Stew Tulang Daging

Posted by yusmEa Labels:

Salam and ohayouuuuu

Pagi2 semangat sebab dah makan nasi. Harini en suami pergi kerja lmbt sket. Sepatutnya da start cuti Tahun Baru tapi kena zangyou (OT).  Jadi bole la pergi lambat sikit. Oleh kerana itu, dapat la makan nasi lebihan lauk semalam. Malam semalam buat stew tulang daging. Huhu..alhamdulillah en suami sgt suke! Tu yg sambung makan pagi2 hari ni pulak. Resepi buat stew ni aku edit2 dari resepi2 yg aku tgk kat internet ni sambil guna kekretipan sendiri. Haha kretip la sgt kn.. Buat dia cm lebih kurang sup tulang yg aku selalu buat jugak cuma tambah tomato kot


Bahan-bahan yg aku guna

1/2 kg tulang daging
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
4 sekawan
Lada hitam
Lada sulah
Kentang
Tepung jagung
**1 biji tomato
**1 ulas bawang putih
**Daun basil
**Sedikit sos tomato (tomato puree lagi ok kot)
Garam & gula

Bahan2 * dan ** diblend berasingan. Lepas tu tumis 4 sekawan dan bahan kisar * + lada hitam dulu. da agak2 garing tu..masukkan la tulang daging. Biarkan dalam 10 minit, masukkan air, bahan kisar **, garam,gula. Biar dalam 30minit camtu. After 30 mnt tu, tambah sikit je lagi air, patu masukkan kentang. Biar lagi 30 mnt. Last sekali baru masuk tepung jagung yg da dibancuh. Siap la..hehehe..simple je resepi tapi rasa dia sedap kot. Lagii byk bawang lagi sedap rasanya.

Yeayy..lepas ni cuti!

0 comments:

Post a Comment