Ayam Percik & Puding Jagung for U

Posted by yusmEa Labels:

Yatta!! Berjaya menggerakkan otot2 badan yg semakin malas. Akhirnya berjaya jugak buat puding jagung setelah berkurun2 tertangguh. Walaupun agak sedikit hangus gara-gara nak layan pakcik Sagawa yg dtg hantar barang..tapi rasa tetap mantap. Ecehh..puji diri sendiri. Tapi mcm terlebih manis je. Rupa? Mestilah tak secantik yg org lain mampu hasilkan. 



Then..mood still rajin..maka terhasil la pulak Ayam Percik yg aku cilok resepi dr Datin Noniswara dlm rncgn Citarasa Raya bersama Dato Siti Nurhaliza. Hah..bukan main tu..resepi raya. Rasa...ermm..aku mestilah xpuas hati. Tak rasa mcm ayam percik Yati kt Kelantan tu. Sedap gile tu!! Tapi..tula nk buat mcm kt kedai..mmg xmampu la kan. Apa yg termampu..dan en suami puas hati..alhamdulillah. Hehe..pasni kte lawan perut sape lagi besar ek syg. Hihi..


Mari kte terus rajin dan jgn mls2. Naik lemak yg xdiperlukan semakin byk dan byk! Ganbare!!


Altezza Kesayangan En Suami :)

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all

En Suami ku ni mmg la tersgt2 syg kereta pertama dia tu. Tp tup tup semalam..tbe2 dia buat hal pulak. As usual, pagi2 en suami akan pergi kerja kul 7 pg. Around 730 am cmtu..tibe2 dia call bgtau yg enjin kereta mati tiba2 tgh jalan. Just for my information. Of course la lepas tu dia call houken (insurans) utk tarik kereta pergi ke bengkel yg selalu kitorg @ Msian kt kwsn Mikawa ni pergi -> En Shibata.

Tgk2 ade ape ntah..like something happened due to human mistakes la. Tak tau la salah sapa. The mechanic said that..maybe time en suami tukar timing belt a year ago..org Toyota tu ade buat salah smpai bole menyebabkan like a piece of screw trtinggal kt kwsn tu yg menyebabkan timing belt tu terkoyak bhgian tgh..mcm mana ntah. Aku pun mls nk paham sgt2. Hehe.. Tapi..kalau aku nk recall balik..baru je last weekend ktrg pergi kt Shibata-san tu nk check enjin kereta yg saikin asyik bergegar2 time berhenti kt traffic light. En suami kate anak Shibata-san tu ade bukak kt kwsn yg problem tu. Tapi tak tau la dia ada sentuh pape ke tak. Wallahua'lam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. So..tak tau la sape yg benar sape yg patut dipersalahkan. Cewah..

Disebabkan takde kereta pengganti utk en suami guna nak pergi kerja (dpt truck nak angkut2 barang tu je), so die pun amek la EL (emergency leave). Setel2 semua pun nak dekat pukul 12 tgh hari da. Ingtkn lama nak siap kereta tu. Tp alhamdulillah..that evening around 3 pm..Shibata-san called kata kereta dah ok. Timing belt yg dah rosak semua dah tukar. So..kami pun terkedek2 naik truck tu pergi la ke bengkel nak amik kereta. Hopefully..this time kereta dah btul2 ok..dan takkan ade problem lagi. Kesian kat Altezza-chan...

Sekadar gambar hiasan..Altezza-chan time tukar minyak hitam kt Yellow Hat

InsyaAllah (Malay version) by Maher Zain

Posted by yusmEa Labels:

Introducing...

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all..

Harap semua org sihat + ceria dan happy2 selalu hendaknya. Haha..mukadimah sungguh.
Anyways..today..I'm going going to introduce the new member of our family.. jeng jeng jeng


Our 10 weeks and 5 days little cutie!! Alhamdulillah..syukur tersangat2 pada Allah SWT yg sentiasa mendengar doa hamba2Nya. I'm really2 excited dis time. Seriously!! Of course la kan..sape yg tak excited. Aku berdoa sgt2 kandungan kali ni sihat + selamat dilahirkan + membesar jadi anak yg soleh + taat perintah Allah + sihat selalu. Kali ni more excited sebab en suami ada di sisi..sama2 rasa susah payah. Hehe..dulu time pregnant kat Msia before dtg sini..I'm alone. I mean..with no hubby around, rasa mcm xcomplete lah. Dan dah nak ditakdirkan kandungan tu xpanjang..maka dia pun xsempatlah dilahirkan. Xpe2..tu pengalaman + pengajaran supaya aku jgn terlebih2 lasak especially time saat2 genting mcm ni.

