Akhirnya bersiaran jugak balik. Xde mood sungguh nk update blog lately. Lagipun..minggu ni en suami 4 renkyuu (cuti 4 hari). Start Oct, company en suami dan yg ade kankei ngn Toyota company kembali ke kehidupan asal..weekend hari Sabtu dan Ahad. Jadi, sebab ari Khamis Jumaat still Sept, jadi still cuti. Sambung Sabtu Ahad sebab da masuk bulan Oct. Maka, pnjg la cuti en suami minggu ni.
Tapi xpegi mne2 sgt pun sebab nak yukkuri kt rumah. Nak rehat..nak kemas2 pape yg patut.
Hari Jumaat kena g klinik sebab nk kena amek X-Ray. Doktor kt klinik tu mmg agak furui. X-ray yg kena amek tu sebab nk tgk kedudukan baby dah kat mana. Sekaligus nk tgk tulang pelvis mommy ok x utk nak lahirkn baby dari segi keluasan dan semuanya la. Doktor yg X-ray tu kate zaman skg org da xbuat sgt xray ni. Tapi sebab inchou (doktor kt klinik tu) tu jenis da biasa dari zmn dia muda guna xray tu, maka smpai ke skg ni still digunakan lagi. Doktor tu da bgtau awal2, sebab baby da cukup sifat, so xde mslh nk bt xray. Xde kesan negatif la maksudnya.
Hari Sbtu kena g lagi klinik sebab ade weekly check up. 結果 (result) xray semalamnya pun dpt tau. Doktor bgtau yg baby da turun da. Mmg kedudukannya kt bwh da. Tgk kt xray pun mmg nmpk kepala baby da mcm dekat je nk keluar. Hehe..doki-doki pulak. Rs mcm bile2 pun baby bole keluar. Nurse ade seluk try nk tgk kedudukan baby. Dia kata da soro-soro ni. Haha..makin berdebar2 rasa. Berat baby da smpai 3.0kg. Mungkin lahir nnt plus minus 400 g. Tak kisah la, asalkn baby sihat.
Time check up tu, check jantung baby jugak. Aku kena baring kt katil, patu pasang wayar kat perut, ptu kt depan katil tu ade monitor bole tgk graf jantung baby.Mula2 tgk graf xberapa ok sebab baby tgh tido kot. Patu nurse tu goyang2kn perut aku nk kejut baby suruh bangun. After that baru la graf berjalan dgn lebih lancar.
Hemoglobin aku pn da ok alhamdulillah. Da naik 12.4mg%. Jadi da xyah makan ubat. Skg kena sentiasa berjaga2 tiap masa. Beg pun da ready masuk dlm kereta. Tinggal nak smbut baby je.
Mama ade suruh baca bismillah tujuh utk persediaan nk lahirkn baby nnt. Kena ready dr sekarang la maknanya sbb xtau bila baby nk keluar. Ape2 pun..semoga Allah permudahkan semua urusan trutamanya time melahikan nnt. Ganbare!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Pening pulak pagi2 hari ni bila baca byk2 info dr internet ni. Aku nak carik psl mandi wiladah & mandi nifas. Ade byk pulak pendapat. Jadi kompius terus aku.
Wiladah - kalau ikutkan maksud wiladah ialah bersalin. Maknanya, maksud mandi wiladah ialah mndi lepas bersalin.
Nifas - darah yg keluar lepas seorang wanita tu bersalin. Waktu maksima utk darah yg dikira darah nifas ialah 40 hari. Jadi, kalau darah tu dah berhenti sebelum 40 hari bole la mandi dan solat. Kalau terlebih pulak, kena mndi jugak dan solat seperti biasa.
Kemusykilannya sekarang ni, ade pendapat mengatakan seorang perempuan yg bersalin kena terus mndi wiladah selepas je bersalin. Maksudnya, if ade darah nifas sekali pun, kena mndi wajib jgk. Nnt bila darah nifas dah habis, kena mndi wajib sekali lagi.
Ermm...pasal bab mandi ni, sebenarnya xkisah la pun kalau kena mndi lepas bersalin pun. Abes darah nifas nnt, mndi la sekali lagi kn. Cuma, aku just nk tau ape hukum sebenarnya. Ade satu pendapat aku jumpe dari blog ni.
