Salam to all
Mood malas dtg lagi minggu ni. Owh tlg la pergi jauh2!Jgn kacau hidupku..=P
Anyways..baru baca satu artikel ni..pakar dlm hal-hal menurunkan berat badan kata, kepada sesiapa yg tgh dalam proses diet..sila jangan terlalu kerap menimbang berat badan. Maknanya, satu kemestian untuk mereka yang berdiet untuk tidak menimbang berat badan setiap hari. Paling baik sekali, once a week. Nak tau sebab apa? Sebabnya..nanti kalau kita timbang berat, tp angka penurunan or maybe kenaikan yg kita nampak kat alat penimbang tu akan mengecewakan kita. Bila dah kecewa..maka hilanglah mood nak berdiet. Seterusnya, kita pun dah semakin malas nak berdiet atau semakin teruk berdiet sebab tak ada perubahan. Kan tak elok tu..
Adehh..mcm2 btul la perkara yg berlaku skg ni. Ni ade berita dlm Harian Metro psl satu kumpulan dipercayai pengikut Syiah kena serbu. Dan adda di antara mereka yg buat tatu kalimah Allah kt lengan sebab terlalu taksub. Adoiiii..kan tatu tu dilarang dlm Islam. Da la kena cekup kt Taman Seri Gombak..rumah aku kt situ tu...ish ade jugak kegiatan2 ajaran mcm ni.Haihhh..semoga Allah melindungi ku dan keluargaku drpd perkara2 sebegini
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.
Tan Sri Dr Salma Ismail dilahirkan di Kedah pada 19 December 1918. Beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936. Beliau mendapat biasiswa daripada kerajaan negeri Kedah. Beliau pernah berkhidmat di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur serta membuka klinik sendiri di sekitar Kuala Lumpur. Atas jasa2 beliau yg tak terhingga, beliau telah dikurniakan pelbagai pingat dan anugerah drpd byk pihak.
Selain Tan Sri Dr Salma, satu lagi nama yg tak kurang hebatnya dalam bidang perubatan negara kita ni ialah Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohamad Ali. Beliau ialah doktor wanita kedua di Tanah Melayu serta wanita Melayu pertama yg mendapat kelulusan dalam Sarjana Muda Perubatan (MBBS) pada 1955.
They are great! Aku sepatutnya mencontohi mereka ni. Walaupun pada zaman yg penuh dgn pancaroba, mereka mampu menghabiskan pengajian dan menjadi manusia yg sgt disegani skg.
Al Quran menceritakan tentang pelbagai benda. Antaranya, cerita2 pada zaman dahulu kala, perkara yg akan terjadi di masa depan, ilmu alam dan sebagainya. Manusia zaman sekarang ni, lebih minat nak mendengar sesuatu yg relevan. Mereka kurang berminat bila mendengar tentang agama, hukum hakam dan sebagainya yg kadang2 difikirkan menyusahkan mereka. Banyak daripada kita ni nak mengdengarkan sesuatu yg membuatkan kita rasa kagum dan excited. Zaman sekarang ni, apa lagi yg boleh mengkagumkan manusia selain daripada kecanggihan teknologi ye tak. Contohnya, dalam Al Quran, suran Al-Anbiya' ayat 30 ada menyatakan bahawa langit dan bumi sebenarnya bercantum padu. Kemudian pada abad ke-20 barulah lahirnya Theory Big Bang, yg menceritakan tentang langit dan bumi yg bercantum pada asalnya Kita patut gunakan kecanggihan sains ni utk mengagumi Al Quran. Sains hanyalah alat utk kita memahami Al Quran.
Al Quran ni, kalau kita baca dapat pahala, dengar orang baca dpt pahala, cium dapat pahala. Kalau faham isi Al Quran lagilah dapat pahalakan. Kalau orang yg tengah stress atau serabut, bacalah Quran..insya Allah akan dapat ketenangan. Dengar org baca Quran juga bole peroleh ketenangan. Baca Quran mesti dengan tajwid, xbole main langgar je.
Adab membaca Quran
1) Berwuduk (kecuali dlm keadaan yg tak dapat dielakkan)
2) Tutup aurat
3) Baca dgn baik dan sebagainya
Ingat lagi..aku belajar membaca Al Quran daripada Ustaz dan Ustazah aku kt Masjid Ittifaqiyah kt Tmn Seri Gombak. Seperti tok2 guru yg lain, ustaz n ustazah kami ni memang garang. Rotan sentiasa je ada kat tangan. Salah je ngaji, rotan. Tak betul tajwid rotan. Ustaz n ustazah jugak ajar kami guna buku tulis kt bahagian tengah buku utk buat carta hukum tajwid. Alhamdulillah, berkat ajaran ustaz dan ustazah, aku boleh mengaji dengan baik. Tapi, masih byk lagi ilmu yg perlu aku belajar psl hukum tajwid dan sebagainya ni. Insya Allah, aku akan didik anak2 aku nanti supaya mengaji dengan betul dan jadikan Al Quran panduan hidup.
Kalau bole, setiap hari kita bacalah Quran. Tak dapat 1 juzuk pun takpela. Sikit pun xpe. Yang penting konsisten..barulah rumah dan keluarga kita sentiasa bahagia.
Salam to all
Chiryu-shi..tempat kami tinggal sekarang dekat Aichi Japan ni. Bandarnya tak besar mana pun. Pusing2 kat situ jugak. Last weekend kami pergi 散歩(sanpo;bersiar2) menikmati panorama sebahagian daripada bandar Chiryu ni. Kene la berjalan kaki baru bestkan. Cuaca pun sangat sesuai je untuk berjalan-jalan. Dapat snapped a few photos walaupun tak berapa cantik. Sebab jalan yg kami lalu tu memang tak ada benda2 yg best.
Apita. Satu-satunya kira mcm shopping complex yg ada dekat Chiryu ni. Kira bole la daripada tak ada. Tapi kalau pergi, mesti xramai pun org. Hehe..Kami pun jarang sangat pergi Apita ni
Salam to all
Pagi2 bangun tidur je aku da rasa sgt xbersemangat. Macam-macam fikir. Perasaan tak boleh nak kata la.
Frust + tension + sedih + bosan + redha + syukur = Alhamdulillah
Tapi tgk je muka en suami, terus tak jadi nak layan perasaan. Bangun!!! Bento belum buat..hehe
Semua kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Allah lebih tahu mana yg baik utk hambaNya. Kita kena redha dan bersyukur atas segala pemberianNya
Lepas en suami da breakfast dan pergi kerja, aku sambung la cari kerja daripada magazine Townwork yg aku ambik kat 7E semalam. Owh..terjumpa satu baito yg agak sesuai!! Ingat nak call je terus ni. Tapi, tgk tempat agak jauh sikit dari rumah. Nak naik basikal ok je kot. Tp iciyo, esok nak try dulu jalan-jalan naik basikal sambil menghirup udara segar di musim sejuk ni dengan en suami ke tempat tu.
Aku sangat bersemngat ni
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan yg ingin aku lakukan ini. Jika ia baik utkku, maka bukakanlah jalan utkku. Sesungguhnya Kaulah sebaik-baik sandaran. Amin
Salam Maal Hijrah utk semua muslimin muslimat. Jgn lupe baca doa akhir n awal tahun ek
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Owh..pertama kali kena tagged sejak masuk dunia blog ni. Aku di tagged oleh Achik, one of my ex-high schoolmate dulu. So..here it goes..
Bagaimana pula dengan No.2?