Of course sape yg pernah ade pengalaman keguguran mesti akan sentiasa je rasa berjaga2 terlbih termasuk la aku. Tp alhamdulillah skg ni aku dok rumah sepenuh masa..xmcm dulu yg keje asyik kena jln sana sini. Insya Allah aku akan jaga diri + baby dgn sebaik2nya. Doakn kesihatan kami sepnjg 9 months ni.. Plus..skg ade en suami yg baik hati sgt2 yg sentiasa tlg nak bg wife dia ni xsusah. TQ sygku!! Hehe..

Pls pray for us :)

Aku Mahu Pulang

Posted by yusmEa Labels: , ,

Tajuk post yg begitu kontroversi. Tapi tula hakikatnya perasaan hatiku skg ni. Dulu nak sgt dtg Jepun..dah dtg..rasa nak blk la sgt. Hehe..tapi..aku takkan pulang keseorangan. Sian en suami tersayang..takkan nak tinggal dia. Tmpt isterikn di sisi suami. Eceeehh..Maybe sbb aku tak reti nak jadi surirumah tangga kot. Hahaha..ape nak buat kat rumah pun tak tau. Kalau org lain..mcm2 dah buat agaknya. Masak tu ni..jahit la tula ni la..Aku?? Dgn sifat malas yg sgt2 melekat dlm diri ni..mcm mana nk jadi mcm2 perkara.

Nways..tghari td..tringt mama suddenly. Of course I miss her sooooo dem much!! Ingt nak call..tapi xpela..tgg weekend or mlm ke. Sebab die kalau siang2 hari xmelekat kat rumah. Pergi ngaji sana la..ptg kang kelas ape tajwid ape ke kt sini pulak. Soo busy! Tup tup..got msg from my sis, K Mona. Mama accident!! Ya Allah..ape cerita pulak ni?? Patut la teringat kat dia je td.

Rupa2nya..dis morning masa blk dr kelas ngaji dia kot..dia masuk parking kt dlm rumah as usual. Patu agaknya mcm2 pikir, trlupa nak masuk gear P + tak angkat hand break. Rumah kitorang dah la agak berbukit. Maka kereta pun bergerak la meluncur ke belakang. Bile dah nmpk mcm tu..die pun panik..dgn xsempat nak ltk brg2 kat tgn..terus melulu kat pintu kereta nak try tarik handbreak. Malangnya..kereta agak laju turun bukit tu. So dia pun jatuh terlentang..dan kaki terlanggar pintu kereta. Kereta pulak..meluncur la masuk ke rumah jiran depan rumah yg kebetulan pagr dia tak tuttup btul2..jadi pintu tu agak terbukak la bile kereta dah langgar. Nasib baik anak2 jiran tu xde main2 kat halaman rumah dorg. Kalau x, jadi satu hal lagi.

Ptu..jiran sebelah rumah depan tu keluar and called my sis tu. Ayah xde..pergi main golf dis morning. K Mona pun bergegas la blk. Nasib baik mama xcedera teruk. Just lebam kat kaki sebab terlanggar pintu tu. Dah pergi klinik doktor kate xde prob. Just risau mama maybe sakit belakang lps ni sbb die jatuh terlentang td kan.. so the doc gave her pain killer. Adoii la mama..risau aku. Dah berusia ni mcm2 agaknya perkara bole happen. Selalunya before ni ayah byk hantar mama pergi sana sini. Tapi sejak kereta mama dah ade kat rumah blk (dulu aku guna masa kt Msia), nmpknya dia dah start drive blk.

Mama..tc ek. I wish I could something to help u....Luv u mom...soo much!