MANDI WILADAH
Jawapan;
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
Ermm...aku pun sebenarnya xpasti mana yg sahih. Jadi kalau ade sapa2 yg ade tau mana2 info yg lebih terperinci sila la kongsi bersama. Tapi bg aku, klu kena mndi dua2 pun xpe je. Bukannya susah pun nak mndi kn. Cuma ni kan hal agama. Kalau bole, nak tau yg lebih tepat la. Dan, jgn anggap perkara2 dlm Islam tu susah.
Harini rasa ade mood sket nak buat sesuatu utk en suami sepanjang aku kt hospital nnt. Memandangkan kat Nihon ni kena nyuuin 5-6 hari after bersalin, jadi kompem2 la aku xdpt nk masak sebagainya utk en suami. Kesian pulak kat dia walaupun sebelum ni dia biasa je hidup bujang msk sndr. Tapi dis time lain sket. Nnt blk keje kot rush nk visit aku kt hospital lagi, x ke susah tu. So, utk bg sikit kesenangan kt en suami, aku buatkn sambal tumis yg dia suka & letak dlm freezer. Sambal tu nk mkn terus pun bole, nk buat smbal telur ke, sambal ikan ke ape ke semua bole. Dia tnye.. x awal sgt ke buat? Haha..aku jwb, ntah bile la aku nk beranak. Ntah2 esk..Hihi..
| sambal yg tgh ditumis |
| da siap!! |
Harap2 dpt la membantu kehidupan syg ku nnt. Kalau die nk tido hospital pun, at least da ade bnd nk mkn. Nnt klu sempat dan rajin lg, nk try bt bnd lain plak yg bole disimpan.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Wah..cpt betul ek masa berlalu. Da 37 weeks da baby dlm perut ni. Anytime je bole keluar. Aku mmg setiap masa doki2 la skg ni. Bila rasa sakit perut sket je, da rasa cm gabra..haha..mana la tau, da nk beranak ke kan. Rasa mcm ade je bnd xsetel lagi utk proses nk beranak ni. Ape ek? Erm..harap2 semuanya ok. Semoga aku diberi kekuatan & semangat sepanjang proses nk lahirkan baby nnt. Semoga baby pun senang keluar, sihat. dan xde masalah lain. Aritu kan pergi hospital doktor ade kata psl anemia tu kn..skg ni mmg tiap2 hari kena mkn ubat la. Sehari 2 kali, pagi & mlm. Dlm masa yg sama, pil iron pun mkn jgk. Aritu sembang2 dgn mmbr, doktor la mmbr aku tu, dia pesan, utk kesan yg lagi baik, iron kena mkn sekali dgn vit C. So, sekarang ni aku amalkan la amik dua2 sekali serentak. Hopefully membantu. Ubat yg doktor bagi tu, ade kesan sket. Aritu doktor da kate, kalau mkn ni, mungkin akan ade rasa sakit perut ke, kimochi warui ke, cirit birit ke, or maybe najis akan jadi lebih gelap dr biasa. Hehe.. Aku ade jgk la alami tu kdg2. Tapi sebab doktor da bgtau awal2, xdela risau sgt. Kecuali smpai tahap yg melampau baru la bole kot nk mengadu semula kat doktor. Ade artikel yg aku baca tu, dia pesan suh minum air byk2 after mkn ubat ni utk elakkan kesan2 sampingan tu. Antara bhn mknn lain yg selalu disarankan yg mengandungi iron yg byk ialah bayam & daging merah. Anemia aku ni tahap sederhana je. Kpd yg taktau ape tu anemia, anemia ni kekurangan darah or tahap hemoglobin dlm darah kte rendah. Kadar normal ialah 11 mg% ke atas. Tapi dr result darah aku aritu, Hb aku 10.4 mg%. Tahap yg teruk ialah bawah dr 9 mg%. Jadi, aku kira tahap xdela berbahaya. Cuma takut ade kesan smpingan especially nnt time dah beranak. Ade kes org yg kurang Hb ni boleh tumpah darah lepas beranak. Jadi now mmg kena berhati2 dan tak bole mls mkn ubat. Kpd semua readers, pls pray for us. Semoga semuanya dipermudahkan Allah..amin :)
Baby's weight : 2.8 kg
Mom's weight : + 11 kg
Pagi2 lg da kuar rumah pergi carik breakfast. Kalau kt Msia best tu..ade ns lmk, roti canai, teh tarik. Kat sini ape la sgt yg bole mkn. Destinsi pertama ialah Max Value..nk carik bento la konon. Zannen desu ga la..semua xleh mkn. Last2 beli buah & bnd2 lain plak. Patu bg cdgn kt en suami pergi Kariya Oasis, mcm perhentian highway yg bole jgk org xnaik highway masuk. Tmpt tu ade mcm2 kedai. Mula2 cuci mata dulu kat pasar dia. Byk btul ikan murah. Sekotak penuh 350 yen je. Gentei (limit) la tapinya. Last2 ktrg beli seekor ikan hamachi yg besar dgn sotong 6 ekor. Serius murah gila. Da la xpenah beli ikan hamachi sekor mcm tu. Jadi nnt time mama ayah dtg bole la p beli ikan byk2 kt situ.
