. Selalunya, en suami memang suka buat kerja depan tv. So..dia pun amikla alas nak lapik utk kerja-kerja pembuatan kek tu, lapiklah depan tv. next..gula. Sampai je depan tempat alas tu, ntah mcm mana..tupp..bekas gula jatuh dan tumpah. Ya Allah..sekali lagi..baru je lepas selesai kemas genkan td. Dia serabut balik. Haha..ape la suami ku ni. Ntah ape je yg dia pikir. Aku tlg la kemas yg mana bole. Dia pergi amik vacuum..start la vacuum karpet. Tapi nampaknya kurang berkesan. So..terpaksa angkat karpet pergi ketuk kat luar. Barulah ok.. Haih...ape la nasib badan. Nape ek syg..kihkihkih..ingt org lain kot =P

Takpela..kisah weekend tragis utk en suami. Sian dia.. Nanti pasni nak buat pape..kene baca bismillah byk2 kot =)

0 comments:

Post a Comment