5 Perkara - Tag from K. Wani

Posted by yusmEa Labels:

Tagged from K Wani..

5 tarikh penting
  1. 6 Jan 1985
  2. 30 Apr 2010
  3. 17 Sept 1984
  4. 20 Dec 2007
  5. ???
5 perkara saya buat semalam
  1. Kemas bilik dgn jayanya
  2. Asing2kan sampah mengikut kategori dan telah berjaya dibuang ke tempat pelupusan sampah Chiryu
  3. Beli barang2 dapur seperti biasa dgn en suami trsayang
  4. Mood masak dtg kembali setelah sekian lama..lala masak lemak cili api + kobis goreng + ikan goreng
  5. Tgk cite Unstoppable dgn en suami @ home
5 perkara buat saya gembira
  1. En Suami
  2. Family terchenta
  3. Bila en suami cuti
  4. Dapat ckp dgn mama dan tau segala cerita yg berlaku kt rumah + sekeliling rumah mama
  5. Pulang ke Msia!
5 perkara sebab jawab soalan
  1. Tak tau nak letak entry ape dis time
  2. Kebosanan tahap maksima
  3. K Wani dah tag bbrp hari yg lepas tapi baru terhegeh2 nak buat
  4. Menghabiskan masa smbil countdown en suami pulang mlm nnt
  5. Aku kan sangat hima (free), jadi apa salahnya!
5 kawan utk di tag
  1. Aifa
  2. Keren
  3. Ira
  4. Achik
  5. K Nadia

I Need To...

Posted by yusmEa Labels:

  • I need to read more 
  • I need to say goodbye to laziness
  • I need more passion
  • I need to find a new hobby..maybe..sewing :P
  • I need to wake up!!!!!!!

Semangat Nihonjin

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all,

Keadaan still belom reda sepenuhnya lagi. Walaupun dah takde amaran tsunami or gempa yg besar, tapi ada pulak isu letupan di loji nuklear yg lepas satu, satu. Dari kawasan yg kecik..org ramai dinasihatkan berada 30km jauh dr tempat kejadian supaya takde kesan sampingan berlaku. Setakat ni..dah ada bbrp org pekerja yg cedera dan terkena radiasi. Tgk berita tadi..org ramai juga diminta agar berhati2 sebab kemungkinan hari akan hujan ptg ni..jadi bahaya kalau terkena hujan. Kain jugak tak digalakkan dijemur kat luar.

Tapi..semua perkara ni nampaknya still xdapat mematahkan semangat org Jepun dan kerajaan mereka. Kalau tgk berita sana sini..mereka sgt2 saling tlg menolong antara satu sama lain. Antaranya..Tokyo Denryoku (Tokyo Electric Power Company) telah mengambil inisiatif utk bersama2 menolong bahagian utara Jepun (Tohoku) yg mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Beberapa bahagian tmpt sekitar kwsn Tokyo telah dibahagi2kan masa tertentu utk memutuskan bekalan elektrik buat beberapa jam. Nampaknya kerjasama dari semua pihak mmg sgt2 memberangsangkan. Semua saling nak tlg. Even train pun terpaksa diberhentikan perkhidmatan utk bbrp ketika bagi bersama2 menjimatkan penggunaan elektrik utk tlg org lain.

Walaupun keadaan mmg nmpk sgt susah trutama di Tokyo, takde train yg jadi kenderaan utama mereka utk pergi ke kerja dan sebagainya..tapi mereka tetap bekerjasama. Takde kejadian tolak menolak berlaku time beratur nak masuk platform train (tmpt masuk tiket tak berfungsi sebab nk jimat elektrik). Masing2 tau tanggungjawab masing2. Aku sgt kagum! Kalau kat negara sendiri belum tentu kite mampu laksanakan.

Selain drpd tu..kat tmpt2 yg terkena bencana alam ni..di bbrp kwsn yg masih ok, mereka beramai2 berganding bahu membantu. Kedai2 yg sudah ada bekalan elektrik menawarkan org ramai yg nak charge phone kat tepi2 jalan. Mmg sgt membantu!! Family yg trputus hubungan, kwn2 yg nak tau nasib kwn mereka..semua dpt saling berhubung. Tak kurang dr itu..ada juga yg sediakan sudut air utk diminum kepada org ramai yg lalu di situ. Air adalah free! Memang sejak dari kejadian gempa berlaku..bekalan air sgt2 lah kurang. Sian kat dorg..aku pun nak tlg mana2 yg patut tp aku agak jauh.

