Salam to all,
Huhu..akibat penangan pulut durian yg sedap..maka aku yg sengsara. Hehe..aku tgk kt fb ramai la sgt kawan2 kt Msia yg makan pulut durian. Tringat la plak kt pulut durian yg mama selalu buat. Disebabkan kat kedai halal Anjo ade jual durian frozen, maka aku pun pujuk la en suami nk beli. Akhirnya berjaya dan Jumaat mlm lepas kami pun p la membeli belah kt kedai halal tu. Macam2 la beli..termasukla kenyang beriyani special yg sgt2 la special + sedap.
Hari Sabtu baru beli beras mochi. Jadi mlm tu baru start tanak pulut + buat la segala persediaan utk menikmati juadah yg aku inginkan tu. Aku buat pulut durian style utara. Resepi dari arwah tok aku la kot. Mcm biasa..tanak pulut durian mcm tanak nasi. Patu..santan dalam 2 cawan kot campur ngn garam. Aku masak sikit santan ni sebab guna santan serbuk la katakan. Da siap tu..maka makan la dgn durian dan gula yg ditabur atas pulut tu. En suami kata..masa dia belajr kt MRSM Balik Pulau dulu..dia tabur garam atas pulut tak letak dalam santan. Erm..sama jela kot. Nnt dalam perut bercampur jgk.
Durian tu ingat kan sikit. Rupanya xde bijik..jadi isi dia padat la. Agaknya sebungkus tu ade la dlm 5-8 ulas durian yg dipek segumpal tanpa bijik kot. Aku mkn mmg la xingt dunia sbb sedap. Patu nk tido mlm..adeh..panas gile!! Dgn tak bole nak tido..kalih sini tak selesa. Kalih belah sana..rasa nak muntah. Serius rasa mcm perasaan tak best tersgt2. Tulaaaa..mkn lagi durian byk2. Esk pagi tu en suami kata dia pun xselesa perut jgk. Haha..terus tak kasi dah aku mkn pelik2 time pregnant ni. Yela2..ni last la...alhamdulillah dpt jugak la merasa walaupun sengsara sikit. Hihi
Hari ni mendung je sepanjang hari. Mood pun down je. Tak abis2 down. Tapi arini gembira sikit sebab en suami pulang awal. Yeayy!! Tadi tengahari pun lunch kt rumah sebab ptg dia kena pergi kaisya kat Kariya. Jadi dekat jela dgn rumah. Petang pun xpayah balik opis untuk zangyou (OT). Seronoknye..bole la pergi jln2 cari makan :)
Owh my God! Makin tak tertahan2 la aku ni tgk mana2 blog org lain yg cerita psl makan. Telan air liur aku everutime tgk. Pastu pening nak mkn apa. Haha..setakat ni..dah ade dekat seratus nama kedai / restoran kat Msia yg aku dah sebut kt en suami nak ajak pergi mkn once kami blk Msia nnt. Dia smpai pening nak layan. Siap kata..buat la list..nnt blk Msia senang. Haha..perli nampak. Tapi aku memang xleh tahan la tgk kedai2 yg best. Masa kt Msia aritu xberapa maju sangat nak pergi sana sini sbb kerja agak bz. Pstu..duduk pun kat Teluk Panglima Garang tu ha..Jauh kot nak pergi sana sini. Terpaksala tgg weekend. Tu pun bukan selalu free.. Ade je aktiviti dgn family. So..insya Allah klu ade rezeki..blk je Msia nnt..sebelum start bz2, nak serang setiap kedai yg dah berlegar2 nama dia dlm kepala otak aku ni. Hihi..no need la list syg..Isterimu ni mesti ingt punya sebab nafsu mkn memang tersangat2 la. Tak habis..awk kan ade..hihi
Semalam birthday my beloved ayah yg ke...59 thn. Happy birthday ayah!! May all the bless be with u always. Luv u!!
Arini..insya Allah both mama & ayah akan berangkat ke tanah suci utk mengerjakan ibadat umrah. Semoga selamat pergi da balik, sihat selalu terus beribadat kpd Nya.
Bile turn kte nk pergi pulak ni en suami??
Imam Ghazali r.a. dan banyak ulama lain menganjurkan agar setiap Muslim dan Muslimat dapat melaksanakan solat sunat tasbih, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Cara melaksanakan :
- Waktu - dilaksanakan waktu siang 2 rakaat satu kali salam, 4 rakaat 2 kali salam
- Lafaz niat
- Bacaan tasbih
- Setelah takbir selepas doa Iftitah, Al Fatihah dan surah : 15 kali
- Dalam rukuk : 10 kali
- 'Iktidal/bangkit dari rukuk : 10 kali
- Dalam sujud : 10 kali
- Duduk antara dua sujud : 10 kali
- Sujud kedua : 10 kali
- Duduk sebentar sebelum berdiri/slps tahiyat awal & akhir : 10 kali
"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
Perabih stok ikan yg ade dlm peti ais last weekend. Jadila lak Johor ni. Hasil gabungan resepi mama dan mak mertua ku.
A few days ago ade terbaca post dr one of my FB member ckp yg tarian poco poco HARAM dari hukum syarak. Ermmmm... Aku ni pernah la try menari poco poco ni sorg2 kat rumah. Kira sebahagian drpd cara exercise la kn. Berpeluh gile tu!
Pengharaman ni dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sebab senaman poco poco ni dikaitkan dgn kepercayaan agama dan pemujaan roh. Tarian ni dipercayai diamalkan di Jamaica & bercirikan agama Kristian.
Tapi..tadi dgr kt IKIM.fm..Dr Mashitah maklumkan bahawa poco poco boleh dilakukan selagi tak melanggar hukum syarak.
Ermm..ape ek komen aku? Ntah la..aku rasa selagi apa yg kite buat tu xde niat lain..insya Allah xpe. Lagi pun..time buat tarian tu..bukannya ada gaya or apa2 perilaku yg mensyirikkan Allah. Niat cuma nak senaman. Tapi xtau la kan kalau ade maksud tersirat yg kite tak tau. Allah Maha Mengetahui niat dan apa yg kte buat. Hopefully...apa yg aku pikir ni tak menyimpang ke arah yg salah dr jalan Islam. Wallahua'lam..Semoga Allah sentiasa membimbing kite ke jln yg benar.
Yatta!! Berjaya menggerakkan otot2 badan yg semakin malas. Akhirnya berjaya jugak buat puding jagung setelah berkurun2 tertangguh. Walaupun agak sedikit hangus gara-gara nak layan pakcik Sagawa yg dtg hantar barang..tapi rasa tetap mantap. Ecehh..puji diri sendiri. Tapi mcm terlebih manis je. Rupa? Mestilah tak secantik yg org lain mampu hasilkan.


