Surah Al Mulk

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all


Topik hari ini ialah Al Mulk.Hehe..Al Mulk ni adalah surah ke 67 dalam Al Quran. yg mempunyai 30 ayat. Maksud Al Mulk ni ialah "Kerajaan" atau "The Kingdom". Surah Al Mulk ni memang byk kelebihannya. 

Aku start amalkan Al Mulk ni dari zaman sekolah menengah lagi. Alhamdulillah la..dapat masuk asrama..byk benda yg dapat dibelajar. Ingt lagi masa kat sekolah dulu..every night lepas prep..selalunya aku mmg sgt rajin pegi DM (dewan makan) utk supper. Sbb tu la ms sekolah sgt gemok!haha..pas supper (wpun makan biskut kering cicah air teh or milo..tp tetap bes!) mula la berebut2 masuk bilir air nak gosok gigi la..basuh muka la tu la ni la. Nak guna sinki pun kene beratur. Hehe..bes gila kot. Patu..amek wuduk...5 or 10 minit before bell bunyi (bell tu tanda utk lights off kt asrama kitorang) semua kene berkumpul kat tengah dorm pegang la Quran. Yg xbole baca..duduk jugak sekali dengar. Maka pakat2 la kami baca surah Al Mulk ni..kira pendinding la..Da selesai Al Mulk..qamat pulak kat tiap penjuru dorm.Ikut turn penjuru..last sekali penjuru yg dkt ngn pintu. (adoiiii rindunya zaman sekolah)

Panjang lebar pulak cerita zaman sekolah..tp tula bendanya. Amalkanlah Al Mulk ni sebelum tidur setiap malam.insyaALLAH Al Mulk akan memberi syafaat kpd kita ketika di alam barzah nnt.

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)

Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah
s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa
menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah
kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk
sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w
seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah
di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba
(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-
Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)

Selamat mengamalkannya...

0 comments:

Post a Comment