Pasaraya2 juga byk membantu. Ada yg sanggup bangun awal pg beratur utk beli or dptkn bekalan makanan. tapi byk juga pemilik pasaraya yg sanggup bagi makanan free kpd mereka2 yg datang dan memerlukan. Agaknya kalau kat tmpt kte mcm mana lah agaknya ek?

Nmpknya smgt mereka masih kuat. Tentu Jepun akan bangkit semula mcm mana mereka bangkit selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom dulu. Kite patut amik iktibar perkara2 macam ni. Semangat dan roh mereka tu dah macam sifat2 sebenar seorang Muslim. Tapi...adakah kite macam tu?? Aku sgt2 berdoa mereka akan terbuka hati utk memeluk Islam. Biarlah mereka menjadi cth dan tauladan kpd kte yg masih tak sedar2 dan asyik membangga diri dgn apa yg kite ada. Kalau tak..takkanlah ada komen mcm komen isteri PM kte tu. Taktau hujung pangkal..main sebut je. Nampak sgt kurang ilmu..Beringat2lah ye semua termasuk utk aku juge.

Pakcik Yg Terselamat Dari Tsunami

Posted by yusmEa Labels: ,


Gambar ambik dari tv. Sorry quality kurang bagus. Gamabr seorang pakcik yg terselamt selepas dihanyutkan oleh tsunami. Pakcik ni duduk atas bumbung rumah. Diselamatkan after 2 hari berada di laut. Helmet yg dia pakai tu dia jumpa masa hanyut. :)

Rentetan Tragedi Gempa Bumi & Tsunami @ Tohoku, Japan

Posted by yusmEa Labels: ,

Salam to all...

Sekarang..mesti kat mana2 serata dunia sibuk dok perkatakan pasal tragedi ni. Sebagai salah seorang manusia yg berada di muka bumi Jepun ni (walaupun bukan kat tempat kejadian), kami sangat2 terasa kesannya dari segala aspek. Rancangan TV pun..rata2 masih lagi memaparkan berita terkini pasal perkembangan di kawasan2 yg terlibat dgn bencana alam ni. Kalau ada pun rancangan TV yg lain dari berita2 ni..kami rasa agak xpuas hati la jugak sebab ramai org still dlm keadaan sedih kot.

Tragedi ni happen last Friday. Time tu aku kat rumah sorg2, tgh beristirehat sambil tgk2 internet. Disebabkan depan rumah kami ni ada landasan shinkansen (bullet train), jadi kalau shinkansen lalu aku selalu la rasa gegar2 sikit. Takdela sampai goyang rumah..tp ade la rasa getaran. Nak dijadikan cerita..time tu shinkansen baru je lepas lalu dpn rumah aku. Tapi lepas tu..rasa mcm terhoyong hayang tiba2. Rasa pening kepala..pusing2. Lama la jugak..Tgk2 kat luar rumah..nampak tiang lampu tepi jalan raya tu bergoyang2. Sah la jishin ni (gempa bumi). Agak lama jugak..around satu minit kot. Selalunya kalau ade jishin..bbrp second je. Aku jadi panic sebab rasa semacam je jishin kali ni. Trs msg en suami..and at the same time..dpt msg drpd dia. Mmg jishin..Dia pesan suruh nyorok tmpt selamat. Bawak futon (selimut tebal) sekali. Aku dok tercengang2 nak carik mana tempat nak menyorok. Rumah kami xde meja tinggi. Semua meja rendah je. Panik memang tak ingt la..rasa tak tau nak buat ape if anything happen. Dah la sorg2..jiran2 pun xtau ade x kat rumah. Dalam keadaan panik tu..trs bukak TV. Kat sini..if ade jishin or any news terkini..memang trs keluar kat TV. Sah..memang ada jishin kt Miyagi..8.9 M! Kesan terasa sampai ke tempat kami..

