Al Quran menceritakan tentang pelbagai benda. Antaranya, cerita2 pada zaman dahulu kala, perkara yg akan terjadi di masa depan, ilmu alam dan sebagainya. Manusia zaman sekarang ni, lebih minat nak mendengar sesuatu yg relevan. Mereka kurang berminat bila mendengar tentang agama, hukum hakam dan sebagainya yg kadang2 difikirkan menyusahkan mereka. Banyak daripada kita ni nak mengdengarkan sesuatu yg membuatkan kita rasa kagum dan excited. Zaman sekarang ni, apa lagi yg boleh mengkagumkan manusia selain daripada kecanggihan teknologi ye tak. Contohnya, dalam Al Quran, suran Al-Anbiya' ayat 30 ada menyatakan bahawa langit dan bumi sebenarnya bercantum padu. Kemudian pada abad ke-20 barulah lahirnya Theory Big Bang, yg menceritakan tentang langit dan bumi yg bercantum pada asalnya Kita patut gunakan kecanggihan sains ni utk mengagumi Al Quran. Sains hanyalah alat utk kita memahami Al Quran.
Al Quran ni, kalau kita baca dapat pahala, dengar orang baca dpt pahala, cium dapat pahala. Kalau faham isi Al Quran lagilah dapat pahalakan. Kalau orang yg tengah stress atau serabut, bacalah Quran..insya Allah akan dapat ketenangan. Dengar org baca Quran juga bole peroleh ketenangan. Baca Quran mesti dengan tajwid, xbole main langgar je.
Adab membaca Quran
1) Berwuduk (kecuali dlm keadaan yg tak dapat dielakkan)
2) Tutup aurat
3) Baca dgn baik dan sebagainya
Ingat lagi..aku belajar membaca Al Quran daripada Ustaz dan Ustazah aku kt Masjid Ittifaqiyah kt Tmn Seri Gombak. Seperti tok2 guru yg lain, ustaz n ustazah kami ni memang garang. Rotan sentiasa je ada kat tangan. Salah je ngaji, rotan. Tak betul tajwid rotan. Ustaz n ustazah jugak ajar kami guna buku tulis kt bahagian tengah buku utk buat carta hukum tajwid. Alhamdulillah, berkat ajaran ustaz dan ustazah, aku boleh mengaji dengan baik. Tapi, masih byk lagi ilmu yg perlu aku belajar psl hukum tajwid dan sebagainya ni. Insya Allah, aku akan didik anak2 aku nanti supaya mengaji dengan betul dan jadikan Al Quran panduan hidup.
Kalau bole, setiap hari kita bacalah Quran. Tak dapat 1 juzuk pun takpela. Sikit pun xpe. Yang penting konsisten..barulah rumah dan keluarga kita sentiasa bahagia.