Da borong beberapa brg, kami pn naik la atas nk carik mknn. Tmpt yg dituju ialah ザ.めし屋. Kedai dia cm ala2 shokudo. Amek lauk, ptu nasi. Lauk bole pilih la. Of course la amek ikan je kn. Best jgk mkn ns pagi2 ni. Lauk dorg pn xdela berat. Chodo ii la. Dpt jgk la aku mkn monburan yg da lme aku tringin nk mkn.
Pastu blk umah silat Zohor jp, trs g klinik. Ramai btul org. Agaknya hari khamis doktor perempuan, sbb tu ramai. Lewat sejam dr waktu appointment sebenar. Da la waktu nk kencing utk test everytime dtg tu, aku xbole nk kencing. Lama gila kot dok dlm toilet tu tp xberjaya. Last2, p minum ayaq dulu kt waiting hall tu smpai agak2 da ok, p la toilet blk. Nasib baik berjaya. Hehe..
Alhamdulillah baby sihat. Berat pun mengikut kadar yg sepatutnya. Cuma aku la plak doktor kate x cukup hemoglobin. Kena mkn ubat. Adoii..padahal mkn je iron vit tu setiap hari. Doa jela semua ok nnt, insya Allah.
Saikin byk gak sembang ngn member2 sekolah dulu yg da beranak & tgh peknen. Share pengalaman msg2. Sorg tu doktor, apa lagi, masing2 tnye la mcm2 soalan. Hehe..
Baby ganbare!! Sikit je lagi kte kena brusaha k. :)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Baru je tamat game bola Nihon vs Malaysia. Lawan kat Saga. Keputusan, Nihon 2, Malaysia 0. Tapi goalkeeper Msia mmg hebat la. Siap kena puji ngn pengulas Jepun tu.
Taifu dah berlalu. Da lepas Aichi, skg da smpai ke kwsn Fukushima. Mmg agak teruk taifu kali ni. Banjir teruk gile kat Nagoya. Siap keluar berita kt Msia. Tapi, alhamdulillah kwsn ktrg ok je. Angin pun xla kuat gile smpai gegar2 tingkap. Tapi taifu kali ni agak laju pergerakannya. Kejap je da smpai kwsn atas. Tapi byk la kes org hilang kena hanyut air, pokok tumbang kena rumah & kete la.
Anyway, mlm ni dinner mkn spageti peperoncino. Da lama xmkn spageti jd mlm ni buat la. Simple je pun. Menu org mls masak.
Esk ade check up. Da start check up every week start mgg ni. Harap2 esk xhujan. Nk sidai kain..td basuh xdpt nk sidai kat luar. Baju en suami da siap gosok. Jadi, esk bole setelkn bnd2 yg perlu di setelkan seperti mengemas bilik dan psg katil baby. Yeayyy!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Taifu dtg lg. Tapi angin xkuat sgt mcm selalu. Cuma hujan trn lebat kt byk tmpt termasuk Nagoya. Sampai bnjir.. Kena hntr bantuan, g amek org2 yg jd mangsa banjir naik bot.
Tapi kt Chiryu ni xdela hujan lebat sgt. Angin pun xdela smpai gegar2 tingkap mcm before ni. Padahal Nagoya tu cm jiran je kot. Xpela..alhamdulillah. En suami pergi keje mcm biasa. Taifu mungkin smpai kwsn Aichi ni dlm pukul 12-3 ptg. Jadi,semua org, sila berhati2. Bwk payung jgn smpai terbang pulak payungnya.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Utk reference sendiri. Aku tgk resepi kek ni dari byk2 website. Last2 cmpur aduk sini sana sket..jadila kek tiramisu yg simple ni. Aku tgk kt website bangumi Jepun. Sape nk try, sila la
Happy Birthday en suami!!