Trs tgk FB..memang rata2 status member kt Jepun ni..semua ckp rs gegaran. A few minutes later..terasa sekali lagi gegaran kedua. This time not so long. Still..terasa pusing kepala. Rupanya ada second jishin, gempa susulan dkt Ibaraki pulak. 7.4 M. Ya Allah..dah seram sejuk..takut ada lagi jishin yg semakin dkt dgn tmpt kami. Anyways..jarak dari tmpt kami ke Miyagi dlm 700km. Tgk kat tv..ada pulak amaran tsunami. Semua org dinasihatkan menjauhi laut dan sungai supaya takde perkara2 lebih buruk happen.

Time past so fast..dari satu tempat ke satu tempat..tsunami start datang. Amaran tsunami hampir di keseluruhan pantai laut Pasifik Jepun termasuk tempat kami. Nasib baik rumah kami agak jauh dari laut. Just...malang tak berbau kan.Just tawakal kepada Allah. Air laut drpd kejadian tsunami tu menghancurkan byk tmpt tinggal, kawasan tanaman, kilang..macam2 la. Lapangan terbang Sendai pun habis ditenggelami air. Bila tgk ni..sebijik macam peristiwa tsunami kat Acheh, Indonesia. Ya Allah..ampunkanlah dosa kami Ya Allah...Tringt pulak nasib rakan2 senegara kt kwsn Tohoku. Hampir keseluruhan kawasan di Tohoku musnah. Kebakaran berlaku sana sini termasuk tempat simpanan minyak kt Chiba, loji nuklear kt Fukushima, kwsn perumahan dan sbgainya.

Bekalan elektrik, cvrage phone semua dah start terputus. Jalan2 terputus hubungan sebab dah ditenggelami air. Tak dapat nk contact org2 kat sana. Keretapi tergendala. Org ramai stuck kat eki (train station). Ramai yg berkumpul kat tempat lapang after the quake. Kira gempa bumi yg melanda Jepun ni memang besar2an sejak sekian lama. Dalam sekelip mata je semua musnah. Dgn kes tanah runtuh timbuskan rumah lagi. Memang tragis. Kawasan Tohoku terletak di Utara Honshu. Jadi still sejuk lagi time ni..salji pun still turun. Tak terbayang nasib mangsa2 kejadian yg terpaksa bersejuk, bergelap dan sebgainya la. Kalau la aku mampu pergi bagi bantuan. Even kalau dpt sendukkan nasi nk bg dorg mkn pun xpela.

Tangisan manusia yg kehilangan ahli keluarga memang tak terkata la. Walaupun keadaan dah semakin pulih harini..kanak2 dah start main2 kat kawasan pusat pemindahan sementara, tapi mesti ada lagi jiwa yg tak tenang mengenangkan tempat tinggal yg dah hilang, ahli keluarga yg still takde khabar berita..

Begitu hebatnya kuasa Allah. Walaupun negara Jepun ni begitu canggih dgn macam2 teknologi terkini, sentiasa alert dgn macam2 bencana alam, tapi..bila Allah kata jadi..maka takde siapa yg dapat halang. Segala kehebatan teknologi tak dapat pun bantu utk stop kn tsunami drpd happen. Subhanallah..Allah Maha Berkuasa. Mungkin ni amaran utk umat manusia agar jgn la leka dan alpa dgn kemewahan dunia. Termasuk la aku ni..yg lagi la semakin hanyut dgn kecanggihan teknologi zaman sekarang ni. Banyakkanlah ngaji, solat, doa...semoga Allah melindungi drpd segala bencana dan malapetaka. Aku berdoa jugak semoga kejadian mcm ni dpt membuka hati2 penduduk Jepun utk menerima Islam..dan semoga seluruh umat Islam termasuk aku sendiri amik iktibar atas tragedi yg dah berlaku.

Doa drpd keluarga, sahabat2 dan seluruh umat Islam seluruh dunia amatlah dihargai dan kami sgt bersyukur krn mempunyai saudara yg masih mengingati nasib kami di sini. Teruskanlah berdoa agar tiada kejadian susulan yg lebih buruk berlaku. Sesunggunya Allah Maha Mendengar setiap doa hamba2Nya.