Hehe..semalam birthday en suami yg ke 27. Dari minggu lepas lagi aku dok pikir ape la bnd nk bg kat dia. Smbil tu, pikir mcm mane la nk smbut birthday dia ni. Satu, sebab dia keje semalam. Dua, sebab aku ni mne ade kenderaan or dlm erti kata lain agak susah nk bergerak sana sini nk carik brg or ape2 jela utk smbut birthday dia. Last2, beli hadiah dia secara online je kt Yahoo shopping. Hehe..tp ngelat sikit la..sebab hari Khamis mlm tu ajak dia g tgk bnd yg aku nk beli. Yela..takut nnt dia xberkenan pulak. Kira hadiah pun x surprise sgt la.Tapi..xpela..at least aku bg la sumthing kn.
Utk besday celebration dia pulak, aku maji xtau nk masak ape mula2. Patu pikir punya pikir, last2 decide nk buat chicken chop ngn nasi ala2 nasi ayam. Patu, hari Jumaat tu, ajak dia p kedai, beli la brg2 nk buat kek. Maka jadilah kek tiramisu ku. Aku xguna kek pun sebagai base. ade org guna kek, ade guna lady finger roti tu. Tapi aku guna biskut je sebab tu je yg jumpe kt kedai yg bole mkn. Rasa..alhamdulillah sedap. Ala kek kecik je pun..satu mlm mkn da abes.
Anyway..kpd en suami ku yg tersyg..semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk terus beribadah, semoga berjaya mencapai segala impian, dan semoga menjadi ayah yg baik kpd bakal anak2 kita. Hehe...i luv u always..
| Chicken chop with nasi ayam |
| Tiramisu buat sendiri yg comot |
| Birthday gift for him |
| Birthday dinner |
| En suami ku bersama kek |
| Taraaa.... |
| Ni la hadiah nya..hehe |
Semalam sekali lagi hari yg penuh. Pagi2 lagi da gerak g Nagoya, en suamo nk renew lesen. Nasib baik xjauh. Smpai je, tgk ramai gile org beratur nk renew lesen pun. Dah setel kt registration, en suami pun terus la masuk dewan ceramah. Kat Nihon ni klu renew lesen kene dgr ceramah. Yg first time cm en suami ku kena dgr 2 jam. Dah lama sket, sejam, patu ade yg 30 mnt pun ade. Puas jgk aku menunggu kt kerusi tu. Da la mengantuk..sempat gak la terlelap. Nasib baik la ade iphone. Tp bateri pun giri giri je.
| Ramai btul org beratur |
Dah setel tu, ingt nk trs pegi Masjid Anjo solat jmt. Tapi xsempat la pulak. Jadi ktrg trs la pergi mkn sushi sbb pukul 3 nk g byoin pulak. Makan pun xdela byk sgt mcm selalu. Pstu blk rumah jap solat Zohor. Smbil2 tu dpt la berehat jp dlm setengah jam.
Then, trs gerak g klinik. Kali ni xramai sgt org kt klinik. Tapi agak lama jgk la check up. Maybe sebab da soro soro nk deliver kot. Macam2 doktor & nurse setsumei. Yg mne paham tu paham la. Yg xbape phm tu bt2 phm. Haha.. This timr dpt tgk gmbr baby 4D. Ya Allah..mulut mcm mulut ayah dia. Hehe..alhamdulillah baby sihat. Nnt psni da start check up seminggu sekali. Aku pun da kena start rajin blk bersenam or jln2 spy senang baby nk kuar nnt.
| Our litle baby @ 35 weeks |
Dah abes kt klinik, g kedai jap beli brg utk nk smbut besday en suami arini. Haha..susah plak nk buat surprise sbb aku ni mmg la xmampu nk bergerak sendiri g kdai.Jadi kena la dia ade jgk. Cuma suh dia p tmpt lain time aku nk beli brg.Hehe..padahal dia tau je kot aku nk buat kek bagai.Gomen ne en suami..nnt da kt Msia bole la org buat surprise utk awk.Skg..terima jela ape2 pun.
Blk, solat asar, trs baring. Xlarat gile rasa. Kaki sakit, perut sakit. Baby da sgt besar smpai xtau nk duduk mcm mne nk bagi selesa. Smpai maghrb aku tido. Teruk btul. Dinner en suami yg ready kn. Alhamdulillah syg ku ni rajin je time2 dah nk dkt deliver ni.Tq syg..padahal dia mmg selalu pun rajin bile aku mls.Hehe..
Semoga segalanya dipermudahkan Allah utk kami..
Posted using BlogPress from my iPhone
